LONDON, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Menurut satu Kertas Kajian Kedudukan baharu yang diterbitkan dalam American Journal of Infection Control secara dalam talian, amalan kebersihan harian yang lebih baik seperti mencuci tangan, dapat membantu mengurangkan dengan ketara risiko jangkitan biasa. Bukti menunjukkan bahawa pengurangan risiko boleh menjadi sehingga 50%. Dengan peningkatan usaha kebersihan yang dilaksanakan bagi melambatkan penularan COVID-19, pakar-pakar kesihatan awam Global Hygiene Council (GHC) kini menyeru perhatian yang lebih meluas terhadap tingkah laku kebersihan yang lebih baik di rumah dan komuniti demi membantu mengurangkan penularan jangkitan.
Kertas Kajian Kedudukan ini, yang disediakan bagi pihak GHC, meninjau bukti bahawa dengan mengikuti langkah-langkah kebersihan setiap hari di rumah dan kawasan komuniti (termasuk tempat kerja, universiti, sekolah, taska, dalam pengangkutan awam serta semasa membeli belah dan aktiviti riadah) dapat memainkan peranan penting bagi membendung dan melambatkan ancaman daripada mikroorganisma berjangkit. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa bakteria dan virus berbahaya boleh dipindahkan daripada individu yang dijangkiti kepada orang lain melalui tangan dan permukaan yang kerap disentuh serta boleh bertahan dalam jumlah yang mencukupi untuk menyebabkan jangkitan.
Mencuci tangan dengan kerap dan disinfeksi permukaan merupakan langkah-langkah kebersihan utama yang dapat membantu mengurangkan tahap mikroorganisma pada tangan dan permukaan yang kerap disentuh. Menerima pakai pendekatan kebersihan di rumah dan kehidupan harian kita menawarkan cara bagi memaksimumkan perlindungan terhadap jangkitan, pada masa dan tempat terdapatnya risiko penularan yang paling besar.
Menurut pengarang utama, Jean-Yves Maillard, Profesor Mikrobiologi Farmaseutikal di Sekolah Farmasi dan Sains Farmaseutikal di Cardiff University; "Melihatkan pandemik COVID-19 semasa dan bukti yang dibentangkan dalam Kertas Kajian ini, menjadi lebih penting berbanding sebelum ini untuk kita semua mengiktiraf peranan kebersihan komuniti bagi meminimumkan penularan jangkitan. Ini juga membantu mengurangkan penggunaan antibiotik dan membantu memerangi rintangan antimikrob."
Susulan kebimbangan yang meningkat pada ketika ini, Global Hygiene Council menyeru agensi-agensi kesihatan dan golongan profesional penjagaan kesihatan untuk menyedari kepentingan menasihati orang ramai mengenai peri pentingnya kebersihan di rumah dan kawasan komuniti mereka bagi meminimumkan penularan jangkitan.
Global Hygiene Council disokong oleh RB, pemimpin global bagi produk kesihatan dan kebersihan.
Rujukan:
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1163611/Global_Hygiene_Council.jpg