omniture

Cision Keluarkan Laporan Keadaan Media 2020, Dedahkan Trend dan Cabaran Terkini Dihadapi Industri Media

Dalam tahun kesebelas laporan ini, Cision menyoal selidik lebih 3,200 wartawan, yang terbesar seumpamanya
Cision
2020-04-28 00:31 858

HONG KONG, 28 April 2020 /PRNewswire/ -- Cision mengeluarkan Laporan Keadaan Media 2020, laporan tahunan kesebelas syarikat, yang mendedahkan trend dan cabaran terkini yang dihadapi oleh industri media dan bagaimana golongan profesional perhubungan awam (PR) dapat bekerjasama dengan lebih baik bersama rakan wartawan mereka. Laporan tahun ini merupakan yang terbesar seumpamanya daripada Cision, menyoal selidik lebih daripada 3,200 wartawan dari 15 negara di Amerika Utara dan Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Muat turun laporan penuh.

Laporan Keadaan Media 2020 Cision
Laporan Keadaan Media 2020 Cision

Memandangkan tinjau selidik Keadaan Media pada mulanya dijalankan sebelum pengisytiharan pandemik COVID-19, Cision menghantar soal selidik susulan pada akhir Mac bagi memastikan impak krisis ini digambarkan dengan betul dalam laporan tersebut. Keputusan tersebut dimasukkan dalam bahagian khas COVID-19 laporan berkenaan dan memberi pandangan bagaimana golongan profesional perhubungan awam dan komunikasi dapat menyokong wartawan dengan cara terbaik dalam tempoh ini.

"Sejak 11 tahun yang lalu, Cision telah mengeluarkan Laporan Keadaan Media sebagai cara untuk menyediakan gambaran penuh dan jujur mengenai apa yang dihadapi oleh wartawan pada ketika itu," kata Sarah Parker, Ketua Pemasaran Kandungan di Cision. "Meskipun setiap tahun membawa pelbagai cabaran yang baharu, tahun 2020 jelas merupakan tahun yang sangat sukar. Matlamat kami adalah untuk membantu mengukuhkan hubungan antara golongan profesional PR dan media, maka penting untuk mendekati mereka semula bagi memahami bagaimana wartawan menghadapi waktu-waktu yang belum pernah terjadi ini."

Selain daripada sejauh mana COVID-19 telah memberi kesan kepada media, Laporan Keadaan Media 2020 Cision merangkumi topik-topik termasuk:

  • Cabaran yang dihadapi oleh bidang kewartawanan pada tahun 2020 dan bagaimana wartawan mengukur kejayaan
  • Kepercayaan dan berat sebelah dalam media
  • Kesan teknologi terhadap landskap media
  • Bagaimana golongan profesional PR dapat meningkatkan pic perkongsian idea mereka
  • Bagaimana golongan profesional PR dan komunikasi dapat membina hubungan yang lebih kukuh bersama wartawan

Biarpun terdapat semakin banyak cabaran yang dihadapi oleh wartawan, termasuk pengambilan kakitangan dan sumber serta beban kerja yang bertambah, laporan tersebut mendedahkan beberapa fakta penting yang optimis, terutamanya penurunan yang dilaporkan berhubung serangan terhadap kebebasan akhbar.

Dapatan penting yang lain daripada laporan tersebut termasuk:

  • Kesangsian terhadap media semakin menurun berdasarkan pendapat wartawan. Selama empat tahun berturut-turut, responden melaporkan penurunan kesangsian orang awam terhadap media; 59% responden berpendapat orang ramai telah hilang kepercayaan tahun ini, yang menurun daripada 63% pada tahun 2019, 71% pada tahun 2018 dan 91% pada tahun 2017. 
  • Memastikan ketepatan terus dianggap paling penting: Buat tahun kedua berturut-turut, 51% wartawan berkata memastikan kandungan adalah 100% tepat lebih penting daripada pendapatan, keeksklusifan atau menjadi yang pertama menerbitkan kandungan. Terutamanya dalam era COVID-19, ia menjadi semakin penting untuk memastikan agar kandungan tersebut setepat yang mungkin.
  • Algoritma media sosial tersenarai sebagai teknologi baharu paling penting yang memberi kesan kepada wartawan hari ini, sementara janji kehebatan AI terus pudar. 41% wartawan bersetuju bahawa algoritma media sosial akan paling banyak mengubah cara mereka bekerja, meningkat daripada 38% pada tahun 2019. Hanya 15% responden melihat AI/pembelajaran mesin sebagai teknologi paling penting yang memberi kesan kepada industri. Angka ini menurun daripada 19% pada tahun 2019.
  • Semua liputan kini dilihat melalui lensa COVID-19. Wartawan turut dilaporkan mencari cerita-cerita manusia yang lebih optimis, sebagai respons kepada kitaran berita semasa.

Laporan ini kini boleh didapati di AS dan akan disediakan di peringkat antarabangsa beberapa minggu akan datang.

Baca Laporan Keadaan Media 2020 Cision penuh.

Cision akan turut mengehoskan acara strim langsung pada 28 April bersama panel wartawan bagi membincangkan mengenai dapatan Keadaan Media dengan lebih terperinci. Panel pakar akan melibatkan wartawan daripada TechCrunch, The Toronto Star dan Yahoo Finance. Ketahui lebih lanjut dan daftar untuk strim langsung ini.

Kaedah

Cision menjalankan Tinjau Selidik Keadaan Media 2020 antara 28 Januari dan 20 Februari 2020. Tinjau selidik tersebut diemelkan kepada ahli-ahli Pangkalan Data Media Cision yang telah diperiksa oleh pasukan penyelidikan media syarikat bagi mengesahkan kedudukan mereka ahli profesional media, pempengaruh dan penulis blog. Bahagian khas COVID-19 telah disediakan daripada kempen emel berasingan yang dihantar antara 25 Mac dan 30 Mac 2020. Tinjau selidik tahun ini mengumpulkan 3,253 jumlah respons daripada spektrum media dan dalam 15 negara berbeza.

Latar Belakang Cision 

Cision Ltd. ialah penyedia global terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pempengaruh utama, mereka bentuk dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,800 kakitangan dengan pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA, dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, kunjungi www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision. Bagi menyokong golongan profesional perhubungan awam dan komunikasi sewaktu tempoh yang sukar ini, Cision telah menyusun sumber perhubungan awam COVID-19 percuma ini.

Hubungan Media: 

Karine Siu
Pengurus Pemasaran Serantau
asia.marketing@prnasia.com 
+852-2572-8228

Wartawan melaporkan penurunan kesangsian
Wartawan melaporkan penurunan kesangsian

 

Sertai kami secara langsung pada 28 April jam 1 petang CT
Sertai kami secara langsung pada 28 April jam 1 petang CT

 

 

Lihat kandungan asal: http://www.prnewswire.com/news-releases/cision-releases-2020-state-of-the-media-report-revealing-the-latest-trends-and-challenges-facing-the-media-industry-301044585.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2785784-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2785784-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2785784-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1LOGO?lang=0

Source: Cision
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research