omniture

Hetero Meterai Perjanjian Pelesenan Dengan Gilead Sciences, Inc. bagi Pembuatan dan Pengedaran "Remdesivir" di 127 Negara, Termasuk India, untuk COVID-19

Hetero
2020-05-14 23:25 83

HYDERABAD, India, 14 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Hetero, salah sebuah syarikat farmaseutikal generik yang terkemuka di India dan pengeluar ubat-ubatan anti-retroviral yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian pelesenan dengan Gilead Sciences, Inc. bagi tujuan pembuatan dan pengedaran "Remdesivir" untuk merawat COVID-19. Di bawah perjanjian pelesenan ini, Hetero akan membekalkan Remdesivir di 127 negara, termasuk India, tertakluk kepada kelulusan kawal selia di negara masing-masing.

Dr. B. Partha Saradhi Reddy, Pengerusi, Hetero Group of Companies, mengulas: "Hetero berbesar hati dapat bekerjasama dengan Gilead untuk memberi akses ubat penting ini kepada India dan negara-negara sedang membangun yang lain pada waktu yang penting ini. Perjanjian ini turut memperlihatkan kepentingan kolaborasi global dan keperluan untuk bersatu bagi memerangi krisis kesihatan yang memberi kesan kepada umat manusia ini. Hetero telah membangunkan produk ini di India dan telahpun bekerjasama dengan pihak kerajaan, ICMR dan DCGI untuk kajian dan kelulusan yang diperlukan bagi membawa produk ini untuk merawat pesakit COVID-19 di India."

Remdesivir akan dikeluarkan di kemudahan formulasi kami di Hyderabad, India yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia global yang ketat seperti USFDA dan EU, antara lain. Hetero telah membangunkan rantaian bekalan yang bersepadu penuh secara vertikal untuk produk ini bagi melengkapi kempen "Dibuat di India" sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kami.

Maklumat Penting mengenai Remdesivir 

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA) telah memberi kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk ubat antiviral percubaan Remdesivir bagi merawat COVID-19. Remdesivir dibenarkan bagi merawat pesakit yang dimasukkan ke hospital yang menghidap penyakit COVID-19 yang teruk. Tempoh optimum rawatan masih dikaji dalam ujian percubaan klinikal yang sedang berjalan. Di bawah EUA, kedua-dua tempoh rawatan 5 hari dan 10 hari dicadangkan, berdasarkan tahap keterukan penyakit. Kebenaran ini bersifat sementara dan tidak menggantikan proses penyerahan, semakan dan kelulusan permohonan ubat baharu rasmi. EUA membenarkan pengedaran dan penggunaan kecemasan Remdesivir hanya bagi rawatan COVID-19; Remdesivir kekal sebagai ubat percubaan dan tidak diluluskan di mana-mana lokasi di dunia termasuk AS dan India.

Latar Belakang Hetero 

Hetero ialah salah sebuah syarikat farmaseutikal generik yang terkemuka di India dan pengeluar ubat-ubatan anti-retroviral yang terbesar di dunia. Dengan kepakaran selama 25 tahun dalam industri farmaseutikal, bidang perniagaan strategik Hetero merangkumi API, generik, bioserupa, perkhidmatan farmaseutikal tersuai dan generik berjenama.

Hetero mempunyai 36 kemudahan pembuatan canggih, lebih 300 produk dalam portfolionya dan mempunyai kehadiran global yang mantap di lebih 126 negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Hetero, sila kunjungi www.heteroworld.com.

Hubungan Media:
Jeyasingh Balakrishnan
Ketua – Komunikasi Korporat
Hetero Labs Limited
Mudah Alih: (+91) 9989626541, (+91) 9833836185

Source: Hetero
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals FDA Approval Licensing/marketing agreements New products/services