omniture

Hari Ibu: Kenangan Xi Jinping membesar bersama ibu beliau

CGTN
2020-05-12 23:38 231

BEIJING, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Bagi Presiden Cina Xi Jinping, "Keluarga ialah bilik darjah pertama manusia dan ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak." Itulah yang pernah diberitahu oleh ibu beliau, Qi Xin kepada beliau dan kata-kata tersebut dipegang oleh beliau hingga ke hari ini.

 

Sempena Hari Ibu ini, penyiar Cina China Central Television (CCTV) menyiarkan sebuah kisah yang menceritakan tentang kenangan zaman kanak-kanak presiden Cina tersebut dan sejauh mana ilmu yang disampaikan oleh ibu beliau telah memberi manfaat kepada Xi sepanjang kehidupan.

"Ibu bapa dan mereka yang lebih berusia harus menyampaikan akhlak yang baik kepada anak-anak mereka sewaktu mereka kecil, bagi membantu mereka membina nilai integriti moral dan rasa muhibah, agar mereka dapat membesar menjadi seorang yang dapat menyumbang kepada negara dan orang awam," kata Qi suatu masa dahulu.

Qi, yang dilahirkan pada tahun 1926, menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1943 ketika berusia 17 tahun, menjadi penyokong kuat nilai dan kepercayaan Parti berkenaan.

Xi mengimbau kembali semasa beliau berumur kira-kira lima atau enam tahun, ibu beliau mengajar beliau untuk "berkhidmat untuk negara dengan penuh kesetiaan." Qi pernah menggendong Xi di belakang beliau untuk ke kedai buku dan membeli sebuah buku cerita mengenai Yue Fei, seorang jeneral Cina.

Setelah mereka pulang ke rumah, ibu beliau menceritakan kepada beliau bahawa ibu Yue Fei telah mengukir tatu dengan empat aksara Cina, yang secara harfiahnya diterjemahkan kepada "berkhidmat untuk negara dengan penuh kesetiaan," pada bahagian belakang tubuh anak lelaki beliau.

"Saya mengatakan bahawa pastinya amat sakit apabil kata-kata tersebut diukir pada belakang badan," imbau Xi. "Namun, ibu saya berkata bahawa walaupun sakit, dia mengingati kata-kata tersebut selama-lamanya."

Sejak itu, Xi memanfaatkan kata-kata tersebut sebagai matlamat untuk meneruskan kehidupan.

Xi Jinping pada tahun 1959. /CCTV
Xi Jinping pada tahun 1959. /CCTV

Qi menjalani kehidupan sederhana, yang menjadi suatu tradisi buat keluarga. Tidak kira betapa susahnya untuk menjaga keluarga sambil bekerja, beliau tidak pernah bertolak ansur dalam kerja beliau. Gaya hidup dan suasana keluarga beliau membimbing nilai-nilai dalam diri Xi.

"Seseorang yang gagal mengelak daripada menerima rasuah dan gagal mendisiplinkan diri akan menjadi seorang yang tiada keberanian. Ingatlah bahawa kejujuran ialah satu rahmat dan sifat tamak ialah satu sumpahan tatkala menetapkan pandangan yang betul mengenai kuasa, status dan kepentingan," seperti yang pernah ditulis oleh Qi dalam sepucuk surat kepada Xu, bagi mengingatkan beliau tentang disiplin diri. Xi telah menerapkan kepercayaan ini ke dalam ideologi serta amalan tadbir urus beliau.

Xi tulus mengambil berat terhadap keluarga beliau, namun sebagai seorang pemimpin, beliau sukar untuk mengunjungi keluarga beliau semasa cuti.

Semasa Festival Musim Bunga tahun 2001, Qi menghubungi anak lelaki beliau dan berkata bahawa selagi mana Xi melakukan yang terbaik untuk tugas berkenaan, Xi menunjukkan bakti yang terbesar buat beliau dan juga bapa Xi.

Kata-kata sokongan beliau telah banyak memberi inspirasi kepada anak lelaki beliau untuk berbakti kepada orang awam dengan matlamat untuk mencapai kehidupan yang baik buat keluarga Cina.

Xi berulang-ulang kali berkata bahawa beliau "menyayangi orang ramai sebagaimana beliau menyayangi ibu bapa beliau."

Xi Jinping pada tahun 1975. /CCTV
Xi Jinping pada tahun 1975. /CCTV

Qi turut menghadapi kesusahan walaupun semasa waktu-waktu paling sukar. Beliau menjaga keluarga beliau sebagai seorang ibu yang berjiwa kental dan penyayang. Lantaran kegigihan beliau, seluruh keluarga ini telah dapat membina keberanian untuk bangkit menentang kepayahan.

Zaman berganti zaman dan tanpa mengira jawatan yang beliau sandang, Xi sentiasa mengingati kata-kata ibu beliau agar berpegang teguh pada kepercayaan beliau.

Artikel asal: https://news.cgtn.com/news/2020-05-10/Mother-s-Day-Memories-of-Xi-Jinping-growing-up-with-his-mother-QnkBAz3EIw/index.html?from=groupmessage&isappinstalled=0

Video - https://cdn5.prnasia.com/202005/CGTN/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800057-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800057-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-logo?lang=0

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements