omniture

Tencent Cloud Di Kedudukan No. 5 Bahagian Pasaran dalam Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan Seluruh Dunia

Tencent Cloud menduduki tempat keempat di rantau Asia Pasifik dan kelima di seluruh dunia dengan pertumbuhan dalam kedua-dua pasaran melebihi 100%
Tencent Cloud
2020-04-29 19:06 4166

SHENZHEN, China, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Gartner, sebuah syarikat teknologi IT dan penasihat global, baru-baru ini mengeluarkan "Market Share: IT Services, Worldwide 2019"[1] ("Bahagian Pasaran: Perkhidmatan IT, Seluruh Dunia 2019"). Tencent Cloud menduduki tempat kelima di seluruh dunia dengan pertumbuhan mencecah 111% dan tempat keempat dalam pasaran Asia/Pasifik dengan pertumbuhan mencecah 107.3%.

Pada tahun 2019, pasaran Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan global terus berkembang pesat, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah 40.7%, manakala saiz keseluruhan pasaran meningkat kepada US$48.9 bilion. 

Dalam pasaran global, Tencent Cloud menduduki tempat pertama antara lima vendor teratas dari segi pertumbuhan, melebihi 100% dalam kedua-dua pasaran Asia/Pasifik dan global.

Menurut laporan kewangan terkini Tencent, Tencent Cloud melaporkan pendapatan sebanyak lebih US$2.4 bilion (kira-kira 17 bilion yuan) dengan kadar pertumbuhan lebih tinggi berbanding purata pasaran, telah memperoleh lebih daripada satu juta pelanggan berbayar pada tahun 2019. Semasa tempoh pelaporan, syarikat berkenaan meluaskan bahagian pasaran, terus mengembangkan perniagaan merentas beberapa vertikal termasuk perkhidmatan Internet, pelancongan, perkhidmatan punca pendapatan dan pembuatan selain membantu syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi melalui penaiktarafan digital dengan memanfaatkan kelebihannya dalam menghubungkan pengguna.

Tencent Cloud kini mempunyai infrastruktur di 26 kawasan geografi di lima benua dan mengendalikan 53 zon ketersediaan. Syarikat mempunyai kapasiti simpanan tahap eksabait dan menggunakan 1300 nod pemecutan di seluruh dunia.

Tahun lalu, Tencent Cloud mencapai kejayaan cemerlang yang penting menerusi beberapa petunjuk utama. Pada Mei 2019, Tencent menjadi syarikat yang pertama di China dan kelima di dunia dengan lebih 1 juta pelayan dan merupakan syarikat pertama di China dengan lebar jalur puncak mencecah 100 trilion bait.

[1] Sumber : Gartner, Market Share: IT Services, Worldwide 2019, Dean Blackmore et al., 13 April 2020

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer Networks Computer Software Telecommunications Survey, Polls & Research