omniture

Jentera-jentera XCMG Siapkan Beberapa Projek Pembinaan Tahap Rekod Dunia

XCMG
2020-05-18 10:35 404
  • Kren Rangkak XGC88000 4,000-tan Angkat Menara Cuci EO/EG Terbesar di Dunia
  • XGC28000 2,000-tan Angkat Antena Mudah Alih Sepenuhnya, Kaliber-tunggal Terbesar di Asia

XUZHOU, China, 18 Mei 2020 /PRNewswire/ -- XGC88000, kren rangkak 4,000-tan XCMG (SHE: 000425), telah mencatatkan rekod dunia baharu apabila ia menyempurnakan operasi mengangkat menara cuci EO/EG 2,000-tan untuk Program Penapisan dan Integrasi Kimia Gulei baru-baru ini di Zhangzhou, Wilayah Fujian.

XCMG 4,000-ton Crawler Crane XGC88000 Lifts the Largest EO/EG Wash Tower in the World.
XCMG 4,000-ton Crawler Crane XGC88000 Lifts the Largest EO/EG Wash Tower in the World.

Menara cuci EO/EG 2,000-tan tersebut mempunyai diameter 9 meter dan jumlah ketinggian 102 meter, spesifikasi yang dikatakan terbesar di dunia. XGC88000 mengimpal dua bahagian pada badan menara dengan lancar pada ketinggian 50 meter (164 kaki).

Pengedokan dan pemasangan bahagian atas menara memerlukan tahap kejituan yang amat tinggi dan XGC88000 berupaya untuk menyesuaikan kedudukan dengan teliti dan meminimumkan turun naik bagi memastikan sisihan vertikal dua bahagian tersebut kurang daripada 20 milimeter.

XGC88000 membuat penampilan sulung luar negaranya untuk mengangkat menara cuci 1,926-tan pada tahun lalu di Arab Saudi dan seterusnya menyempurnakan operasi mengangkat 15 bahagian untuk projek Penapisan Minyak Duqm Oman Oil di Oman.

"XCMG sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dan lebih kukuh, XGC88000 telah mengusahakan sedozen projek petrokimia utama luar negara dan mencatatkan rekod baharu satu demi satu. Pencapaian penting ini akan memperluaskan lagi kehadiran XCMG dalam pasaran antarabangsa dan memberi inspirasi kepada syarikat kami untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

Pada 25 April, kren rangkak 2,000-tan XCMG XGC28000 berjaya mengangkat permukaan pantulan utama untuk antena penerima berprestasi tinggi 70-meter yang dibina oleh National Astronomical Observatories daripada Chinese Academy of Sciences (NAOC), satu peralatan penting untuk menerima data yang berasal daripada misi di planet Marikh. Projek ini akan menjadi antena mudah alih sepenuhnya, berkaliber tunggal yang terbesar di Asia.

Sementara itu, baru-baru ini pencampur V7 XCMG mengambil bahagian dalam pembinaan Jambatan Shenzhen-Zhongshan, satu lagi projek infrastuktur penting yang mencatatkan lapan rekod dunia termasuk terowong lapan lorong dua hala yang terbesar dan terluas di dunia.

Di samping itu, lima XCP330HG (7525-18) dan dua kren menara XGT8020-12 telah mengusahakan pembinaan Jambatan Sungai Wenzhou-Xintian-Yangtze, menyaksikan pemasangan tetopi jambatan super yang merupakan jambatan gantung galang kotak keluli rentang tunggal dua menara yang terbesar di Three Gorges Reservoir.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200515/2805329-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services