omniture

Siri TV Cina Hunting jadi drama kegemaran ramai yang hebat di Asia Tenggara

Hunting
2020-05-02 05:32 1191

SHANGHAI, 2 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Siri TV Hunting, dibintangi oleh pelakon-pelakon Cina yang terkenal Wang Kai dan Wang Ou, kini disiarkan melalui Vietnam Viettel Media dan ASTRO HD, stesen TV Berbayar yang terbesar di Malaysia. Drama TV ini menceritakan kisah kerjasama peringkat global polis Cina bagi memujuk dan menangkap penjenayah ekonomi di seluruh dunia. Ia telah mendapat reputasi yang sangat baik dalam kalangan komuniti Cina tempatan di Asia Tenggara dan turut membangkitkan perbincangan dan perhatian yang luas, mengatasi banyak drama TV Eropah dan Amerika dalam tempoh yang sama.

Hunting
Hunting

Hunting diadaptasi daripada begitu banyak prototaip. Ia mempersembahkan kes manipulasi harga saham oleh syarikat tersenarai, yang mana pegawai kanan bank dan pegawai yang berkaitan turut terlibat. Apabila suspek melarikan diri ke luar negara, polis Cina dan juga polis dari pelbagai negara komited untuk bersama-sama memerangi jenayah ekonomi. Sebilangan suspek yang bersembunyi di negara-negara asing sentiasa mengalami mimpi buruk diburu oleh pihak polis tempatan dan pihak berkuasa imigresen, seraya menanggung beban psikologi yang amat besar. Sementara penjenayah lain terus terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan jenayah bahkan di luar negara dan pastinya, akhirnya menerima hukuman yang berat.

Judul siri TV ini -- Hunting -- berasal daripada operasi khas yang dikenali sebagai "Fox Hunting" yang dilancarkan oleh polis Cina pada tahun 2014, bertujuan untuk memburu dan memujuk penjenayah ekonomi di serata dunia. Memandangkan banyak negara Asia Tenggara turut menghadapi keadaan sukar akibat jenayah ekonomi yang berleluasa, kisah-kisah berkenaan menarik bukan sahaja untuk masyarakat Cina, tetapi juga untuk penduduk tempatan. Siaran Hunting di negara-negara Asia Tenggara sudah pasti menjadi penghalang penting untuk suspek-suspek berkenaan yang melarikan diri ke luar negara dan akan turut mendorong mereka untuk menyerah diri dan menerima isbat undang-undang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200430/2791108-2?lang=0

 

Source: Hunting
Keywords: Entertainment New products/services