omniture

Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui - Adakah Hidrogen Hijau Penyelesaian Berdaya Maju untuk negara-negara ASEAN?

Toshiba Corporation
2020-04-29 13:00 1407

SINGAPURA, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Meskipun tenaga boleh diperbaharui seperti hidro, solar dan angin dikenali secara meluas, sumber tenaga yang mendapat momentum sebagai sumber tenaga masa depan yang amat versatil ialah hidrogen, khususnya hidrogen hijau. Toshiba berkongsi bagaimana negara-negara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina melihat hidrogen sebagai penyelesaian tenaga bersih yang berpotensi dan bagaimana penggunaan H2One™, Sistem Bekalan Tenaga Berautonomi berasaskan-Hidrogen dapat membantu menyumbang kepada masa depan tenaga yang lebih hijau.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202004.shtml

Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui – Adakah Hidrogen Hijau Penyelesaian Berdaya Maju untuk negara-negara ASEAN?
Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui – Adakah Hidrogen Hijau Penyelesaian Berdaya Maju untuk negara-negara ASEAN?

Dengan membina perkongsian antara kerajaan, organisasi dan pembekal infrastruktur, hidrogen hijau bukan sahaja berpotensi untuk menyokong peralihan ke arah sistem tenaga nyahkarbon yang memenuhi dasar kerajaan dan perjanjian iklim, tetapi juga dapat menyediakan aplikasi bernilai untuk bantuan bencana, peranti mobiliti, penyelesaian grid-luar dan mudah alih.

Hidrogen hijau menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, air untuk mengelektrolisiskan hidrogen daripada air serta menyimpan dan menggunakan hidrogen dalam sel bahan bakar bagi menyediakan penghantaran stabil tenaga elektrik dan air panas bebas CO2 yang mesra alam.

Pada tahun 2019, SP Group, sebuah kumpulan entiti tenaga yang terkemuka di Asia Pasifik, berjaya menubuhkan bangunan emisi-sifar yang pertama di Singapura dan Asia Tenggara yang dikuasakan oleh hidrogen hijau. Teknologi ini dibekalkan oleh H2One™ Toshiba, Sistem Bekalan Tenaga Berautonomi berasaskan-Hidrogen yang dapat menghasilkan hidrogen, yang boleh disimpan untuk digunakan kelak dengan teknologi Sel Bahan Api.

Negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina turut meneroka hidrogen hijau bagi membekalkan tenaga yang stabil dan berkos rendah untuk kebanyakan pulau-pulaunya. Pada tahun 2018, setelah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama National Electrification Administration, sebuah organisasi kerajaan Filipina serta Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), sebuah organisasi kerajaan Indonesia, kini Toshiba berusaha untuk menilai dan melaksanakan sistem grid-luar H2One™ sebagai bahan bakar untuk penjanaan kuasa dalam masa terdekat.

Pelaksanaan hidrogen hijau yang meluas akan dipercepatkan menerusi kemajuan keselamatan, infrastruktur dan kecekapan kos. Dengan meningkatkan kemajuan teknikal dalam hidrogen, kos pengeluaran, pengedaran dan pembuatan akan menjadi lebih berpatutan.

Tatkala Toshiba memajukan teknologi dalam hidrogen, kami terus meningkatkan kecekapan semua penyelesaian tenaga kami bagi merealisasikan masyarakat rendah karbon dan bekalan kuasa global yang stabil dengan menyediakan sistem penjanaan kuasa yang paling cekap di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200323/2758200-1?lang=0 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities