omniture

Sinopec Tersenarai Tempat Pertama bagi Nilai Jenama dalam Industri Tenaga dan Kimia China

Sinopec dinilaikan sebanyak RMB 299.1 bilion, menjadikannya jenama kedua paling bernilai di China
Sinopec
2020-05-12 23:42 218

BEIJING, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec"), syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di China, dinamakan sebagai jenama nombor satu dalam industri tenaga dan kimia China dari segi nilai jenama sempena Hari Jenama China 2020 (China Brand Day 2020), yang diadakan pada 10 Mei.

Sinopec dinilaikan sebanyak RMB 299.1 bilion, menjadi yang pertama dalam Nilai Jenama Industri Tenaga dan Kimia China.
Sinopec dinilaikan sebanyak RMB 299.1 bilion, menjadi yang pertama dalam Nilai Jenama Industri Tenaga dan Kimia China.

 

Stesen Minyak Sinopec di Singapura.
Stesen Minyak Sinopec di Singapura.

 

Bagi penilaian jenama-jenama Cina yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada aktiviti hari berkenaan, nilai jenama Sinopec mencecah RMB 299.1 bilion, satu peningkatan sebanyak RMB 17.3 bilion berbanding tahun sebelumnya dan menjadikannya sebagai jenama utama dalam industri tenaga dan kimia China serta jenama kedua yang paling bernilai di negara berkenaan.

Nilai subjenama Sinopec juga melonjak. Nilai jenama Easy Joy mencecah RMB 16.1 bilion, meningkat sebanyak RMB 4.6 bilion, manakala nilai jenama Great Wall Lubricant mencecah RMB 7.7 bilion, meningkat sebanyak RMB 600 juta. Sementara itu, Epec.com kini dinilaikan sebanyak RMB 9.8 bilion manakala Sinopec "Donghai" Asphalt dinilaikan sebanyak RMB 1.2 bilion.

Di bawah bimbingan Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran, Hari Jenama China bersama-sama dianjurkan oleh China Council for the Promotion of International Trade, China Council for Brand Development, China Appraisal Society dan organisasi-organisasi lain yang mengkhusus untuk mendorong transformasi China daripada negara yang diterajui pembuatan kepada dipacu inovasi, daripada kepantasan yang hebat kepada kualiti yang tiada tandingan dan daripada pemasangan siap produk kepada penciptaan jenama. Hari Jenama China kali ketujuh, menyaksikan 830 jenama memohon untuk dipertimbangkan pada tahun ini, setelah jenama-jenama tersebut tertakluk kepada satu set kriteria yang ketat. Pada akhirnya, nilai jenama bagi 564 jenama diumumkan pada Hari Jenama China, dengan nilai berjumlah RMB 7.3563 trilion.

Sejak 37 tahun yang lalu, Sinopec komited untuk membentuk produk tenaga dan kimia yang lebih bersih melalui amalan yang bertanggungjawab dan praktikal. Kini, ia memberi tumpuan untuk membangunkan jenamanya dan menakrifkan sumbangannya kepada masyarakat. Pada bulan Mac tahun ini, Sinopec mengeluarkan "Guiding Opinions on Strengthening the Construction of the Sinopec Brand" ("Pandangan Berpandu bagi Mengukuhkan Pembinaan Jenama Sinopec"), yang buat julung kalinya menjelaskan konsep jenamanya untuk memberi tumpuan pada pembangunan mampan industri tenaga dan kimia melalui inovasi serta tanggungjawab, demi mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan menjadi jenama terkemuka di dunia yang terbaik dalam kelas.

Bagi meningkatkan kesedaran jenama pekerja dan membangunkan lagi jenamanya, Sinopec turut berganding bahu dengan China Association for Quality bagi melancarkan inisiatif "Brand Excellence and Effectiveness: 10 Outstanding Brand Marketing Cases" ("Kecemerlangan dan Keberkesanan Jenama: 10 Kes Pemasaran Jenama Hebat") bagi menggalakkan komunikasi dan perkongsian antara subjenama dan bahagian berbeza dalam syarikat, bagi tujuan untuk memupuk budaya syarikat yang teguh dan dinamik.

Dengan penilaian jenamanya sebagai pengiktirafan pencapaiannya, Sinopec akan terus memperkukuhkan jenamanya dan memberi tumpuan bagi mencetuskan kesan positif dalam masyarakat.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip serta penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport bagi petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, komoditi dan teknologi lain; penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'kakitangan, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai utama korporatnya, meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya demi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800060-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800060-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

 

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Awards Trade show news