omniture

Platform Bayaran Digital InstaReM Lancar Pilihan Bayar Keluar Tunai di Filipina

InstaReM
2020-04-27 20:30 484

SINGAPURA, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- InstaReM, cabang pengguna dan PKS bagi platform teknologi kewangan global NIUM, hari ini mengumumkan pelancaran pilihan bayar keluar tunai untuk penerima di Filipina. Perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna InstaReM mengambil wang tunai di outlet yang diluluskan.

Filipina ialah salah satu pasaran kiriman wang yang terbesar di dunia, dengan pekerja Filipina luar negara memindahkan balik dana berjumlah US$33.5 bilion ke negara asal mereka pada tahun 2019[1]. Menyumbang sebanyak lebih 11 peratus KDNK, kiriman wang balik kepada ekonomi tempatan ini penting memandangkan ia mendorong penggunaan barang-barang dan perkhidmatan.

Walaupun negara berkenaan mula menggunakan perkhidmatan bayaran tanpa tunai, kebanyakan transaksi masih dijalankan dalam wang tunai. Dengan pengenalan kepada perkhidmatan bayar keluar tunai oleh InstaReM, pengguna mempunyai pilihan untuk mengeluarkan kiriman wang dengan cara yang mudah buat mereka, namun masih dapat menikmati perkhidmatan kiriman wang digital yang lebih murah, lebih cepat dan lebih cekap.

Bermula dari sekarang, pengguna di Filipina berpeluang untuk mengambil wang tunai[2] di outlet yang diluluskan termasuk Bayad Center dan pasar terpilih. Pengguna perlu menunjukkan kad pengenalan mereka bagi tujuan pengesahan dan mengisi borang tuntutan untuk mengambil wang tunai di outlet yang diluluskan termasuk cawangan Cebuana, MLhuiller, Palawan, LBC & BDO, antara lain.

Ini merupakan pilihan tambahan untuk menerima bayaran. Pengguna di Filipina juga boleh memilih pemindahan terus ke akaun bank, kad prabayar atau penyerahan dari pintu ke pintu. Perkhidmatan ini terpakai untuk bayaran waktu nyata (dalam masa lima minit) atau bayaran pada hari yang sama[3]:

  • Instapay - Bayaran waktu sebenar sehingga 50,000 PHP ke akaun benefisiari dengan 35 bank Filipina.
  • Pesonet - Bayaran pada hari yang sama tanpa had transaksi.

"Mencipta koridor bayaran baharu yang cekap untuk Filipina sentiasa menjadi salah satu matlamat utama InstaReM. Kami telah mendengar keperluan pelanggan Filipina kami dan menambah pilihan bayar keluar tunai kepada perkhidmatan sedia ada kami untuk bank-bank di Filipina. Kesemuanya merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menjadikannya lebih mudah buat pelanggan untuk memindahkan dan menerima wang di mana juga mereka berada di dunia," kata Yogesh Sangle, Ketua Global Perniagaan Pengguna di NIUM.

Yogesh menambah, "Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan Filipina kami tidak dapat berkunjung ke lokasi-lokasi termasuk Lucky Plaza di Singapura, Kota Raya di Kuala Lumpur dan World Wide Plaza di Hong Kong untuk mengirimkan balik wang hasil kerja keras mereka kepada insan tersayang di Filipina. Platform InstaReM kami mempunyai kedudukan yang baik sebagai satu resolusi untuk pelanggan ini bagi memindahkan wang dengan keselesaan di rumah mereka sendiri pada kadar yang benar-benar kompetitif."  

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut, sila rujuk https://www.instarem.com/en-sg/transfer-money-to-philippines.

[1] Philippines Central Bank, https://business.inquirer.net/290734/remittances-hit-all-time-high-of-33-5b-in-2019 

[2] Hal ini terpakai untuk pemindahan P2P sahaja.

[3] Bayaran yang dibuat pada hujung minggu atau semasa cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Latar Belakang NIUM 

NIUM yang beribu pejabat di Singapura (dahulunya dikenali sebagai InstaReM) ialah platform teknologi kewangan global. Platform NIUM memperkasa perniagaan untuk menghantar, membelanjakan & menerima dana merentas sempadan, dengan misi untuk mendemokrasikan pergerakan wang ke seluruh dunia. NIUM dikawal selia di Australia, Kanada, Eropah, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat serta memproses berbilion-bilion dolar setahun untuk bank dan institusi pembayaran, pengusaha e-dagang generasi seterusnya, OTA dan pengguna runcit di seluruh dunia. Pelabur-pelabur NIUM terdiri daripada Vertex Ventures, Vertex Growth, Fullerton Financial Holdings, GSR Ventures, Rocket Internet, Global Founders Capital, SBI Japan, FMO (Netherlands Development Finance Company), MDI Ventures, Beacon Venture Capital dan Atinum Investment.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.nium.com/.

Hubungan Media:
Gillian Loo
Gillian.loo@instarem.com
+65-9863-8120

 

Source: InstaReM
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology