omniture

LMRKTS Umum Paul Walker sebagai Pengerusi

LMRKTS
2020-05-11 16:00 280

NEW YORK, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- LMRKTS LLC ("LMRKTS"), penyedia pengoptimuman yang terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan dan syarikat Motive Partners, hari ini mengumumkan bahawa En. Paul Walker dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah LMRKTS. En. Walker menggantikan Dr. Stephen C. Daffron yang terus berkhidmat sebagai pengarah dalam Lembaga Pengarah LMRKTS.

 

 

En. Walker berkhidmat selama 16 tahun di Goldman Sachs, yang mana baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Bersama Teknologi dan ahli Jawatankuasa Perkongsian firma berkenaan. Paul juga memegang jawatan kepimpinan dalam Prime Brokerage dan organisasi Strats, memimpin pasukan Core Strats Goldman dari tahun 2002 hingga tahun 2011. Hari ini, En. Walker merupakan Rakan Kongsi Industri di Motive Partners, platform pelaburan pakar-sektor dan pelabur dalam LMRKTS. Beliau memberi khidmat nasihat kepada pelabur dan syarikat yang mengalami pertumbuhan tinggi dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan. En. Walker menyertai Lembaga Pengarah LMRKTS pada tahun 2019 dan mempunyai pengalaman lembaga dalam perniagaan perisian peringkat pertumbuhan dan organisasi lebih besar yang lain, seperti Depository Trust and Clearing Corporation.

"Saya teruja untuk menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah LMRKTS dan untuk membantu syarikat agar terus berkembang tatkala ia membawa teknik-teknik pengoptimuman bertaraf dunianya kepada lebih banyak bahagian dalam pasaran modal," kata En. Walker. "Dalam sebuah perniagaan serumit dan terhubung seperti pasaran modal, analitik bebas termaju LMRKTS dapat membantu semua peserta menambah baik pengurusan risiko, modal dan kecairan mereka."

Dr. Daffron menyertai Lembaga Pengarah LMRKTS pada tahun 2017 yang mana beliau dilantik sebagai Pengerusi sehingga tahun 2020.

Latar Belakang LMRKTS 

LMRKTS ialah penyedia pengoptimuman yang terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan. Menggabungkan matematik lanjutan dengan pendekatan dipacu teknologi, syarikat ini menyediakan penyelesaian generasi seterusnya yang membantu pelanggan mengurus dan mengurangkan risiko serta kos modal mereka dengan lebih cekap. Motive Partners, IFC World Bank Group, Deutsche Börse Group dan Dr. Lawrence Summers, bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dan Ketua Ekonomi World Bank, telah melabur dalam LMRKTS, selain daripada veteran dan ahli teknologi Wall Street yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: http://www.lmrkts.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi press@lmrkts.com, +1-917-267-5931

Source: LMRKTS
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology