omniture

HUAWEI CLOUD Stack: Perkasa Kerajaan dan Perusahaan

Huawei
2020-05-19 11:17 297

SHENZHEN, China, 19 Mei 2020 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD melancarkan produk HUAWEI CLOUD Stack baharu sebagai salah satu daripada usahanya untuk mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran kerajaan dan perusahaan. HUAWEI CLOUD Stack menyediakan perkhidmatan awan dalam pusat data setempat kerajaan serta perusahaan.

Ketika kerajaan dan perusahaan melalui proses penaiktarafan pintar, HUAWEI CLOUD melabur dengan banyak dalam pasaran kerajaan dan perusahaan, berusaha untuk menjadi pilihan pertama untuk organisasi kerajaan dan perusahaan yang menempuh cabaran yang sukar ini.

En. Zheng Yelai, Naib Presiden Huawei dan Presiden HUAWEI CLOUD, berkata, "Dalam era infrastruktur baharu ini, kuasa pengkomputeran menjadi sumber produktiviti baharu, data menjadi bahan mentah baharu; awan, AI dan 5G merupakan instrumen pengeluaran baharu dan infrastruktur digital baharu menyuntik momentum ke dalam transformasi digital. Perkhidmatan awan merupakan satu-satunya cara ke hadapan untuk penaiktarafan pintar organisasi kerajaan dan perusahaan. Memanfaatkan keluasan pengalaman dalam industri ini, berserta pengalaman mereka dengan transformasi digital, HUAWEI CLOUD telah melancarkan HUAWEI CLOUD Stack, yang bertujuan untuk mempercepatkan pendigitalan dan penaiktarafan pintar organisasi kerajaan mahupun perusahaan."

Mr. Zheng Yelai launching the HUAWEI CLOUD Stack for the government and enterprise
Mr. Zheng Yelai launching the HUAWEI CLOUD Stack for the government and enterprise

Pada masa ini, terdapat empat cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi-organisasi yang ingin maju ke hadapan dengan penaiktarafan pintar. Pertama, perkhidmatan IT tradisi tidak mencukupi dan berkembang terlalu perlahan. Organisasi-organisasi perlu segera memperoleh keupayaan perkhidmatan awan dan menginovasi dengan lebih pantas. Kedua, organisasi-organisasi memerlukan akses yang luas kepada aplikasi yang terdapat dalam ekosistem terbuka. Ketiga, bagaimana data dapat digunakan secara setempat untuk keselamatan yang dipertingkat bagi memenuhi keperluan pengurusan dan pematuhan yang lebih baik? Akhir sekali, bagaimana mereka boleh mendapat akses pantas kepada O&M profesional?

HUAWEI CLOUD, HUAWEI CLOUD Stack (HCS) dan HUAWEI CLOUD Edge Computing menggunakan seni bina sinergi perkakasan-perisian Optimus tunggal dan dapat meliputi semua senario awan-pinggir-peranti. HUAWEI CLOUD Stack telah dinaik taraf sepenuhnya bagi memenuhi keperluan utama pelanggan kerajaan dan perusahaan untuk penaiktarafan pintar.

Akses segera ke perkhidmatan awan dan aplikasi pasaran

Lv Yangming, Presiden HUAWEI CLOUD Hybrid Cloud, menjelaskan bahawa, berdasarkan seni bina sinergi perkakasan-perisian Optimus seragam, HUAWEI CLOUD Stack dan HUAWEI CLOUD menyediakan API sama yang memungkinkannya untuk membolehkan pelanggan kerajaan dan perusahaan menggunakan perkhidmatan awan dalam pusat data setempat mereka. Lebih daripada 70 perkhidmatan awan daripada HUAWEI CLOUD, seperti AI, data raya, IoT dan perkhidmatan rantaian blok boleh digunakan hanya dengan beberapa klik sekiranya diperlukan. Bagi memenuhi keperluan operasi pelanggan, HUAWEI CLOUD melancarkan program pengehosan jarak jauh, program sokongan perkhidmatan jarak jauh dan program sokongan perkhidmatan setempat, Program-program ini membolehkan pelanggan untuk kekal fokus terhadap inovasi. Setelah memperoleh kebenaran daripada pelanggan, Huawei memberi sokongan di mana sahaja ia diperlukan. Semua operasi boleh dilihat, dipantau, diurus dan juga dikawal.

