omniture

Produk Pandemic Group Insurance Dilancar Lindungi Tenaga Kerja Barisan Hadapan India

Gallagher
2020-05-04 10:00 965

LONDON, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Organisasi insurans dan pengurusan risiko antarabangsa, Gallagher, mengumumkan pelancaran produk Pandemic Group Insurance, memperkenalkan penyelesaian perlindungan ganti rugi COVID-19 yang komprehensif kepada pasaran India. Untuk petugas penting dan perkhidmatan barisan hadapan termasuk hospital dan penyedia penjagaan kesihatan, pengagihan makanan dan pengeluar farmaseutikal, perkembangan ini memberi laluan ke hadapan semasa berlakunya ketidaktentuan pada masa ini.

Menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital termasuk ICU, ambulans jalan raya dan akses kepada pendapat perubatan sekunder, produk ini termasuk akses kepada semua jenis hospital termasuk swasta, kerajaan dan tentera, dengan jumlah yang diinsuranskan bermula daripada 50,000 hingga 3 juta Rupee India. Perlindungan terpakai hanya sekiranya anggota yang diinsuranskan didiagnosis dan dimasukkan ke hospital semata-mata untuk COVID-19 susulan tempoh menunggu 15 hari awal. Pengecualian perjalanan dan keadaan kesihatan sedia ada turut terpakai.

Vyvienne Wade, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Antarabangsa di Gallagher, memberikan lebih banyak konteks. "Insurans ialah satu instrumen untuk kebaikan sosial dan ekonomi. Melihatkan gangguan dan ketidaktentuan signifikan yang sedang dialami oleh masyarakat di seluruh dunia, insurans memainkan peranan penting bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan. Ia merupakan satu cara yang membolehkan kami membantu pelanggan bergerak ke hadapan dengan tahap keyakinan bila mana pasaran dicabar oleh perintah berkurung dan sekatan perjalanan."

"Kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans komprehensif yang membolehkan pekerja kritikal di barisan hadapan dan keluarga mereka, untuk mendapat akses kepada penjagaan hospital termasuk ICU. Proses tuntutan dalam talian dan tanpa kertas juga mudah diurus dan disokong oleh pasukan pengurusan tuntutan kesihatan yang berdedikasi."

"Produk insurans umumnya tidak termasuk pandemik, wabak dan pengurusan penyakit berjangkit dalam persekitaran komersial. Oleh yang demikian, penyelesaian khusus COVID-19 untuk pasaran India membawakan penyelesaian yang praktikal untuk komuniti perniagaan serta pelanggan kami dan kami berasa gembira kerana mampu sampai ke tahap ini," simpul Wade.

Dengan kes COVID-19 disahkan yang dilaporkan menghampiri angka 30,000 dan jumlah kematian sebanyak lebih 900, jumlah nyawa yang terkorban di India telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Susulan garis panduan disemak semula yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (MHA), satu pekeliling terbaharu (15 April 2020) daripada Lembaga Pengawalseliaan dan Pembangunan Insurans India (IRDAI) telah meminta penanggung insurans untuk menyediakan perlindungan insurans kumpulan dan individu, menggunakan susunan kata-kata yang mudah dan syarat-syarat yang dilampirkan.

Produk ini eksklusif untuk pasaran India dan memerlukan laporan ujian yang positif untuk penyakit Coronavirus (COVID-19) yang dijalankan daripada Pusat ujian Berdaftar ICMR di India daripada National Institute of Virology, Pune. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun turut dilindungi sekiranya salah seorang ibu bapa membeli polisi tersebut dan hanya merangkumi rawatan yang disediakan di India.

Catatan editor:

  • Global: Arthur J. Gallagher & Co. (NYSE: AJG), sebuah firma pembrokeran insurans, pengurusan risiko dan perkhidmatan perundingan global, beribu pejabat di Rolling Meadows, Illinois. Syarikat ini mempunyai operasi di 49 negara dan menawarkan keupayaan perkhidmatan pelanggan dalam lebih 150 negara di seluruh dunia melalui rangkaian broker koresponden dan perunding.
  • India: Edelweiss-Gallagher ditubuhkan melalui pemerolehan saham minoriti dalam Edelweiss Insurance Brokers Limited (EIBL) oleh Gallagher, pada Mei 2019. Disokong oleh rangkaian Sub-Broker dan Orang Diberi Kuasa, Kumpulan ini hadir secara strategik merentas semua bandar utama dan hab perniagaan di India. EIBL ialah subsidiari Edelweiss Financial Services Limited, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta pelanggan melalui rangkaian dengan lebih 450 pejabat dan 10,000 pekerja. Siaran akhbar: di sini
  • Asia: Gallagher menyediakan keupayaan penasihat insurans pakar di rantau Asia daripada hab serantau Singapuranya, menawarkan kepakaran dalam pelbagai risiko komersial termasuk pembinaan, tenaga, marin & kargo, media & hiburan, hartanah serta kredit perdagangan & risiko politik. Pejabat kami mempunyai pakar-pakar yang boleh membantu anda dengan semua insurans komersial atau faedah serta keperluan perunding HR anda.

Pertanyaan media:

Steve White
Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, APAC
M (UK): +44 7824 618 339 | M (AUS): +61 466 469944 |
steve.white@ajg.com.au

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/640603/Gallagher_Logo.jpg

Source: Gallagher
Related Stocks:
NYSE:AJG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Insurance New products/services