omniture

SCS Jadikan Penubuhan Syarikat dan Perakaunan Lebih Mudah untuk Pelanggan dengan Platform e-Dagang berasaskan Awan

Platform perakaunan e-dagang, pertama seumpamanya di Singapura, membolehkan pelanggan SCS menubuhkan syarikat, melihat harga dan memesan rangkaian penuh laporan XBRL dalam talian, dan lebih banyak akan disediakan tidak lama lagi.
Singapore Corporate Services Pte Ltd
2020-04-28 09:45 4717

SINGAPURA, 28 April 2020 /PRNewswire/ -- Singapore Corporate Services Pte Ltd ("SCS"), sebuah firma CPA berpangkalan di Singapura yang terkemuka, telah melangkah maju ke peringkat seterusnya untuk menyelaraskan tawaran perkhidmatannya dengan platform e-dagang berasaskan awan baharu, ekoran daripada program SMEs Go Digital oleh Kerajaan Singapura.

Platform perakaunan e-dagang yang pertama seumpamanya, membolehkan pelanggan SCS mengimbas harga dan memesan rangkaian penuh laporan XBRL. Antara muka e-dagang yang diintegrasikan ke dalam laman sesawang syarikat membawa perakaunan ke tahap seterusnya dengan penyingkiran keperluan ulang alik yang memakan masa antara firma dan pelanggannya dan dalam masa yang sama, menjadikan harga dan bayaran telus.

"Kami sentiasa mencari cara untuk menjadikan perakaunan mudah. Sebagai pakar untuk syarikat baharu serta perusahaan kecil dan sederhana (SME), kami perlu menyelaraskan perkhidmatan perakaunan kami bagi membantu mereka terus patuh dan kompetitif tanpa menganggu operasi harian mereka," kata Alan Chang, Pengarah Urusan SCS.

"Dengan penerimaan perisian perakaunan awan, kami berupaya menjadikan prosedur laporan lebih efisien dan menghasilkan laporan kewangan secara konsisten untuk pelanggan kami tanpa mengenakan kos yang tinggi," tambah Chang.

Transformasi digital perkhidmatannya turut mendorong SCS untuk menawarkan rancangan yang kos jimat kepada pelanggan SME, yang perlu mengagihkan sumber untuk mencapai matlamat pertumbuhan.

Industri SME menggaji dua pertiga daripada tenaga kerja Singapura dan menyumbang hampir separuh daripada KDNK negara, menurut Penguasa Pembangunan Media Infokom Singapura (IMDA).

Program SMEs Go Digital IMDA bertujuan untuk membangunkan Rancangan Digital Industri mesra SME bagi membantu perniagaan ini merebut peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital.

Memahami keperluan SME untuk memberi tumpuan pada bahagian operasi yang lebih mendesak, SCS bermatlamat untuk menyokong mereka agar menjadi tangkas menerusi proses automatik bagi mencapai produktiviti, di samping menjamin keperluan pematuhan.

Menuju ke arah tanpa kertas untuk urus niaga perakaunan bukan sahaja dapat menyingkirkan kos pencetakan dan pos, serta mempercepatkan proses bayaran, tetapi turut meningkatkan komitmen ESG oleh SCS dan pelanggannya dengan mengurangkan pembaziran kertas.

Di samping itu, buat julung kalinya, perkhidmatan dalam talian SCS termasuk membantu perniagaan menubuhkan sebuah syarikat dan membuka akaun bank di Singapura tanpa melakukan perjalanan, menjimatkan kertas kerja, masa dan wang dengan ketara untuk pelanggan. Fasa 2 daripada pengembangan digital SCS akan menyaksikan pengenalan kepada perkhidmatan berkaitan perakaunan dan cukai baharu secara berperingkat kepada platform berkenaan, bagi memastikan kemudahan dan kelancaran untuk syarikat-syarikat yang ingin mendigitalkan operasi mereka.

Untuk menubuhkan sebuah syarikat baharu atau memesan perkhidmatan perakaunan dengan mudah, sila kunjungi laman sesawang baharu SCS di https://scs-cpa.com/

Latar Belakang SCS

Singapore Corporate Services Pte Ltd (SCS) ialah sebuah firma CPA berpangkalan di Singapura yang mempunyai gabungan pengalaman selama lebih 20 tahun lamanya. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan simpan kira-kira profesional dan sumber luar perakaunan serta cukai pendapatan peribadi, cukai barang dan perkhidmatan (GST), senarai gaji, penubuhan syarikat dan perkhidmatan pakar pematuhan yang lain.

SCS ialah Ejen Pemfailan Berdaftar dengan Penguasa Pengawalseliaan Perakaunan dan Korporat Singapura (ACRA).

 

Source: Singapore Corporate Services Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Accounting news, issues New products/services Financial Technology