HUAWEI CLOUD Marketplace menyediakan zon awan hibrid baharu yang membolehkan pelanggan memperoleh sejumlah besar aplikasi industri berkualiti tinggi dengan satu klik pada tetikus. Rakan-rakan kongsi daripada pelbagai industri juga dialu-alukan untuk turut serta dan membina zon awan hibrid ini menjadi ekosistem awan yang beraneka dan berkembang maju.

Awan tunggal di mana data dan aplikasi diurus secara berpusat

HCS menyediakan tiga keupayaan utama: pengurusan seragam, tadbir urus data dan pengupayaan aplikasi.

Hasil daripada teknologi awan bersekutu, pelanggan boleh mendapat pengurusan himpunan sumber rentas-awan yang lebih baik dan memperoleh keupayaan O&M berbilang peringkat yang unik daripada industri ini. Melalui pengurusan berasaskan hak dan domain yang lebih baik, mereka boleh mengawal akses sumber mengikut kawasan, jabatan dan aplikasi.

Berdasarkan amalan yang membuahkan hasil dalam tadbir urus data oleh Huawei, HUAWEI CLOUD Stack membolehkan perusahaan untuk membina platform data perusahaan dan memaksimumkan nilai setiap bait data. Pelanggan boleh menggunakan FusionInsight untuk mewujudkan himpunan data pintar dan menggunakan DAYU serta ModelArts untuk tadbir urus data sehenti. HUAWEI CLOUD ROMA membolehkan perusahaan untuk mengintegrasikan berbilang jenis aplikasi dan data untuk tadbir urus aset digital kitaran hayat penuh. Ia dibuka sepenuhnya kepada rakan kongsi dan pembangun yang ingin menjalankan aplikasi pada satu rangkaian yang seragam.

Sedia digunakan serta merta

HUAWEI CLOUD Stack disampaikan dalam kabinet bersepadu yang mana perkakasan, kabel dan perisian perkhidmatan awan didatangkan dengan siap dipasang. Setelah peralatan tiba, pelanggan memerlukan kurang daripada 24 jam untuk menggunakan dan melancarkan perkhidmatan ini.

Data disulitkan untuk keselamatan lebih tinggi

HUAWEI CLOUD menyediakan kad penyulitan pintar untuk penyulitan atas-permintaan bagi senario seperti data raya, gudang data dan simpanan blok. Di samping itu, HUAWEI CLOUD berhubung dengan sistem utama pihak ketiga bagi melaksanakan pengurusan dan kawalan utama yang bebas. Data anda di bawah kawalan anda.

Bagi mempercepatkan transformasi digital dan penaiktarafan pintar organisasi kerajaan dan perusahaan, Xiao Yi, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD dan Pengkomputeran untuk Wilayah China, melancarkan secara rasmi Program Rakan Kongsi Awan Hibrid HUAWEI CLOUD Marketplace, bagi mengundang rakan-rakan kongsi untuk melancarkan aplikasi dalam zon awan hibrid. HUAWEI CLOUD akan turut menyediakan khidmat runding dan penyelesaian, termasuk sokongan reka bentuk paras tertinggi untuk transformasi digital, perundingan peralihan ke awan (cloudification) perusahaan, perundingan tadbir urus data dan penyelesaian AI.

Dalam laporan Gartner "Market Share: IT Services, Worldwide 2019" ("Bahagian Pasaran: Perkhidmatan IT, Seluruh Dunia 2019") HUAWEI CLOUD tersenarai di tempat ketiga dalam pasaran IaaS di China dan tempat keenam di peringkat antarabangsa, dengan kadar pertumbuhan mencecah 222.2%, yang terpantas di dunia.

Pada masa depan, HUAWEI CLOUD akan terus memanfaatkan kelebihan sinergi dengan menggabungkan awan, AI dan 5G serta inovasi teknologi tindanan penuh bagi menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat dan mampan, berusaha untuk memperkasa aplikasi, meneroka nilai data dan memupuk tapak yang produktif demi dunia pintar. HUAWEI CLOUD juga akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk berusaha dengan gigih bagi mempercepatkan transformasi digital dan penaiktarafan pintar dalam setiap industri.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200515/2805278-1?lang=0


Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications