omniture

Premia Partners raikan pulangan mantap untuk China New Economy ETF dan ketepikan bayaran pengurus untuk US Treasury Floating Rate ETF

Premia Partners
2020-05-18 10:00 412

HONG KONG, 18 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, penyedia Asia ETF Premia Partners menyiarkan hal yang berikut untuk berkongsi berita baik dan langkah yang berani:

Pelanggan-pelanggan dan Rakan-rakan yang Dihormati,

Dalam beberapa bulan lagi kami akan meraikan ulang tahun keempat di Premia.

Ketika perusahaan baharu menempuh dunia dengan pesaingnya yang lebih hebat, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang istimewa buat anda semua yang telah menyokong, memberi galakan, mempercayai dan bekerjasama dengan kami sepanjang perjalanan ini. Tanpa semua ini kami tidak akan mampu untuk terus melangkah hanya dengan kepercayaan, keberanian dan komitmen kami, percaya bahawa bidang Asia ETF akan menjadi lebih baik dengan usaha tanpa lelah kami bagi mencetuskan perubahan.

Baru-baru ini kami meraikan Anugerah Prestasi Terbaik – Jumlah Pulangan 2019 HKEx untuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF utama kami yang meneruskan prestasi dengan pulangan YTD 8.8%[1] yang kukuh. Tatkala kami terus memikirkan apa yang dapat kami lakukan dengan lebih baik ketika waktu yang luar biasa ini buat pelanggan, kami memutuskan untuk mengambil langkah yang berani yang merupakan perkara yang betul untuk dilakukan.

Berkuatkuasa serta merta, kami akan mengetepikan bayaran dan memberi subsidi kepada sebahagian daripada perbelanjaan pihak ketiga[2] Premia US Treasury Floating Rate ETF, buat sementara waktu sehingga penghujung tahun 2020 atau sehingga diberitahu kelak. Kami berharap agar ini dapat menyediakan pelanggan kami dengan instrumen peruntukan yang lebih bermakna dalam keadaan pulangan semasa, tatkala kita melangkah ke hadapan bersama-sama pada di waktu ketidaktentuan ini, tetapi juga dengan harapan dan peluang.  

Jaga kesihatan dan terima kasih kerana bersama kami.

Ikhlas daripada kami semua di Premia Partners

[1] - Pulangan USD NAV setakat 13 Mei 2020

[2] - nisbah jumlah perbelanjaan (TER) sasaran termasuk perbelanjaan pihak ketiga diturunkan kepada 5bps daripada 15bps

Latar Belakang Premia Partners | Rakan ETF Boleh Dipercayai Anda untuk Asia

Premia Partners ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan individu yang bersemangat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap. Untuk maklumat lanjut mengenai Premia atau ETF kami yang meliputi ChinaAsia Innovative TechnologyEmerging ASEANVietnamUS Treasury, sila kunjungi www.premia-partners.com

Latar Belakang Premia CSI Caixin China New Economy ETF (Simbol saham: 3173.HK/9173.HK) – ia menjejak CSI Caixin Rayliant New Economic Engine Index, memperoleh kira-kira 300 peneraju dalam industri ekonomi baharu di China, seperti penjagaan kesihatan, farmaseutikal, pengkomputeran awan, 5G, kecerdasan buatan, semikonduktor, pengautomatan industri, teknologi, komunikasi, e-dagang, hiburan rumah interaktif dan banyak lagi. Berdasarkan jumlah pulangan USD NAV, pulangan YTD setakat 13 Mei 2020 ialah 8.8% manakala pulangan tahun kalendar 2019 ialah 43.4%.

Latar Belakang Premia US Treasury Floating Rate ETF (Simbol saham: 3077.HK/9077.HK/9078.HK) - ia menjejak Bloomberg Barclays US Treasury Floating Rate Bond Index, dan melabur dalam sekumpulan bon US Treasury Floating Rate dengan jangka masa 2 tahun yang menetapkan semula kadar kupon mereka setiap minggu mengikut lelong Bil Perbendaharaan 90-hari yang paling terkini, yang menganggap risiko kredit berdaulat AS dengan tempoh berkesan yang amat pendek sehingga seminggu.

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds New products/services