omniture

ZTE Beri Komitmen lebih 15% Pendapatan untuk Perbelanjaan R&D pada Suku Pertama 2020

Mengekalkan pembangunan perniagaan global yang mantap tatkala mempercepat penggunaan infrastruktur 5G
ZTE Corporation
2020-04-27 20:24 4613

SHENZHEN, China, 27 April 2020 /PRNewswire/ - ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan keputusan suku pertama yang berakhir 31 Mac 2020.

Menurut pengumuman itu, untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac 2020, ZTE melaporkan pendapatan operasi sebanyak RMB21.484 bilion. Keuntungan bersih yang boleh diagih kepada pemegang saham biasa syarikat tersenarai mencapai RMB780 juta, dan keuntungan bersih selepas item luar biasa yang boleh diagih kepada pemegang saham biasa syarikat tersenarai ini berjumlah RMB160 juta, mewakili peningkatan tahun ke tahun sebanyak 20.5%. Perolehan asas sesaham ialah RMB0.18.

Syarikat ini terus mengukuhkan pelaburan R&D untuk meningkatkan daya saing utamanya. Untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac 2020, kos penyelidikan dan pembangunan berjumlah RMB3.241 bilion, 15.1% daripada pendapatan operasi, meningkat 1.2 mata peratusan berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Pada suku pertama 2020, ZTE memberikan keutamaan kepada kesihatan pekerjanya dan perkhidmatan pelanggan global dengan segera membangun dan menaik taraf platform pejabat dan perkhidmatan pelanggan jarak jauh untuk semua pekerjanya. Lebih-lebih lagi, syarikat bergandingan dengan rakan kongsi untuk memerangi COVID-19 dan membantu pengeluaran semula dengan cara digital dengan teratur.

Sementara itu, ZTE secara aktif menjalankan tanggungjawab sosial. Syarikat ini telah bekerjasama dengan operator untuk menjamin perkhidmatan komunikasi barisan pertahanan hadapan menentang COVID-19. Ia telah membina rangkaian 4G/5G dan sistem diagnosis teleperubatan untuk beratus-ratus hospital di China.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, ZTE telah menyumbangkan bahan untuk menyokong Wuhan dan wilayah lain di provinsi Hubei, dan telah mengedarkan topeng muka, ventilator, dan bahan lain kepada organisasi dan hospital tempatan di seluruh dunia. Bekerjasama dengan pelbagai operator luar negeri, ZTE juga melaksanakan diagnosis dengan hospital, dan menyediakan kemudahan pejabat dan program anti-COVID-19 kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Bekerjasama dengan rakan industri, ZTE komited untuk memberdayakan pelbagai industri untuk menentang COVID-19 dengan memanfaatkan kekuatan teknologi terkemukanya seperti 5G dan AI. Secara khusus, ZTE telah melancarkan diagnosis jarak jauh 5G dan perkhidmatan diagnosis mudah alih, serta penyelesaian awan video pintar untuk pencegahan dan kawalan wabak.

Tambahan pula, syarikat telah melancarkan perkhidmatan "kelas awan" keluarga untuk menyokong pendidikan dalam talian. Menampilkan kecekapan dan kolaborasi yang tinggi, penyelesaian pejabat jarak jauh yang selamat dari ZTE telah membolehkan pengguna dari pelbagai industri mempunyai perkhidmatan pejabat jarak jauh semasa penularan COVID-19, oleh yang demikian memudahkan kemasukan semula ke tempat kerja yang selamat dan cepat dan meningkatkan daya tahan ekonomi.

Dengan percepatan infrastruktur baharu, seperti 5G dan Internet Industri, ZTE telah terlibat secara aktif dalam penlaksanaan infrastruktur 5G pengendali, dan terus meningkatkan kapasiti penghasilan 5G. Sementara itu, syarikat telah menjalin kerjasama yang erat dengan pelaku industri terkemuka untuk mempromosikan transformasi digital kuasa, pengangkutan, kewangan, urusan kerajaan dan industri utama lain.

Menjelang akhir suku pertama 2020, ZTE telah memperoleh bahagian penting untuk rangkaian teras 5G RAN, 5G SA, pemerolehan terpusat pengangkutan 5G China Mobile, China Telecom dan China Unicom secara berturut-turut. Syarikat ini telah membina rangkaian demonstrasi 5G di beberapa bandar di China, mencapai pengalaman liputan berterusan Giga + 5G. Tambahan pula, syarikat telah menyelesaikan penggunaan komersial 5G di Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan pasaran 5G utama yang lain.

Selain itu, ZTE telah mengekalkan pertumbuhan tinggi dalam bahagian pasaran rangkaian optik, dan juga dalam segmen Metro WDM dan Backbone WDM. Syarikat dan rakan-rakan kongsinya telah bersama-sama meneliti 86 senario aplikasi dan menjalankan lebih daripada 60 projek demonstrasi pada skala global, membina satu siri projek demonstrasi pembuatan pintar 5G bersama dengan penggiat industri terkemuka.

Di bidang peranti terminal, ZTE telah melancarkan telefon pintar video 5G pertama ZTE Axon 11 5G. Syarikat ini terus memperkukuhkan kerjasama peranti terminal 5G dengan lebih daripada 30 pengendali di seluruh dunia. Ia telah memasuki pasaran terminal 5G di Jepun dengan bekerjasama dengan para pengendali.

Melangkah ke hadapan, ZTE akan memperhatikan situasi wabak global, dan membuat koordinasi yang wajar dengan pelanggan global dan rakan kongsi untuk menangani wabak global. Syarikat akan terus menumpukan pada perniagaan utamanya sambil memanfaatkan peluang pembinaan infrastruktur baharu, dengan harapan dapat mewujudkan lebih banyak nilai untuk pelanggan dan masyarakatnya.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: 
ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings