omniture

Vakrangee Tersenarai Syarikat No.1 Dunia dalam Industri Perisian dan Perkhidmatan Berdasarkan Penilaian ESG Sustainalytics

Vakrangee Limited
2020-05-11 12:03 312
  • Tersenarai di tempat ke-14 seluruh dunia daripada 12,076 syarikat (Global Universe)
  • Tersenarai di tempat pertama seluruh dunia daripada 668 syarikat dalam Perisian & Perkhidmatan (Industry Group)

MUMBAI, India, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Bagi mengiktiraf model-model Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus unggulnya, Vakrangee Limited (VL) mengumumkan bahawa ia tersenarai di No.1 secara global dalam senarai kedudukan penilaian Risiko ESG Sustainalytics daripada 668 syarikat yang dinilai dalam industri Perisian dan Perkhidmatan di seluruh dunia. Sustainalytics menyebut bahawa pengurusan keseluruhan syarikat terhadap isu-isu ESG material adalah mantap.

ESG_rating_details
ESG_rating_details

Gambaran Keseluruhan Penilaian - Syarikat berdepan dengan risiko yang boleh diabaikan untuk mengalami kesan kewangan material daripada faktor-faktor ESG, ekoran pendedahannya yang rendah dan pengurusan yang mantap terhadap isu-isu ESG material.

Sustainalytics ialah peneraju global dalam penilaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Liputan penilaian ESG dilancarkan dengan 9,000 syarikat dan kini telah berkembang untuk meliputi 12,000 syarikat.

Berhubung dengan Privasi & Keselamatan Data, Vakrangee telah menerima skor 100/100, menggambarkan adanya Dasar Privasi Data dan Keselamatan Data yang mantap dan teguh. Dalam bidang Alam Sekitar, Vakrangee menerima skor Peneraju Industri, terbukti menerusi dasar kukuh syarikat ini terhadap program Perolehan Hijau, Pengurangan GHG, memanfaatkan teknologi untuk melaksanakan Inisiatif 'Go Green' seperti Perbankan Tanpa Kertas, penilaian didayakan Biometrik dan ATM Tanpa Kertas.

Mengulas mengenai hal ini, En Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Vakrangee Ltd. berkata, "Kami berbesar hati dan teruja untuk menerima penilaian ini daripada Sustainalytics. Di Vakrangee, kami sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah syarikat yang Bertanggungjawab dan Peka Dari Segi Sosial. Penilaian ini merupakan satu pengesahan kepercayaan dan komitmen kami terhadap model Perniagaan Vakrangee Kendras Generasi Seterusnya. Strategi Perniagaan kami telah dipetakan dengan inisiatif-inisiatif kemampanan bersama-sama Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Sila Klik :
https://vakrangee.in/pdf/Analyst_Coverage/Vakrangee%20Ltd%20-%20Sustainalytics%20ESG%20Risk%20Rating%20Summary%20Report.pdf

Latar Belakang Vakrangee Limited   (Kod BSE: 511431; Kod NSE: VAKRANGEE)  

Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan untuk membina rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan kilometer terakhir bagi menyediakan perkhidmatan BFSI, ATM, e-dagang dan logistik masa sebenar kepada pasaran luar bandar dan bandar yang tidak mendapat perkhidmatan. Kini, Vakrangee mempunyai lebih 23,000 (lebih 10,000 Beroperasi & lebih 13,000 di bawah proses pengambilan) yang tersebar merentas 30 Negeri & UT serta lebih 6,150 poskod. Lebih daripada 70% daripada outlet ini berada di bandar-bandar Tahap 5 dan 6. Sasaran yang dirancang adalah untuk mencapai 25,000 Kendras menjelang tahun 2020.

Untuk maklumat, sila hubungi:  investor@vakrangee.in 

Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in 
Vakrangee Limited – www.vakrangee.in
+91-022-67765100

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1165690/ESG_rating_details.jpg 

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 Bombay:VAKRANGEE.BO India:EQVAKRANGEE India:VAKRANGEE India:VAKRANGEE.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Nanotechnology Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news