omniture

Modul Vertex Trina Solar capai output kuasa 515.8W dikaji semula oleh TÜV Rheinland

Modul Vertex tetapkan penanda aras industri baharu dengan output kuasa ultra tingginya
Trina Solar Co., Ltd
2020-04-28 00:18 596

CHANGZHOU, China, 28 April 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa modul Vertexnya dapat mencapai output kuasa 515.8W, berdasarkan keputusan ujian oleh penilaian bebas TÜV Rheinland. Ini merupakan satu lagi kejayaan dan pencapaian penting setelah Trina Solar memulakan pengeluaran besar-besaran secara rasmi barisan perintis modul Vertex pada 18 Mac dan penghantaran pesanan Vertex yang pertama pada 27 Mac.

Vertex ialah salah satu modul kuasa ultra tinggi yang pertama diperakui oleh institusi ujian antarabangsa. Ia telah melepasi ujian IEC modul fotovolta TÜV Rheinland dan dianugerahkan sijil piawaian prestasi modul PV IEC 61215 dan sijil piawaian keselamatan modul PV IEC 61730.

Chris Zou, Naib Presiden Perkhidmatan Solar, TÜV Rheinland Rantau Besar China, berkata, "Sejak Trina Solar mula membangunkan modul kuasa ultra tinggi, TÜV Rheinland telah terlibat dalam perbincangan ini dan berkongsi pengalamannya sendiri dari segi keselamatan dan keandalan produk. Modul Vertex Trina Solar telah melepasi ujian yang komprehensif dan ketat oleh TÜV Rheinland dengan output yang utama dalam industri mencecah 515.8W. Ini akan menunjukkan sepenuhnya kehandalan Trina Solar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sokongan rantaian industri yang terkumpul selama bertahun-tahun. Kami mengucapkan tahniah kepada Trina Solar atas pencapaian cemerlangnya dalam memimpin pertumbuhan industri ini dan menghargai semangat inovatifnya."

"Vertex telah membina platform teknologi serba baharu dengan mengintegrasikan dan menginovasi pelbagai teknologi seperti wafer silikon saiz besar 210mm, berbilang busbar, teknologi potong 1/3, pemotongan tak memusnah dan pempakejan kepadatan tinggi, memberikan kami bayangan sekilas mengenai hala tuju pembangunan masa depan sambil membuatkan kami teruja dengan kemungkinannya," kata Yin Rongfang, Naib Pengurus Besar dan Naib Presiden Eksekutif Trina Solar.

"Menerusi pembangunan dan penambahbaikan dalam rantaian industri, terutamanya peningkatan kapasiti bekalan kaca, penambahan satu lagi lajur sel kepada reka bentuk susun atur lima lajur sedia ada dapat meningkatkan output kuasa modul Vertex kepada lebih 600W. Di samping itu, dengan kecekapan penukaran sel PERC+ untuk melangkaui 24%, digabungkan dengan faktor-faktor lain seperti pengoptimuman reka bentuk modul, penambahbaikan kapasiti beban serta pemasangan hiliran, output kuasa modul Vertex akan terus meningkat. Ini dapat memberi hala tuju dan laluan menuju pembangunan lelaran modul PV, yang akan mendorong lagi penurunan yang berterusan dalam BOS dan LCOE sistem PV," tambah Yin. 

Pautan foto: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/TUV_Test.png
Kapsyen foto: Keputusan ujian modul Vertex daripada TÜV Rheinland 

Latar Belakang Trina Solar 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan produk PV; pembangunan, EPC, O&M projek PV; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Dengan tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu, tatkala ia berusaha untuk menjadi peneraju bagi tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Survey, Polls & Research