omniture

QPS Terus Perluaskan Keupayaan Pengkuantitian UPLC-HRMS Sokong Terapi Gen dan Pembangunan Ubat-ubatan Protein

QPS
2020-05-20 15:01 78

NEWARK, Delaware, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- QPS, sebuah organisasi penyelidikan kontrak global (CRO) yang menyediakan perkhidmatan penemuan, pembangunan ubat-ubatan praklinikal dan klinikal, mengukuhkan tumpuannya pada bioanalisis bioterapeutik secara kualitatif dan kuantitatif. QPS mengumumkan pengembangan dan penaiktarafan kumpulan spektrometer jisim resolusi tinggi (HRMS), dengan penambahan tiga sistem HRMS TripleTOF® baharu untuk pengkuantitian GLP, dua di kemudahan Newark, Delaware dan satu di makmal Suzhou, China. Sebagai sebahagian daripada pengembangan ini, QPS telah mengambil Larry Mallis, Ph.D., Pengarah Bioanalisis untuk memimpin pasukan pengkuantitian Spektrometri Jisim–Kromatografi Cecair (LC-MS) bioterapeutik dan biopenanda yang baru digabungkan di Delaware.

QPS GLP-compliant and CLIA-certified laboratory in Newark, Delaware, USA.
QPS GLP-compliant and CLIA-certified laboratory in Newark, Delaware, USA.

Kemudahan QPS di Newark, Delaware, kini mempunyai empat spektrometer jisim resolusi tinggi: dua 6600+, satu 6600 dan satu 5600, kesemuanya digunakan untuk pengkuantitian dan pengenalpastian metabolit Amalan Makmal yang Baik (GLP).

"QPS telah membuat pemerhatian teliti trend dalam pasaran dan kami komited untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan kami dengan mengkhususkan empat daripada lima sistem Spektrometri Jisim Resolusi Tinggi Kromatografi Cecair Prestasi Ultra TripleTOF® (UPLC-HRMS) bagi pengkuantitian oligonukleotida dan protein utuh," kata John Kolman, Naib Presiden, Ketua Global Perubatan Translasi, QPS LLC.

"Peningkatan dalam kapasiti dan keupayaan ini berlaku pada waktu penting untuk QPS di China ketika kami meneruskan usaha global kami selama dua dekad untuk menyokong industri farmaseutikal bagi membangunkan terapi antivirus dan/atau vaksin. Ini telah menjadi keutamaan yang lebih tinggi lantaran masalah kesihatan awam baharu yang disebabkan oleh novel coronavirus," kata Yondong Zhu, Naib Presiden, Ketua Perkhidmatan Bioanalisis, QPS China.

Larry Mallis, Ph.D., ketua pasukan yang baru ditubuhkan di Newark, Delaware, membina kerjaya beliau dalam industri farmaseutikal (BMS, Wyeth dan Merck), sebelum beralih kepada industri CRO, baru-baru ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi Bioanalisis di Lovelace Biomedical Research Institute. Kumpulan baharu ini kini mempunyai semua LC-MS yang diperlukan dan teknologi kromatografi lain untuk bioanalisis PK/PD bagi menyokong pelanggan dalam penemuan dan pembangunan ubat-ubatan untuk penyakit yang jarang berlaku. Kepakaran kumpulan ini terletak pada pengkuantitian oligonukleotida, peptida, protein utuh dan biopenanda metabolit berat-molekul-rendah yang amat hidrofilik oleh UPLC-HRMS, atau dengan UPLC-MS/MS (spektrometri jisim beriringan) imunoafiniti atau melalui penghibridan-LC-pendarfluor.

LATAR BELAKANG QPS HOLDINGS, LLC 

Sejak tahun 1995, QPS telah menyediakan perkhidmatan penemuan, pembangunan ubat-ubatan klinikal dan praklinikal. Sebagai peneraju memenangi anugerah yang memberi tumpuan pada bioanalisis dan percubaan klinikal, QPS terkenal dengan standard kualiti terbukti, kepakaran teknikal, pendekatan yang fleksibel terhadap penyelidikan, kepuasan pelanggan serta makmal dan kemudahan siap guna. QPS mempunyai makmal-makmal yang diperakui CLIA dan mematuhi GLP yang bersiap sedia untuk mempercepatkan keputusan untuk novel coronavirus dan COVID-19 RT-qPCR/QPCR, Cerakinan Serologi serta program pembangunan vaksin anda. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.qps.com  atau emelkan kepada info@qps.com .

MAKLUMAT PERHUBUNGAN QPS:

Nama: Gabrielle Pastore 
Telefon: 1-302-635-4290 
Emel: Gabrielle.Pastore@qps.com

Larry Mallis, Ph.D., Director of Bioanalysis and leader of the newly merged biotherapeutics and biomarkers Liquid Chromatography–Mass Spectrometry (LC-MS) quantitation team in Newark, Delaware.
Larry Mallis, Ph.D., Director of Bioanalysis and leader of the newly merged biotherapeutics and biomarkers Liquid Chromatography–Mass Spectrometry (LC-MS) quantitation team in Newark, Delaware.

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1169522/QPS_laboratory.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1169523/Larry_Mallis.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/805158/QPS_Logo.jpg

Source: QPS
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Personnel announcements