QINGDAO, China, 9 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), selanjutnya dirujuk sebagai "Haier", mengeluarkan laporan tahunan 2019 dan perolehan suku pertama tahun 2020 pada 30 April.
Pendapatan Haier meningkat sebanyak 9.05% berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah RMB 200.762 bilion pada tahun 2019, menyumbang sebanyak RMB 8.206 bilion kepada keuntungan bersih Haier Group, mewakili peningkatan sebanyak 9.66%. Sementara itu, ia memperoleh pendapatan sebanyak RMB 43.141 bilion pada suku pertama tahun 2020, satu penurunan sebanyak 11.09%; keuntungan bersih mencecah RMB 1.07 bilion, menurun 50.16%. Meskipun berhadapan dengan suku pertama yang mencabar, prestasi keseluruhan Haier melangkaui purata industri, menunjukkan daya tahan yang nyata.
Pada tahun 2019, Haier mencatatkan pertumbuhan luar biasa biarpun mengalami penurunan keseluruhan dalam industri perkakas domestik.
Produk premium bantu keuntungan dan bahagian pasaran meningkat dua kali ganda di luar negara
Pada tahun 2019, pendapatan luar negara Haier meningkat sebanyak 22% kepada RMB 94.1 bilion, manakala keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak lebih 30%. Momentum pertumbuhan yang besar ini adalah hasil daripada tumpuan terhadap penciptaan jenama, produk mewah dan e-dagang yang dinaik taraf.
Pada masa ini, Haier mempunyai tujuh jenama global dalam portfolionya, iaitu GE Appliances (AS), Candy (Itali), AQUA (Jepun), Fisher & Paykel (Australia/New Zealand), Haier, Casarte dan Leader. Ia mempunyai 122 buah kilang di serata dunia, dengan 54 buah kilang berada di luar negara.
Siaran awan pengalaman memimpin pertumbuhan ekosistem kediaman pintar
Pada tahun 2019, Haier melancarkan ekosistem IoT dan platform siaran awan pengalaman kediaman pintar, lalu membuka jalan untuk era baharu produk serta transformasi industri.
Salah satu contohnya ialah ekosistem Internet Pakaian (IoC) Haier, yang menghubungkan 13 industri, termasuk pakaian, tekstil rumah, bahan pencuci pakaian dan kulit. Haier telah dapat memperluaskan skopnya daripada mesin basuh kepada perkhidmatan dobi dan pengalaman pembersihan pintar, seraya menarik minat lebih 5,300 pengusaha domestik dan asing untuk membantu memenuhi keperluan pengguna bersama-sama. Hasilnya, pendapatan ekosistem Haier meningkat sebanyak 68% kepada RMB 4.8 bilion pada tahun 2019.
Dalam era Internet Pelbagai Benda, Haier akan terus meneroka dan memperluaskan kemungkinan kediaman pintar dengan 5G.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2797517-1?lang=0