GUANGZHOU, China, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton" atau "Pameran"), yang bakal diadakan mulai 15 hingga 24 Jun, mengundang lebih 400,000 pembeli global ke edisi ke-127 dan pameran dalam talian yang pertama seumpamanya. Melalui platform digital, Pameran Canton akan menggalakkan lagi penyambungan semula perniagaan dan hubungan perdagangan dalam talian dalam ekonomi terbuka.
Sebagai respons kepada cabaran semasa yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19 terhadap pembangunan ekonomi dan sosial, Pameran Canton berkolaborasi dengan rakan kongsi global, persatuan perniagaan antarabangsa yang utama dan syarikat multinasional, bagi mengundang pembeli sasaran ke pameran dalam taliannya. Jemputan melalui pelbagai saluran ini meliputi pembeli biasa dan mereka yang tidak dapat menghadiri edisi terdahulu ekoran halangan masa dan kos.
Di samping itu, Pameran ini turut memperluas skop jemputan pembeli profesionalnya dengan menjemput lebih ramai pembeli Cina bagi mempromosikan import serta menggalakkan penggunaan domestik.
Pameran Canton dalam talian akan mengekalkan tumpuan B2B bagi mendayakan demonstrasi produk berpusat dan integrasi sumber agar syarikat-syarikat dapat menemui penyelesaian terbaik untuk pasaran sasaran mereka. Bagi mengurangkan lagi halangan komunikasi perniagaan dalam talian, Pameran ini akan mewujudkan persekitaran perundingan perdagangan bersemuka secara maya dengan menyediakan maklumat latar belakang kredibiliti syarikat dan sokongan terjemahan berbilang bahasa.
Gao Feng, jurucakap Kementerian Perdagangan, menyatakan bahawa puluhan ribu pembeli dan pempamer akan mempunyai interaksi dan komunikasi yang cekap di acara selama 10 hari ini, yang bukan sahaja akan melancarkan pengalaman penyumberan sehenti buat pembeli, tetapi turut membantu pempamer menyesuaikan strategi jualan mereka dan mengumpul butiran permintaan daripada pembeli. Maka, kedua-dua pihak dapat merancang untuk penyumberan dan pengeluaran masa depan mereka.
Syarikat gergasi teknologi China Tencent telah menjadi penyedia perkhidmatan teknikal untuk Pameran ini bagi menawarkan semua sokongan teknikal dan awan yang diperlukan bagi memastikan agar pedagang dapat menjalankan perniagaan mereka di acara ini tanpa perlu melakukan perjalanan.
Perkhidmatan strim langsung dikuasakan oleh Tencent merupakan satu lagi kemuncak sesi ini. Perkhidmatan secara langsung selama 24 jam akan membolehkan pembeli melakukan rundingan secara individu atau turut serta dalam acara promosi produk secara besar-besaran. Pembeli juga boleh menyaksikan video dan strim sebelumnya, serta berkongsi dan memberi ulasan, seperti mana platform sosial.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2786704-1?lang=0