omniture

Zoomlion Lapor Keputusan Suku Pertama 2020

Zoomlion
2020-05-20 02:23 357

CHANGSHA, China, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) mengumumkan keputusan kewangan untuk suku pertamanya pada 29 April. Pendapatan kendalian adalah sebanyak 9.066 bilion yuan (USD 1.276 bilion), peningkatan sebanyak 49.9 juta yuan (USD 7.05 juta) berbanding suku tahun sebelumnya dengan pertumbuhan yang kukuh dapat dilihat dalam jualan jentera konkrit, kren bergerak dan produk pengangkat pembinaan. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ekuiti Syarikat adalah sebanyak 1.026 bilion yuan (USD 145 juta), memberikan pertumbuhan 2.39% berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun berlakunya pandemik COVID-19, keselamatan dan kesihatan tenaga kerja, rakan kongsi dan komuniti kami, serta pelanjutan untuk beroperasi dengan mencapai pertumbuhan kekal menjadi keutamaan tertinggi syarikat ini. Zoomlion melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga untuk melindungi kesihatan pekerja yang kembali bertugas. Kadar kembali bekerja yang tinggi turut memastikan agar syarikat memenuhi permintaan pasaran yang kukuh dan semakin meningkat dari dalam dan luar negara. Bentuk-bentuk perniagaan baharu seperti "Pemasaran Awan" telah mengukuhkan operasi perniagaan dan membawa kepada hasil keuntungan yang lebih baik. Kadar pertumbuhan pendapatan juga jauh lebih tinggi berbanding purata prestasi dalam industri ini.

Perkembangan Terkini Perniagaan Q1 

Dengan memanfaatkan peningkatan dalam daya saing produk, sektor-sektor perniagaan yang lebih kukuh daripada syarikat ini terus berkembang kukuh, manakala sektor-sektor perniagaan baru muncul mula mengalami pertumbuhan pesat. Bahagian pasaran juga mencecah tahap tertinggi dalam sejarah syarikat.

Semasa suku pertama, jumlah jualan produk jentera konkrit Zoomlion menyaksikan pertumbuhan yang kukuh, mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran. Jumlah jualan produk trak pam meningkat sebanyak 25% berbanding tahun sebelumnya dan mencapai puncak jualan tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahagian pasaran kren bergerak juga berkembang dengan ketara, dengan jualan di dalam dan luar negara mencapai rekod yang tinggi. Zoomlion terus mengekalkan kedudukan yang utama dalam kategori pengangkat pembinaan. Pertumbuhan pesat dalam industri jentera pertanian telah membawa kepada peningkatan jualan dalam sektor perniagaan jentera pertanian syarikat, yang meningkatkan keuntungan syarikat dengan ketara. Produk-produk baharu seperti pembuang anak benih padi telah menikmati angka jualan yang memuaskan dalam pasaran. Zoomlion aktif meninjau pasaran dalam sektor jentera tolak tanah dan mencapai pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya yang ketara bagi jualan, manakala kejayaan pelancaran platform kerja udara lengan membawa peluang pertumbuhan yang baharu kepada syarikat.

Pandemik COVID-19

Sebagai respons kepada COVID-19, Zoomlion mengambil langkah berjaga-jaga dengan aktif bagi memastikan keselamatan tempat kerja sebelum penyambungan semula kerja-kerja dan pengeluaran. Sejak kembali bekerja mulai 5 Februari lalu, kapasiti pengeluaran syarikat pulih dengan pantas.

Setakat laporan ini dikeluarkan, kapasiti pengeluaran syarikat telah mencapai tahap yang sama seperti sebelum berlakunya wabak COVID-19, dengan kadar kembali bekerja keseluruhan mencecah 100%. Jualan pada suku kedua dijangka mencapai pertumbuhan yang lebih baik.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori penting.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Earnings Earnings projections or forecasts