omniture

Changsha: Pembuatan Pintar berada di Laluan Pantas Capai Kejayaan

China Report
2020-05-20 13:21 369

CHANGSHA, China, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh China Report:

"Tunggangan teksi tanpa pemandu berjalan hampir lancar seperti menaiki teksi biasa," puji Zhang Jun, seorang penduduk ibu kota wilayah Hunan, Changsha, selepas menyertai tunggangan uji Apollo Robotaxi, sejenis teksi pandu sendiri yang dibangunkan oleh syarikat gergasi teknologi Cina, Baidu. "Ia benar-benar suatu perkhidmatan yang mudah. Teksi tiba hanya beberapa minit selepas saya menaip alamat destinasi saya dan menekan butang 'panggil' pada aplikasi Dutaxi." Pada penghujung April tahun ini, Baidu secara rasminya melancarkan perkhidmatan panggilan-Robotaxi di Changsha, yang membolehkan pengguna membuat tempahan tunggangan uji secara percuma melalui aplikasi "Dutaxi".

Changsha telah mengambil langkah-langkah yang konkrit untuk meningkatkan pembuatan pintar dan mengumpul daya penggerak endogenus demi pembangunan yang berkualiti tinggi. Kini, satu transformasi yang bermakna dilancarkan dalam sektor pembuatan bandar ini.

Changsha mencadangkan untuk membina sebuah bandar dengan pemanduan berautonomi seawal tahun 2016 dengan tujuan untuk menghasilkan rantaian nilai industri automotif yang meliputi kenderaan terhubung pintar (ICV), pengkomputeran jalan raya dan awan melalui inovasi teknologi. Pada September 2019, Schaeffler Group, pengeluar yang terkemuka bagi galas guling yang berpangkalan di Jerman, menempatkan entiti milik penuhnya yang terlibat dalam pemanduan pintar dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua Schaeffler Rantau Besar China di Daerah Baharu Xiangjiang Changsha. Kedua-dua syarikat mengkhusus terutamanya dalam pembangunan teknologi Space Drive Schaeffler, platform kenderaan Mover dan kawalan stereng pintar 90-darjah, melambangkan kemasukan rasmi teknologi dan produk pemanduan berautonomi utama syarikat tersebut ke China.

Ekosistem ICV Changsha mula terhasil dalam hanya lebih setahun ketika bandar raya ini berjaya menarik sejumlah besar perusahaan huluan dan hiliran sepanjang rantaian nilai, termasuk pembuat auto tradisional seperti SAIC Motor, Geely dan BYD, jenama-jenama automobil baru muncul seperti NIO, Xiaopeng dan Weltmeister serta firma-firma internet yang terkemuka seperti Baidu, Alibaba, Tencent, JD, Huawei Kunpeng, iFLYTEK dan CSDN. Dengan kerjasama kerajaan perbandaran Changsha, Huawei melancarkan projek ICVnya di Daerah Baharu Xiangjiang. Sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan jangka panjangnya, bandar ini melabur dan membina zon ujian memandu pintar yang terbesar di China. Satu pencapaian baharu dalam pembangunan kecerdasan buatan dan industri ICV di Changsha, zon ujian ini merangkumi jalan raya bandar sepanjang 135 kilometer dan lebuh raya sepanjang 100 kilometer.

Dalam gambar ialah Zon Ujian Kenderaan Terhubung Pintar Nasional (Changsha)
Dalam gambar ialah Zon Ujian Kenderaan Terhubung Pintar Nasional (Changsha)

Selain meningkatkan industri ICV, Changsha juga berusaha menaik taraf industri pembuatan tradisional dan membina kluster perindustrian yang menampilkan syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia seperti Sany Heavy Industry dan Zoomlion. Bengkel No. 18 Sany di Changsha merupakan kilang pembuatan pintar yang terbesar dan paling canggih di Asia. Barisan pengeluaran Industri 4.0 Bosch Changsha merupakan salah satu tapak pembuatan perbadanan tersebut yang menggunakan bilangan modul pintar yang paling banyak. Dibandingkan dengan peralatan tradisional, ia meningkatkan kecekapan pengeluaran sebanyak 30 peratus dan mengurangkan kehilangan kualiti serta masa untuk pembentukan semula sebanyak 30 peratus. Pembinaan projek teladan Flex Changsha Intelligent Manufacturing Industrial Park melambangkan langkah yang penting oleh ibu kota wilayah ini untuk memupuk tapak perindustrian yang bertaraf dunia.

"Kami memperkenalkan era kecerdasan buatan," ujar Hu Henghua, ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Hunan Parti Komunis China (CPC) dan setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changsha CPC. "Sesiapa yang merebut peluang ini akan menjadi peneraju bagi menggantikan pemacu pertumbuhan ekonomi lama dengan yang baharu dan mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi." Changsha, sebuah bandar yang memiliki sejarah yang panjang di bahagian tengah China, kini muncul di arena global yang terkenal dengan pembuatan pintar, jentera pembinaan dan seni medianya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200518/2806511-1?lang=0

Source: China Report
Keywords: Auto Banking/Financial Service Publishing/Information Service Transportation New products/services