omniture

MyGroser Jangkakan Pertumbuhan Lebih Pantas dalam Perniagaan Barang Runcit Dalam Talian; Buka Pusingan Pelaburan untuk Pengembangan seluruh Asia Tenggara

MyGroser
2020-05-12 19:54 235
  • Perkhidmatan mempunyai hala tuju jelas untuk menjana keuntungan hasil daripada tindanan teknologi yang ditunjukkan, pengurusan rantaian bekalan hujung ke hujung, aset penghantaran milik sendiri dan kumpulan pengguna yang berkembang pantas 
  • Pasukan pengurusan yang pelbagai bawakan keseimbangan gender, pengalaman dan semangat untuk menghidupkan semula perniagaan tradisional bagi era digital  
  • Ketersediaan perkhidmatan melalui respons terhadap Covid-19 Malaysia menunjukkan keupayaan untuk mengekalkan keselamatan, kebersihan dan kemudahan sambil membuat penghantaran setiap hari  

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan barang runcit dalam talian bebas yang terkemuka, MYGROSER (www.mygroser.com), hari ini mengumumkan peningkatan keupayaan penghantarannya untuk menyokong lagi pengguna dan perniagaan di Malaysia tatkala negara ini menghadapi respons pandemiknya. MyGroser menawarkan makanan segar, hasil segar, makanan bakar, barang keperluan dan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam industri barang runcit serta pasar raya Malaysia yang bernilai USD20 bilion. Ia telah tersedia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negara ini, menghantar pesanan barang runcit harian kepada beribu-ribu pengguna semasa dikenakan sekatan pergerakan nasional.

Stephen Francis dan Michele Mahendra, pengasas serta pengasas bersama MyGroser
Stephen Francis dan Michele Mahendra, pengasas serta pengasas bersama MyGroser

"Kami telah menyaksikan permintaan untuk penghantaran barang runcit di kawasan setempat meningkat sebanyak lebih 1000% semasa bahagian pertama tahun ini dan turut menyaksikan pendapatan kami dan bilangan penghantaran yang dibuat setiap hari meningkat sepuluh kali ganda hanya dalam tempoh 2 bulan yang lalu. Bertitik tolak daripada keadaan ini, kami mempercepatkan rancangan pengembangan kami untuk memenuhi dengan lebih baik permintaan terhadap hasil keluaran, barang keperluan harian dan barang runcit yang mudah, segar dan berpatutan yang dapat dilihat oleh kami daripada pengguna serta pelanggan perniagaan kami," kata Stephen P Francis, Ketua Pegawai Eksekutif, MyGroser.

Bagi menyokong pertumbuhan ini, MyGroser meningkatkan pusingan pendanaan awam pertamanya bagi menyokong matlamatnya agar menghasilkan keuntungan dalam tempoh 12 bulan dengan pengembangan ke bandar-bandar lain di Malaysia tidak lama selepas itu. Pusingan ini, yang dikendalikan sebagai pusingan penutupan beransur-ansur (rolling close), disasarkan ke arah menyokong permintaan pelanggan yang diterima yang telahpun diperoleh melalui perkongsian strategik untuk 24 bulan akan datang. Perkhidmatan tersebut dipimpin oleh pelbagai set pengurusan dan pengasas yang telah membantu jenama-jenama terbesar di dunia dalam e-dagang, hiburan, logistik, e-panggilan dan kewangan mengukuhkan kehadiran, pasaran dan keuntungan mereka di Malaysia dan seluruh rantau.

MyGroser, yang dilancarkan pada September 2019, telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat hasil daripada permintaan pengguna untuk jenama barang runcit yang memberi tumpuan pada kemudahan, kesegaran dan nilai. Berkhidmat sepanjang PKP, MyGroser berupaya menggunakan kemajuan teknologi, selain slot penghantaran harian yang meningkat melalui penggunaan secara berkesan teknologi milik sendiri yang fleksibel dan model perkhidmatan barang runcit premium berkuasa kedai awan.

Selain tersedia untuk membawakan perkhidmatan dan meningkatkan slot penghantaran bagi penghantaran harian, MyGroser telah bersiap sedia untuk mencapai pertumbuhan di bandar-bandar utama di negara ini. Ini telah dilakukan melalui penggunaan strategik kumpulan kenderaan penghantaran milik perkhidmatan ini dan rakan kongsi; pasukan pungutan, pembungkusan dan penghantaran terlatih sepenuh masa; kedai awan yang memastikan seleksi inventori yang pantas bergerak tersedia; dan tindanan teknologi milik MyGroser yang membolehkannya untuk bertahan dan beradaptasi dengan pertumbuhan pesat masa kini yang dialaminya.

