omniture

Fullerton Health Lancar Penyemak Simptom COVID-19 dan Fungsi Sembang Percuma untuk Singapura, dengan Rancangan Dilancarkan Di Seluruh Asia Pasifik

Fullerton Health
2020-05-11 09:43 613

SINGAPURA, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Dalam usahanya untuk memerangi COVID-19 di seluruh Asia Pasifik, hari ini Fullerton Health mengumumkan bahawa ia telah melancarkan penyemak simptom COVID-19 dan fungsi sembang di platform aplikasi mudah alihnya LiveFuller ("LiveFuller") di Singapura. Dibangunkan menggunakan teknologi komersial proprietari, aplikasi mudah alih ini dan fungsi-fungsi baharunya akan disediakan secara percuma untuk digunakan oleh orang awam di Asia Pasifik dan bermatlamat untuk kesejahteraan umum dan tujuan maklumat dalam persekitaran semasa. Sepanjang waktu yang mencabar ini, Fullerton Health komited sepenuhnya untuk bekerjasama secara perkongsian erat dengan pihak kerajaan dan organisasi sivik dengan menjadikan sumber syarikat tersedia bagi membantu mengurangkan beban terhadap sektor kesihatan awam.

Cabaran utama semasa pandemik ini adalah kekurangan akses kepada maklumat penjagaan kesihatan andal yang berkaitan dengan COVID-19. Banyak maklumat dan berita berkisarkan COVID-19 dan perkembangan yang berkaitan menjadikannya sukar untuk orang awam mencari dan memberi tumpuan pada maklumat yang relevan buat mereka.

LiveFuller Fullerton Health menampilkan penyemak simptom COVID-19 didayakan Kecerdasan Buatan (AI) dan fungsi sembang dalam aplikasi yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan ahli pasukan Fullerton Health mengenai kebimbangan berkaitan COVID-19. Ciri-ciri ini dicipta bagi melengkapi orang awam serta petugas penjagaan kesihatan di seluruh rantau ini dengan platform yang menyediakan maklumat andal dan fungsi-fungsi yang mudah digunakan. Penyemak simptom didayakan AI mengurangkan kesalahan dan membolehkan proses membuat keputusan yang lebih pantas. Ia memberi cadangan mengenai langkah-langkah yang seterusnya kepada pengguna dan mengarahkan mereka ke tempat yang mana mereka boleh mendapatkan khidmat penjagaan atau maklumat tambahan, seperti sumber-sumber negara seperti penjagaan bersubsidi di klinik kesihatan awam atau talian bantuan kesihatan mental. Petugas penjagaan kesihatan juga boleh memanfaatkan penyemak simptom sebagai alat yang berguna untuk membantu mengendalikan soalan-soalan pesakit mengenai COVID-19.

Penyemak simptom COVID-19 LiveFuller direka bentuk untuk menyediakan akses yang dipertingkat kepada semua kumpulan demografi semasa waktu yang mencabar ini. Diperkenalkan julung kalinya di Singapura, penyemak simptom ini ditawarkan dalam empat bahasa rasmi: Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil. Fungsi sembang dalam aplikasi akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, dan pengguna boleh berinteraksi dengan ahli pasukan Fullerton Health melalui mesej atau nota suara.

Fullerton Health berhasrat untuk menjadikan penyemak simptom COVID-19 LiveFuller disediakan secara percuma di seluruh Asia Pasifik. Menerusi rundingan bersama pakar-pakar serantau Fullerton Health, penyemak ini akan disesuaikan bagi menyediakan cadangan yang relevan untuk setiap negara dan akan merangkumi pilihan bahasa tempatan yang dipilih.

Versi Singapura bagi penyemak simptom COVID-19 LiveFuller dan fungsi sembang dalam aplikasi dilancarkan pada 8 Mei 2020 dan disediakan untuk muat turun langsung secara dalam talian (https://www.fullertonhealthtech.com/download-app), serta melalui App Store untuk pengguna iOS. Pautan muat turun akan turut dikongsi di laman sesawang Fullerton Health negara masing-masing apabila penyemak ini dilancarkan dalam setiap pasaran.

David Sin, Pengasas Bersama dan Presiden Kumpulan Fullerton Health, berkata, "Dengan menyediakan penyemak simptom dan fungsi sembang kami secara percuma untuk digunakan kepada orang awam, kami berusaha untuk merapatkan jurang berhubung kekurangan akses kepada maklumat yang tepat dan dikemas kini mengenai COVID-19 di rantau ini. Halangan kepada akses menimbulkan lebih banyak masalah kepada komuniti kami, memandangkan COVID-19 akan terus tersebar kecuali semua pemegang kepentingan turut sama dalam usaha bersepadu untuk memeranginya."

Beliau menambah, "Kami benar-benar yakin bahawa bagi mereka yang banyak diberi, banyak yang akan diperlukan. Sejak berlakunya wabak COVID-19 di seluruh Asia dan seterusnya ke seluruh dunia, Fullerton Health telah menggerakkan keupayaan serantau kami bagi menyokong usaha-usaha respons terhadap COVID-19 dalam pelbagai pasaran di tempat kami beroperasi. Biarpun kami menyedari bahawa usaha kami sahaja tidak pernah mencukupi untuk menangani cabaran ini, kami yakin bahawa bersama-sama organisasi-organisasi dan individu-individu yang sealiran, komuniti-komuniti dan negara-negara kami dapat pulih dan bangkit secara kolektif daripada krisis global ini."

Jeff Chen, Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Fullerton Health, berkata, "Memanfaatkan teknologi dan mendigitalkan perkhidmatan merupakan kunci untuk meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti dan maklumat andal dengan cekap dan berkesan. Meskipun ciri-ciri kami yang dilancarkan baru-baru ini menyediakan kemudahan akses kepada maklumat COVID-19 untuk orang awam, kami akan terus menambah dan meningkatkan keupayaan kesihatan digital kami bagi mendayakan penyediaan akses kepada penjagaan yang andal dan mudah buat semua."

Latar Belakang Fullerton Health 

Fullerton Health ialah sistem kesihatan bersepadu yang terkemuka di rantau Asia Pasifik. Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2010, hari ini Syarikat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan melalui lebih 500 kemudahan penjagaan kesihatan dan rangkaian global penyedia penjagaan kesihatan yang luas dalam sembilan pasaran di Asia Pasifik. Proposisi nilai Fullerton Health merupakan integrasi penawaran perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan keupayaan pengurusan dan penasihat tersuai, selaras dengan tujuannya untuk menyediakan penjagaan yang berpatutan dan boleh diakses buat semua di Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut mengenai Fullerton Health, sila kunjungi http://www.fullertonhealth.com/.

Latar Belakang LiveFuller 

Platform aplikasi mudah alih LiveFuller ialah peranti kesejahteraan yang mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan dalam talian dan luar talian. Platform ini komited untuk membantu pengguna sepanjang perjalanan penjagaan kesihatan mereka dengan menjimatkan masa, mengawal kos dan mengurus rekod perubatan dengan selamat dan cekap. LiveFuller menyediakan penjagaan yang berpatutan dan boleh diakses untuk semua pengguna Asia Pasifik dengan menyediakan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan digital melalui platform internet mudah alihnya.

Source: Fullerton Health
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Mobile Entertainment Telecommunications New products/services