Upacara Pelancaran Global Dalam Talian ME Series #SeeBeyondBorders (SECARA LANGSUNG)
29 Apr. | 20:30 (CST), 14:30 (CEST), 8:30 (EDT)
SHENZHEN, China, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Mindray Medical (SZSE: 300760), penyedia global yang terkemuka bagi peralatan dan penyelesaian perubatan, mengumumkan pelancaran sistem ultrabunyi mudah alih baharu, ME series bagi meningkatkan keyakinan klinikal semasa mengendalikan kes-kes COVID-19 kritikal dan kecemasan. Kini, ia boleh didapati di Eropah dan negara-negara terpilih yang lain.
Mempunyai penyelesaian pengurusan cecair pintar, penyelesaian penyahjangkitan komprehensif, mobiliti yang mudah dan tangkas, antara muka intuitif serta penyelesaian bateri yang fleksibel, ME series dapat membantu pakar klinikal menangani cabaran diagnostik dan membuat keputusan yang pantas dalam persekitaran hospital yang bergerak pantas, terbeban dan mencabar pada masa kini.
"Semasa berlakunya pandemik ini, sistem ultrabunyi mudah alih mempunyai nilai yang tidak dapat diganti sebagai alat diagnostik yang pantas, mudah, tak radioaktif dan interaktif," kata Fred Yang, Pengarah Sistem Ultrabunyi Antarabangsa di Mindray. "ME series direka khas untuk memperkasa pakar klinikal dengan lebih yakin untuk memberi tumpuan pada penjagaan pesakit."
Ketika menghadapi COVID-19, penilaian pantas terhadap Sindrom Gangguan Pernafasan Akut (ARDS) dan Kejutan Sepsis dapat membantu pakar klinikal untuk mengusahakan rancangan terapeutik dan menyelamatkan nyawa. Berdasarkan algoritma pembelajaran mendalam, penyelesaian pengurusan cecair pintar terbukti secara klinikal ME series ditawarkan untuk mempercepatkan penilaian pesakit dengan tepat dan cekap.
Pada waktu yang kritikal ini, penyahjangkitan memainkan peranan penting bagi mencapai tahap keselamatan klinikal yang tinggi, Memenuhi kehendak kawalan jangkitan dengan sempurna, panel kawalan yang direka bentuk dengan lancar, bahan yang mantap dan fungsi penjejakan transduser yang unik pada ME series sangat banyak mengurangkan risiko jangkitan silang.
Dengan berat hanya 3kg dan ketebalan 44mm, ME series dapat beradaptasi kepada pelbagai persekitaran dan dapat dikendalikan dengan mudah tanpa menjejaskan prestasi pengimejan. Di samping itu, tiga skrin, reka bentuk bertumpu pengguna dan susun atur tentuan pengguna menjamin antara muka yang ringkas dan intuitif serta aliran kerja yang lancar, seraya dapat meningkatkan daya pemprosesan pesakit dalam keadaan pengimbasan yang sibuk.
Bagi menangani cabaran bateri, ME series boleh menyokong sehingga 8 jam pengimbasan berterusan dengan U-Bank pilihan, bagi menyediakan rakan pengimbasan selama satu hari.
Latar Belakang Mindray
Ditubuhkan pada tahun 1991, Mindray ialah salah satu penyedia global yang terkemuka bagi peralatan dan penyelesaian perubatan. Benar-benar komited terhadap misi kami untuk "memajukan teknologi perubatan bagi menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses," kami berdedikasi terhadap inovasi dalam bidang Pemantauan Pesakit & Sokongan Hayat, Diagnostik In-Vitro serta Sistem Pengimejan Perubatan. Hari ini, produk dan perkhidmatan Mindray boleh didapati di kemudahan penjagaan kesihatan di lebih 190 negara dan wilayah.
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200428/2779761-1?lang=0