KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi permintaan untuk kemudahan pejabat jarak jauh dan persidangan pelbagai negara yang semakin meningkat, Tencent Cloud, anak syarikat perkomputeran awan Tencent, hari ini memperkenalkan kemudahan persidangan awan, VooV Meeting di Malaysia, menawarkan penyelesaian bagi persidangan awan yang berdefinisi tinggi, serba lancar dan selamat. Syarikat-syarikat kini boleh berhubung dengan rakan kerja dan perniagaan di serata dunia melalui rangkaian meluas VooV Meeting yang stabil. Selain itu, dengan penularan wabak novel Koronavirus, Tencent Cloud membolehkan penganjur mesyuarat berhubung dengan 300 orang peserta dari pelbagai negara pada satu-satu masa dengan akses khas ke VooV Meeting secara percuma.
Asiasoft Malaysia, China Construction Bank Malaysia (CCB Malaysia), dan Green Packet Berhad (Green Packet), merupakan antara yang pertama dalam negara yang menggunakan kemudahan VooV Meeting bagi mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang lancar dalam perniagaan merekabersama rakan niaga sepanjang penularan pandemik Koronavirus. Baru-baru ini, Tencent juga bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) bersempana kempen ulangtahunnya yang ke-75 tahun di mana VooV Meeting akan digunakan untuk mengendalikan dialog global terbesar setakat ini. Ini membuktikan kebolehan kemudahan ini dalam menawarkan perkhidmatan persidangan awan berdefinisi tinggi bagi keperluan perniagaan yang pelbagai.
"Kami amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberi oleh rakan kongsi di Malaysia bagi penggunaan perkhidmatan kami untuk komunikasi perniagaan mereka. Dibina dengan teknologi serba canggih Tencent Cloud dan pengalaman selama 21 tahun Tencent dalam bidang komunikasi internet, audio dan video, VooV Meeting mampu menyediakan perkhidmatan dengan kestabilan tanpa tandingan di serata dunia, melangkaui pemain lain dalam industri," kata Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group. "Selari dengan prinsip Tencent iaitu 'Value for Users, Tech for Good', kami sentiasa berusaha untuk mengintegrasi tanggunjawab social bagi setiap produk dan perkhidmatan kami tawarkan. Kami berharap dengan memberikan akses percuma ke VooV Meeting serta bantuan bahan perubatan seperti topeng muka dapat mengukuhkan lagi sokongan kami kepada perusahaan dan juga rakyat Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan."
VooV Meeting dilengkapi dengan ciri-ciri kemudahan yang praktikal dan mudah digunakan bagi membantu pengguna menambahbaik keberkesanan persidangan atas talian termasuklah melalui integrasi ekosistem WeChat yang membolehkan pengguna berkongsi pautan mesyuarat melalui WeChat dan menyertai mesyuarat dengan program mini WeChat tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi. Ia juga menawarkan fungsi mencantikkan wajah dan mengkaburkan latar belakang, perkongsiaan skrin dengan watermark automatik dan penggunaan gambar berdefinisi tinggi serta algoritma pemprosesan yang tepat bagi meningkatkan kualiti video dan mengurangkan bunyi sekeliling dan bunyi papan kekunci, selain daripada fungsi-fungsi yang lain.
Felix Feng, Ketua Pegawai Eksekutif daripada CCB Malaysia berkata, "Kami mencadangkan penggunaan VooV Meeting di CCB Malaysia sejak penularan virus COVID-19 bermula kerana kemudahan ini memberikan sambungan yang amat bagus kepada setiap pasukan silang fungsi kami dan memastikan kerja berlangsung dengan lancar dan kolaboratif. Paling penting, CCB Malaysia memanfaatkan VooV Meeting sebagai suatu kemudahan yang boleh menyelaraskan sejumlah besar usaha amal, membawa bekalan perubatan dan keperluan perdagangan lain ke Malaysia dengan baik sepanjang tempoh yang mencabar ini."
Joel Wong, Naib Presiden Pengalaman Pelanggan dan Ketangkasan Perusahaan (Vice President of Customer Experience and Enterprise Agility) daripada Green Packet pula berkata, "Semenjak kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai inisiatif membendung penularan virus pandemik COVID-19, kami semua telah mula bekerja dari rumah. Bagi memastikan kelangsungan perniagaan yang baik dan produktiviti, kami memilih aplikasi VooV Meeting oleh Tencent sebagai platform komunikasi utama yang membolehkan kami mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang erat dengan pasukan global dan rakan perniagaan kami. Kami mendapati aplikasi VooV Meeting dari Tencent ini merupakan platform komunikasi dan kolaborasi yang sangat efektif kerana ia mudah digunakan, mempunyai prestasi audio dan visual yang luar biasa dan paling penting, ciri kestabilan dan keselamatan platform ini."
Wong Jiann Hui, Pengarah Teknikal daripada Asiasoft Malaysia berkata, "Kami menggunakan VooV Meeting sebagai alat telekonferen utama kami semasa wabak ini kerana ia dapat mengekalkan hubungan talian yang baik walaupun dengan rangkaian yang lemah. Selain itu, ciri-ciri seperti pengaburan latar belakang dan fungsi solekan AI, sangat sesuai dengan suasana kerja dari rumah yang jelas menampilkan pemikiran yang baik dalam reka bentuk produknya."
Seni bina teknologi yang mendasari VooV Meeting disokong oleh Tencent Cloud yang selamat dan boleh dipercayai dengan pelbagai lapisan perlindungan dari segi data perniagaan, protokol pengurusan, peralatan rangkaian dan dasar akses. Tencent Cloud juga baru-baru ini memperoleh Multi-Tier Cloud Security Standard (MTCS SS), membuktikan kemampuannya untuk memberikan tahap keselamatan tertinggi kepada pengguna awan di Malaysia, Asia dan seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri VooV Meeting dan muat turun versi desktop di https://voovmeeting.com/.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2786927-1?lang=0