omniture

Dorong Total Health Program, XCMG Seru Pembangunan Kerjaya Mampan di Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja

XCMG
2020-04-29 12:54 226

XUZHOU, China, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) melancarkan inisiatif kesihatan global yang pertama, Total Health Program (THP), sebagai respons terhadap peningkatan cabaran risiko kesihatan dan bagi menyokong pekerja dan rakan kongsi di seluruh dunia bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat dan lebih baik.

Kakitangan XCMG Brazil Sumbang Saran untuk Pelan Tindakan THP
Kakitangan XCMG Brazil Sumbang Saran untuk Pelan Tindakan THP

Dengan slogan "Kesihatan Lebih Baik, Masa Depan Lebih Baik!" THP menekankan kepada "keutamaan pencegahan" dan bertujuan untuk membantu pekerja XCMG meningkatkan kesihatan imuniti dan kekuatan fizikal dan psikologi sebagai langkah utama yang diambil untuk membina pasukan bakat elit. Pekerja XCMG digalakkan untuk menetapkan matlamat kesihatan individu dan bekerjasama dengan rakan kongsi bagi meningkatkan pengurusan diri secara sukarela dan langkah-langkah terperinci diambil dalam seluruh tapak pembuatan XCMG dan syarikat-syarikat luar negara:

  • Mengadakan kelab gimnasium, kelab tarian dan kursus latihan fizikal baharu;
  • Menjalankan penilaian fizikal dan psikologi pekerja;
  • Mewujudkan platform kaunseling psikologi baharu, bilik kaunseling terbuka dan mengupah kaunselor profesional untuk membantu pekerja;
  • Menggalakkan pemakanan yang sihat: makanan segar pada harga yang lebih murah;
  • Menghentikan pembaziran, termasuk bekalan pejabat, utiliti dan makanan;
  • Membangunkan latihan dan tugasan pertolongan cemas serta respons kecemasan.

"THP ialah projek jangka panjang dan mampan yang menyeru penyertaan semua orang, bahawa menjadi sihat adalah tanggungjawab terhadap keluarga dan juga syarikat. Kami ingin mewujudkan persekitaran positif yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan psikologi pekerja, XCMG mengiktiraf keselamatan diri dan kesihatan sebagai keutamaan dan berharap agar dapat memperluaskan THP kepada pembekal, wakil penjual dan rakan kongsi kami di seluruh dunia," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG Brazil menggalakkan pekerja tempatan untuk menyertai inisiatif THP dengan cara mereka sendiri dan memahami mengenai kehidupan yang sihat. Kakitangan di XCMG Brazil menulis rancangan dan matlamat kesihatan diri seperti bersenam dengan lebih banyak, membaca dengan lebih banyak, makan dengan lebih baik dan berehat secukupnya di papan kenyataan "Better Health, Better Future" ("Kesihatan Lebih Baik, Masa Depan Lebih Baik").

THP membawakan promosi dalam talian serta sesi berskala kecil yang dijalankan oleh jabatan dan pasukan. XCMG juga akan menjadi tuan rumah bagi ucapan dasar, rancangan kuiz dan sesi Soal Jawab dalam talian bagi meningkatkan penglibatan dan memilih duta-duta kesihatan bagi memimpin pelbagai aktiviti.

Sejak pelancarannya pada akhir Mac, THP telah memberi manfaat kepada lebih 23,000 pekerja XCMG dan beberapa rakan kongsi global syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2786713-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Health Care/Hospital Transportation Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility