omniture

Tiba masanya untuk percepat strategi mobiliti perusahaan anda

Pandemik global telah mewajibkan perniagaan seluruh dunia untuk melibatkan pekerja jarak jauh, dengan kolaborasi dalaman yang lebih kukuh menjadi paling utama. Adakah anda bersedia untuk menunggang gelombang kerja jarak jauh bersama maaiiConnect?
M800 Limited
2020-04-29 05:14 4341

HONG KONG, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Strategi-strategi mobiliti perusahaan yang mantap telah diusahakan untuk firma-firma global yang terkemuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memajukan produktiviti pasukan tersebar, namun situasi pandemik semasa telah menyedarkan mereka terhadap hakikat bahawa kemajuan kini perlu dipercepatkan. Mobiliti perusahaan untuk menghubungkan pasukan, produk dan pelanggan dengan lebih baik bukan lagi satu pilihan; ia penting.

Keperluan baharu

Keupayaan mobiliti perusahaan telah menjadi keperluan baharu buat syarikat-syarikat hari ini. Tatkala krisis pandemik ini muncul, firma-firma kurang kelengkapan bagi menghadapi kepantasan dan keterukan impak ini dan respons yang perlu diambil tindakan oleh mereka. Mesyuarat perniagaan secara bersemuka telah dibatalkan. Kakitangan tiba-tiba mendapati mereka bekerja dari rumah dan dipaksa untuk membuat perubahan dengan hanya beberapa alatan rangkaian yang tersedia untuk mereka, namun prestasi sambungan platform-platform ini berbeza. Produktiviti, kolaborasi dalaman dan penglibatan pelanggan terjejas.

Syarikat-syarikat perlu beralih kepada persekitaran kerja jarak jauh, namun begitu bagaimana untuk mereka mendapatkan dengan cepat dan berjaya penyelesaian komunikasi dan kolaborasi pasukan bersepadu yang mantap, beraneka ciri dan mudah dilaksanakan?

maaiiConnect menyediakan sokongan segera untuk perniagaan

maaiiConnect ialah platform penumpuan digital berasaskan awan revolusioner yang menyediakan perniagaan dengan penyelesaian semua-dalam-satu untuk penglibatan pelanggan dan kolaborasi dalaman.

Bagi syarikat-syarikat, ini menandakan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi, produktiviti pasukan dan kecekapan yang lebih baik.

Dengan visi untuk mengubah telekomunikasi global, maaiiConnect menghimpunkan sekumpulan pakar yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam selama lebih 35 tahun dalam sektor telekomunikasi, mudah alih, perisian dan keselamatan. Semasa tempoh yang belum pernah terjadi ini, kami menyedari bahawa kekal terhubung bersama pasukan dan pelanggan menjadi semakin penting. Hal ini menjadikan maaiiConnect mengambil peranan untuk menawarkan perniagaan dan perusahaan dengan penyelesaian komunikasi seragam yang percuma, Engage Essentials, bagi memastikan produktiviti perniagaan meningkat apabila pasukan dipaksa untuk bekerja dari jauh.

Engage Essentials membolehkan kakitangan berkolaborasi dengan lebih cepat, dengan panggilan web, panggilan video dan panggilan persidangan yang terbaik dalam kelas. Penyelesaian berasaskan web yang percuma ini membolehkan komunikasi dalaman berbilang pengguna dan berbilang saluran dibuat dengan kualiti, keselamatan dan pengurusan papan pemuka yang utama dalam kelasnya. Selepas pemasangan yang mengambil masa hanya seminit, widget laman sesawang pakej tersebut boleh membuka rangkaian ciri komunikasi yang komprehensif.

Kolaborasi dalaman yang lebih kukuh

Pasukan maya dan teragih hari ini memerlukan alat komunikasi untuk perbualan waktu sebenar dan keupayaan untuk mengadakan mesyuarat projek bersama dan melihat data yang digambarkan bersama-sama. maaiiConnect menawarkan set ciri yang beraneka, membawakan:

  • Panggilan suara yang jelas
  • Pemesejan segera
  • Perkongsian fail
  • Panggilan kod QR
  • Panggilan pautan web
  • Panggilan video
  • Sembang berkumpulan
  • Perkongsian skrin
  • Persidangan video *

Di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa pelanggan meminta tindakan susulan

Pasukan yang tersebar mengalami tekanan apabila melibatkan hal untuk bertindak balas kepada kemajuan pelanggan dan pasukan. maaiiConnect membolehkan keterlihatan yang dikongsi mengikut permintaan ahli pasukan dan pelanggan, melalui ciri-ciri termasuk profil pengunjung dan sejarah sembang. Ciri-ciri baharu maaiiConnect – tinjauan prasembang dan borang hubungan – turut menyimpan pertanyaan dan latar belakang pengunjung bagi memastikan tiada petunjuk yang tidak disedari.

Pengurusan pasukan lebih baik

maaiiConnect mendayakan pengurusan pasukan yang lebih mantap melalui set cirian termasuk buku telefon dan pengurusan kakitangan yang bersama-sama menawarkan ketersediaan dan fungsi direktori untuk memantau produktiviti kakitangan dengan lebih baik.

Komunikasi dalaman yang selamat

Platform ini disokong oleh pasukan keselamatan diperakui industri 24/7 dan suit alatan pemantauan, serta oleh infrastruktur dan perisian proprietari yang mematuhi 100% piawaian telekomunikasi dan keselamatan antarabangsa. maaiiConnect bersama-sama memberi jaminan kepada anda dengan piawaian yang utama di dunia bagi penyulitan, pematuhan, sandaran dan pengesahan data.

Dapatkan maaiiConnect Percuma anda sekarang

Daftar sekarang dan cubalah pelan Engage Essentials maaiiConnect secara percuma. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.maaiiConnect.com.

*Ciri-ciri akan datang

Latar Belakang maaiiConnect
maaiiConnect menyediakan perniagaan dengan penyelesaian semua-dalam-satu untuk penglibatan pelanggan dan kolaborasi dalaman. Memanfaatkan model penumpuan berbilang dimensi yang inovatif, maaiiConnect menyatukan saluran telekomunikasi dan komunikasi digital, seperti PSTN, VoIP, laman sesawang, aplikasi dan rangkaian sosial dengan lancar. Ia serasi dengan peranti, memperkasa pekerja untuk menjadi lebih produktif, serta menyediakan syarikat-syarikat dengan platform bagi membawa pelbagai pengalaman multimedia kepada pelanggan mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja pada sebarang peranti. Ketahui lebih lanjut di www.maaiiConnect.com.

LATAR BELAKANG M800
Dengan lebih 35 tahun pengalaman, M800 ialah perintis dalam industri telekomunikasi, mudah alih dan penumpuan IT global. Syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan pakar telekomunikasi bagi merevolusikan komunikasi global. Disokong oleh infrastruktur dan rangkaian proprietari, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran telekomunikasi mereka yang paling sukar. Ketahui lebih lanjut di www.M800.com.

Source: M800 Limited
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services