omniture

Seraphim bakal Bekalkan Modul 183MW ke Filipina

Seraphim
2020-05-11 21:55 406

CHANGZHOU, China, May 11, 2020 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (Seraphim), salah satu pengeluar modul solar yang terkemuka di dunia, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian bersama ERS Energy Sdn Bhd ("ERS"), salah satu penyedia perkhidmatan EPC yang paling berpengaruh, bagi menyerahkan modul solar berkecekapan tinggi 183 Megawatt untuk projek-projek di Filipina.

Dibangunkan bersama-sama AC Energy Inc., platform tenaga Ayala Corporation, ERS Energy Sdn Bhd sebagai kontraktor EPC dan Seraphim sebagai penyedia modul, projek-projek ladang solar ditetapkan untuk ditempatkan di Alaminos, Laguna dan Gigasol, Zambales.

En. Jonathan Kan, Pengarah Urusan ERS Energy Sdn Bhd mengulas, "Seraphim dan ERS telah mengekalkan jalinan kerjasama yang cemerlang selama bertahun-tahun. Kami berasa kagum dengan semangat dan profesionalisme Seraphim dalam industri solar, yang menjadikan mereka sebagai rakan kongsi yang ideal. Kami bertekad untuk berganding bahu bagi menyediakan produk yang berkualiti tinggi, selamat dan andal kepada pelanggan kami."

Projek-projek tersebut akan menggunakan modul PERC separa sel 158.75mm monohabluran daripada Seraphim. Seraphim menggabungkan ciri-ciri reka bentuk yang inovatif. Modul separa sel mempunyai rintangan arus dan siri yang lebih rendah, meminimumkan kehilangan tak padan, kehilangan kuasa dalaman dan kesan bayangan. Daya pemprosesan tinggi modul separa sel akan memaksimumkan penjanaan kuasa di kawasan tanah yang terbatas, lalu menjimatkan kos dengan ketara untuk loji janakuasa berskala besar.

"Kami sukacita untuk menandatangani perjanjian bekalan ini bersama ERS Energy, Kontraktor EPC untuk projek-projek ini, seterusnya mengukuhkan lagi hubungan strategik jangka panjang kami dan membolehkan kami untuk mengekalkan kedudukan utama kami dalam pasaran Filipina," kata En. Polaris Li, presiden Seraphim. "Kami berusaha untuk menyokong Filipina bagi memenuhi matlamat tenaga boleh diperbaharuinya dengan memanfaatkan pengalaman kami selama bertahun-tahun dan juga kelebihan teknologi termaju."

Seraphim telah mula mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran Filipina sejak tahun 2016 dan penghantaran Modul 183MW akan menambah satu lagi pencapaian penting ke dalam portfolio semasa produk syarikat di wilayah berkenaan termasuk Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Latar Belakang Seraphim

Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk PV solar. Sehingga kini, lebih daripada 8GW produk Seraphim telah dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Latar Belakang ERS Energy Sdn Bhd 

Beribu pejabat di KL Malaysia, mereka telah memperluaskan perkhidmatan dengan pesat di beberapa buah negara Asia Tenggara, ERS ialah sebuah syarikat tenaga solar memenangi anugerah yang terkenal terutamanya untuk EPCC fotovolta solar dan keupayaan integrasi sistem.

Sila kunjungi www.seraphim-energy.com

 

Source: Seraphim
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities