omniture

Herbalife Nutrition Perluas Usaha Bantuan COVID-19 di Asia Pasifik

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2020-05-11 14:28 496

HONG KONG, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global yang ulung Herbalife Nutrition, serta pertubuhan tidak berkeuntungannya (NPO) Herbalife Nutrition Foundation, bersama-sama menjanjikan bantuan bernilai US$1.79 juta bagi menyokong usaha bantuan COVID-19, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyokong komuniti global melalui detik-detik yang tidak menentu. Sumbangan ini termasuk wang tunai dan sumbangan berupa barangan yang akan diserahkan bagi menyokong pemberian bantuan keperluan asas di tujuh negara Asia Pasifik iaitu Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

"Sebagai sebuah syarikat pemakanan bertaraf global, Herbalife Nutrition mempunyai peluang unik dan tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan pada waktu yang tidak menentu ini. Selain daripada menggunakan sumber korporat dan kepakaran pemakanan kami, kami juga bekerjasama dengan pekerja kami, serta ahli bebas kami dan juga organisasi luar yang berada di lapangan bagi membantu orang ramai di komuniti setempat menyesuaikan diri dan menangani cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam pandemik COVID-19 ini," kata Stephen Conchie, naib presiden kanan dan pengarah urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

Tatkala pandemik coronavirus ini terus menyukarkan kehidupan berjuta-juta penduduk di Asia Pasifik, keadaan ini telah mengakibatkan sumber perubatan semakin regang dan keluarga pula menjadi lebih terdedah kepada masalah kelaparan dan kekurangan makanan. Bagi membantu menangani beberapa isu ini, sumbangan Herbalife Nutrition akan disalurkan bagi menyediakan bekalan perubatan dan pemakanan yang diperlukan dengan perkongsian bersama pertubuhan-pertubuhan bukan tidak berkeuntungan tempatan di rantau ini. Ini termasuk:

  • Penyediaan bekalan perubatan seperti pakaian pelindung diri dan kit ujian kepada hospital;
  • Penyediaan produk pemakanan seperti Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink dan Protein Bar kepada petugas penjagaan kesihatan yang bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit COVID-19;
  • Penyediaan produk kebersihan diri seperti topeng muka, sanitiser tangan, sabun tangan dan ubat cuci mulut kepada kanak-kanak yang memerlukan melalui Program Casa Herbalife Herbalife Nutrition Foundation;
  • Penyediaan dana tunai bagi menyokong usaha bantuan melalui pertubuhan-pertubuhan tempatan seperti Vietnam Fatherland Front Central Committee.

Dalam masa yang sama, ahli bebas Herbalife Nutrition di Asia Pasifik telah mengambil inisiatif untuk menyediakan bantuan perubatan, makanan dan pemakanan kepada masyarakat setempat masing-masing. Ahli bebas Herbalife Nutrition telah menyumbangkan lebih 45,000 topeng muka, 12,000 set pakaian pelindung diri dan Herbalife Nutrition Formula 1  Nutritious Mixed Soy Protein Drink kepada hospital tempatan mereka, selain menyediakan pek makanan dan barangan runcit kepada keluarga yang memerlukan dalam komuniti mereka.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat bertaraf global yang telah mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan yang terbukti untuk ahli bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan disokong oleh sains, dijual di lebih 90 negara oleh ahli yang menjadi usahawan yang memberi bimbingan secara peribadi dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Melalui kempen global oleh Syarikat ini, Nutrition for Zero Hunger, Herbalife Nutrition turut komited untuk membawakan nilai pemakanan dan pendidikan kepada masyarakat di serata dunia.

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Social Responsibility Not for profit