omniture

Holmusk Umum Penutupan Pusingan Pendanaan Siri A US$21.5 Juta, Dipimpin oleh Optum Ventures & Health Catalyst Capital

Holmusk
2020-05-18 12:00 319

SINGAPURA, LONDON dan NEW YORK, 18 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Holmusk, sebuah syarikat sains data dan teknologi kesihatan yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu pusingan pendanaan bernilai US$21.5 juta. Pusingan ini dipimpin oleh Optum Ventures (OV) dan Health Catalyst Capital (HCC) dan termasuk pelabur-pelabur sedia ada iaitu Heritas Capital dan individu-individu lain.

Holmusk membina platform Bukti Dunia Sebenar (Real-World Evidence, RWE) yang terbesar di dunia bagi kesihatan tingkah laku dan penyakit kronik untuk memperluaskan penjagaan berasaskan bukti yang dipacu data untuk individu mengurus keadaan kesihatan tingkah laku. Ini dapat dijayakan dengan menghimpunkan data kesihatan tingkah laku khusus dan platform analitik baharu Holmusk bagi memberi pandangan berasaskan bukti yang boleh dimanfaatkan oleh penyedia penjagaan, pembayar penjagaan kesihatan dan pesakit untuk membuat keputusan penjagaan dan rawatan yang bermaklumat sepenuhnya dan mengintegrasikan penjagaan dengan lebih baik untuk individu dengan keperluan kesihatan tingkah laku dan kronik. Keupayaan ini juga dapat membantu syarikat-syarikat farmaseutikal menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan ubat-ubatan baharu.

Pada tahun 2016, Holmusk memperoleh MindLinc, sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) yang memberi tumpuan pada kesihatan tingkah laku, daripada Duke University School of Medicine. Ini membolehkan syarikat untuk memanfaatkan data longitudinal daripada banyak institusi kesihatan mental di seluruh AS, menjangkau lebih 20 tahun.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Holmusk beribu pejabat di Singapura dengan pejabat-pejabatnya berada di Bandar Raya New York, London dan Shanghai. Holmusk diiktiraf sebagai Pelopor Teknologi pada tahun 2019 oleh Forum Ekonomi Dunia dan merupakan sebahagian daripada Innovator Cohort 2020 Healthcare. Pusingan pendanaan baharu membolehkan Holmusk untuk memperluaskan operasi ASnya di Bandar Raya New York dan membuat pelaburan dalam teknologi proprietarinya untuk memanfaatkan dan menganalisis data dunia sebenar bagi mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan serta perubatan yang didorong oleh data.

Dr. Vijay Barathan daripada Optum Ventures (OV) dan Charles Boorady daripada Health Catalyst Capital (HCC) akan menyertai Lembaga Pengarah.

"Pasukan kami terdorong oleh pendekatan berasaskan bukti daripada Holmusk untuk meningkatkan penjagaan bagi individu yang mengalami gangguan kesihatan tingkah laku dan kami berharap dapat bekerjasama erat dengan pasukan Holmusk untuk menyokong fasa pertumbuhan yang seterusnya," kata Dr. Vijay Barathan daripada Optum Ventures.

Charles Boorady daripada Health Catalyst Capital berkata "dengan menentukan semula EHR daripada repositori data kepada alat sokongan keputusan klinikal dengan sambungan hinggalah terapeutik digital, Holmusk berkedudukan unik untuk meningkatkan penjagaan pesakit dengan mengurangkan beban pentadbiran dan menyokong penyelidikan dan pembangunan model serta terapi penjagaan baharu."

"Dalam keadaan seperti hari ini, keperluan terhadap Bukti Dunia Sebenar adalah lebih ketara berbanding sebelum ini," kata Nawal Roy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Holmusk. "Kami bertuah kerana dapat membawa rakan-rakan kongsi seperti Optum Ventures dan Health Catalyst Capital yang memahami kepentingannya dan teruja untuk menyertai kami dalam misi untuk mendorong penjagaan berasaskan bukti."

Latar Belakang Holmusk 

Holmusk mempunyai misi untuk mengubah kehidupan individu dengan kesihatan tingkah laku dan penyakit kronik melalui perubatan yang didorong oleh bukti. Beribu pejabat di Singapura dengan jejak global, ia membina platform bukti dunia sebenar yang terbesar di dunia untuk kesihatan mental dan penyakit kronik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.holmusk.com.

Latar Belakang Optum Ventures 

Optum Ventures ialah dana usaha niaga bebas Optum, perniagaan perkhidmatan kesihatan didayakan maklumat dan teknologi yang utama, dikhususkan untuk membantu menjadikan sistem kesihatan berfungsi dengan lebih baik untuk semua orang dan merupakan sebahagian daripada UnitedHealth Group. Optum Ventures melabur dalam syarikat-syarikat kesihatan digital yang menggunakan data dan pandangan bagi membantu meningkatkan akses pengguna kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan bagaimana penjagaan disampaikan dan dibayar, dan menjadikan sistem penjagaan kesihatan lebih andal dan lebih mudah dinavigasi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.optumventures.com.

Latar Belakang Health Catalyst Capital 

Health Catalyst Capital ialah sebuah firma ekuiti persendirian bebas yang melabur dalam perniagaan teknologi maklumat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan didayakan teknologi peringkat pertumbuhan, termasuk kecerdasan buatan, genomik, analitik data dan informatik. HCC ditubuhkan oleh sepasukan pelabur dan pengendali penjagaan kesihatan berpengalaman yang mencari peluang pelaburan yang menguntungkan dan dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki keadaan manusia serta menggalakkan penjagaan berasaskan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.healthcatalystcapital.com.

Source: Holmusk
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion Financing agreements Venture Capital