omniture

ITC Savlon Lancar Pensanitasi Tangan Berharga Kurang Daripada Satu Sen

ITC Limited
2020-05-20 12:09 53

Penyelesaian inovatif pastikan akses yang saksama dan mampu milik untuk kebersihan tangan

NEW DELHI, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Sewaktu dunia bersedia untuk menyaksikan norma baharu, kebersihan tangan muncul sebagai satu keutamaan global. Kesedaran mengenai kebersihan tangan dan keperluannya kini menjadi suatu perbualan yang mantap, namun sering terjadi apabila akses kepada kebersihan tangan menjadi suatu cabaran ekoran kekurangan kemudahan dan sumber. Organisasi-organisasi seperti WHO dan UNICEF menganggarkan bahawa 3 bilion orang di seluruh dunia mengalami kekurangan kemudahan kebersihan tangan di rumah. Hal ini lebih kritikal apabila keluar bekerja terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah atau sederhana.

ITC Savlon launches Hand Sanitiser priced less than a Cent
ITC Savlon launches Hand Sanitiser priced less than a Cent

ITC, konglomerat berbilang perniagaan yang terkemuka di India, dan jenama kebersihannya yang terkemuka Savlon yang terkenal kerana menetapkan semula norma dengan berhati-hati. Dalam satu langkah ke hadapan yang inklusif,

Savlon melancarkan pensanitasi tangannya pada harga hanya 0.6 Sen (Kurang daripada Satu Sen| INR 0.50 atau setengah rupee India). Pensanitasi tangan Savlon dalam bentuk uncang pada harga seperti ini mungkin menjadikannya sebagai pensanitasi tangan yang paling menjimatkan di dunia yang tersedia pada masa kini.

Wabak COVID-19 merupakan satu pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini dan melalui satu langkah ke hadapan yang bertanggungjawab, Savlon memperkenalkan uncang pensanitasi tangan bagi menangani isu-isu

kebolehcapaian, kemampuan dan ketersediaan.

Direka untuk guna sekali, uncang pensanitasi tangan Savlon adalah amat berkesan kos dan merupakan penyelesaian pembersihan tangan luar rumah yang boleh diakses. Dibangunkan dengan bantuan daripada pemimpin-pemimpin global seperti Givaudan, pensanitasi tangan Savlon dalam bentuk uncang mengulangi norma kualiti ketatnya menerusi produk yang bertaraf dunia ini. Harga yang menjimatkan pula menjadikan uncang pensanitasi tangan Savlon hampir sama menjimatkan sebagaimana sabun cucian tangan.

Sameer Satpathy, Ketua Eksekutif, Bahagian Perniagaan Produk Penjagaan Diri, ITC Limited, berkata, "Kita sedang mengalami krisis kesihatan global yang belum pernah terjadi sebelum ini dan penting untuk mempercepatkan usaha kami bagi memperkenalkan penyelesaian yang inovatif bagi membantu memerangi pandemik ini. Langkah-langkah berjaga-jaga untuk kebersihan diri hari ini menjadi suatu keperluan isi rumah selain daripada penjarakkan sosial, bagi membendung penularan jangkitan ini. Pelancaran pensanitasi tangan pada harga yang mungkin paling menjimatkan di dunia dalam bentuk uncang merupakan satu usaha bagi memastikan akses luas kepada kebersihan tangan."

Ajit Pal, Pengarah Serantau, Asia Selatan, Bahagian Minyak Wangi, Givaudan, menambah, "Nama Savlon bermaksud keandalan. Ketekalan yang melaluinya ITC telah menegakkan pelbagai sifat yang menjadikannya sebagai salah satu jenama terbaik seumpamanya di dunia adalah benar-benar terpuji. Kami di Givaudan bertuah kerana dapat menjadi rakan kongsi dalam perjalanan sensori jenama ini. Pelancaran pensanitasi tangan Savlon dalam uncang guna sekali pada harga yang luar biasa rendah melambangkan pencapaian penting dalam sejarah jenama ini. Ia menyampaikan standard kualiti dan keandalan sama yang diwakili oleh Savlon namun buat julung kalinya pada titik harga yang menjadikannya boleh didapati untuk berjuta-juta pengguna baharu. Ia memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan penting pada hari ini dan melalui pelancaran ini ITC sememangnya membawa sumbangannya ke arah perjuangan nasional."

Untuk maklumat lanjut mengenai ITC sila kunjungi: www.itcportal.com

Hubungan Akhbar:
Deepika Girdhar
PR Pundit
+91-9643470449
deepika.g@prpundit.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1169315/ITC_Savlon_Hand_Sanitiser_Sachet.jpg

 

Source: ITC Limited
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Retail New products/services Public Safety Public Interest