omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim lancar 158 modul berkecekapan tinggi baharu

Xinhua Silk Road
2020-05-07 21:47 518

BEIJING, 7 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar yang bertaraf dunia, memperkenalkan produk terkininya, 158 modul bersirap berkecekapan tinggi pada 6 Mei.

Menurut Seraphim, 158 modul bersirap baharu ini dapat menjana lebih kuasa dengan kadaran kecekapan yang lebih tinggi. Dengan memotong sel 158.75mm kepada 6 kepingan dan menggantikan riben tradisi dengan pelekat konduktif elektrik, 158 modul bersirap baharu ini dapat mencapai kecekapan maksimum sehingga 20.81 peratus, dengan kuasa modulnya mencecah sehingga 440W.

Kecekapan panel solar mengukur sebanyak mana tenaga cahaya matahari pada panel tertentu dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan. Tenaga ini ditukarkan dengan memerangkap arus elektrik yang terhasil apabila cahaya matahari berinteraksi dengan silikon atau sel filem nipis di dalam panel solar.

Selain daripada kecekapan yang tinggi, produk baharu ini mempunyai keandalan dan ketahanan yang dipertingkat, dengan kadar pengecilannya 1.7 peratus lebih rendah berbanding modul konvensional.

"Sebagai modul bersirap yang dinaik taraf sepenuhnya, produk baharu tersebut menonjolkan satu kejayaan cemerlang yang dilakar oleh Seraphim dalam teknologi modul bersirap. Sekiranya inovasi merupakan kekuatan dalaman kami, maka 158 modul bersirap baharu ini merupakan senjata kami untuk memenangi pasaran. Seraphim ialah salah sebuah syarikat pertama dalam industri ini yang memulakan pengeluaran besar-besaran modul bersirap. Selama bertahun-tahun, kami terus mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan serta berusaha untuk meraih kecemerlangan. Saya percaya bahwa 158 modul bersirap baharu ini akan membawa pengalaman produk yang unggul kepada pelanggan," kata Polaris Li, presiden Seraphim.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, modul bersirap telah menarik minat semakin banyak pengeluar. Modul bersirap dijangka menyaksikan pertumbuhan yang pesat dari segi kapasiti pengeluaran pada tahun-tahun akan datang dan Seraphim meramalkan bahawa modul bersirap akan menjadi modul arus perdana dalam pasaran PV dalam jangka masa panjang.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Seraphim telah mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan penjualan produk PV. Setakat ini, lebih 8GW produk Seraphim telah dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/313196.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services