Pengurusan rantaian bekalan berasaskan pembelajaran mesin, tawaran produk baharu, senarai barang runcit yang dipertingkat, tawaran keahlian baharu merupakan yang seterusnya dalam senarai penambahbaikan akan datang perkhidmatan ini.

Rancangan ini merupakan sebahagian daripada rancangan tiga tahun MyGroser untuk mencapai liputan serantau apabila perkhidmatan tersebut memperbaharui semula perniagaan barang runcit moden dengan kaedah yang mengikut permintaan, premium dan berpatutan. Ini akan membolehkannya untuk memenuhi permintaan pengguna sedia ada dengan lebih baik yang bernilai lebih USD300 bilion setiap tahun untuk barang runcit dalam talian di rantau ini hasil daripada pertumbuhan dan permintaan yang berterusan terhadap perkhidmatan dalam talian.

Dibina untuk pertumbuhan didorong tujuan yang menguntungkan 

MyGroser berciri digital sepenuhnya; boleh didapati di web, iOS dan Android serta dikuasakan oleh tindanan teknologinya sendiri. Perisian unik dibina khas yang pantas dan mudah digunakan dengan sistem pembayaran yang selamat menyokong sistem yang mengutamakan pelanggan yang telah menyaksikan pengguna menerima kaedah membeli belah barang runcit dalam talian dengan pantas di Malaysia.

Turut disepadukan ke dalam MyGroser ialah penyelesaian inventori, pergudangan, pengurusan pelanggan dan penghalaannya sendiri yang membolehkan perkhidmatan ini mengurus sendiri penawarannya. Ini menjadi aspek penting dalam membantunya untuk kekal tersedia sepanjang tempoh pandemik ini dan akan menjadi kritikal apabila jenama ini berkembang.

MyGroser memiliki seluruh rantaian bekalannya sendiri - kedai awan dengan operasi bersaiz pasar raya yang dikendalikan oleh sebuah pasukan yang mempunyai gabungan pengalaman selama lebih enam puluh (60) tahun dalam industri perniagaan barang runcit. Membeli terus daripada beribu-ribu jenama, pembekal, pengilang dan pengeluar tempatan dan serantau, perkhidmatan berkenaan telahpun menyenaraikan lebih 12,000 produk yang pelbagai pada harga kompetitif yang disasarkan untuk nilai harian.

Penghantaran dibuat dengan pasukan penghantaran sepenuh masa yang berdedikasi yang memberi tumpuan untuk mengendalikan barang runcit. Ini bermakna perkhidmatan penghantaran adalah lebih terjamin dan selamat buat pengguna dan pengendali makanan dilatih untuk melakukan tugas pada tahap keselamatan dan kebersihan yang lebih tinggi. Pembungkusan berciri peka eko termasuk penggunaan beg dan kotak yang boleh digunakan semula bagi tujuan penghantaran.

Bagi mereka yang berminat untuk meninjau peluang-peluangnya, sila hubungi Stephen Paul, Ketua Pegawai Eksekutif, stephen@mygroser.com/ Michele Malini Mahendra, Ketua Pegawai Operasi, michele@mygroser.com.

Latar Belakang MyGroser 

MyGroser ialah satu-satunya perniagaan barang runcit dalam talian berkuasa teknologi yang bebas, berkhidmat penuh yang seumpamanya di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna dan perniagaan serta akses kepada rangkaian 12,000 barang runcit yang semakin bertambah dalam katalog hasil segar (daging, makanan laut, sayur-sayuran), buah-buahan dan produk tenusu, makanan sejuk beku, makanan kering, barang runcit, produk premium dan barang keperluan harian. Mengendalikan pasukan pengendalian dan penghantaran khususnya sendiri, MyGroser bekerjasama terus dengan jenama-jenama yang terbaik di dunia kebiasaan anda dari pasar raya berdekatan anda; dan penanam tempatan; untuk membawa produk kegemaran anda kepada anda dengan mudah melalui pengalaman web dalam taliannya yang selamat. Teknologi termaju kami membolehkan anda untuk menjadualkan penghantaran barang runcit anda beberapa minggu lebih awal dan untuk menikmati penghantaran percuma bagi pesanan yang layak. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mygroser.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2799891-1?lang=0

Source: MyGroser
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Retail Supermarkets Transportation Corporate Expansion Venture Capital