omniture

"Heal the World With Love and Music," Persembahan Kumpul Dana Global untuk Penyelidikan Perubatan COVID-19, Diumumkan Diperkenal Julung Kali pada 21 September 2021

Charity Brands
2020-05-20 15:49 48

Bermula di Verona, Itali; Beijing, China; dan Bandar Raya New York, Penerbit Eksekutif Menang Anugerah Tony Renis, Berserta Penerbit Gianmarco Mazzi, Julius Nasso, Frankie Nasso, Boban Zlatkovic dan Gianluca Curti Jalin Kerjasama dengan Charity Brands Lancar Pertunjukan Pengumpulan Dana Antarabangsa bersama Nama-nama Tersohor Dunia Hiburan

NEW YORK, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- "Heal the World With Love and Music" akan menjadi satu persembahan pengumpulan dana global bagi tujuan penyelidikan perubatan untuk memerangi novel coronavirus, yang akan diperkenalkan julung kalinya di tiga bandar antarabangsa termasuk Verona, Itali; Beijing, China; dan Bandar Raya New York pada hari Selasa, 21 September 2021. Bagi menunjukkan penghargaan terhadap usaha gigih yang ditunjukkan oleh petugas perubatan dan penggerak balas pertama di seluruh dunia yang terus mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan, "Heal the World With Love and Music" akan menampilkan nama-nama tersohor dalam dunia hiburan dari serata dunia.

"Berkolaborasi dengan Penerbit Eksekutif Tony Renis, Gianmarco Mazzi, Boban Zlatkovic, Gianluca Curti dan pasukan penerbitan kami yang memenangi anugerah, matlamat kami menerusi 'Heal the World With Love and Music' adalah untuk mengumpul dana penting bagi tujuan penyelidikan perubatan untuk COVID-19 dan mula meletakkan asas untuk pemulihan pasca-virus," kata Julius Nasso, penerbit filem terkenal dan warga Bandar Raya New York yang menerbitkan dan bersama-sama mengarahkan konsert "Asian Culture Carnival" yang memecah rekod baru-baru ini di Beijing bertempat di Bird's Nest Stadium pada 15 Mei 2019 yang menampilkan persembahan dunia yang terbesar oleh Andrea Bocelli dengan 1.7 bilion penonton dan khalayak secara langsung seramai 78,000 orang. Berikutan kejayaan pertunjukan tersebut, Nasso ditugaskan untuk menghasilkan sebuah persembahan di Beijing bagi memperingati Ulang Tahun ke-600 Kota Larangan, menampilkan Soprano Cina Lei Jia dan artis-artis rakaman lain yang terkenal dari serata dunia. Walau bagaimanapun, ekoran wabak COVID-19, pertunjukan ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Julius Nasso menyambung, "Untuk 'Heal the World With Love and Music' kami teruja untuk bekerjasama dengan Charity Brands Inc. Stephen Adler yang berpangkalan di New York, sebuah firma penajaan global yang telah mengumpul lebih $12 bilion untuk perkongsian antara pertubuhan-pertubuhan bukan untung dan perbadanan-perbadanan bagi melancarkan acara ini dan baru sahaja mengumumkan Community Inclusion Fund untuk mengumpul bantuan dan pemulihan sebanyak $500 juta untuk komuniti yang terjejas oleh COVID-19."

Sebagai Penajaan Global dan Pengumpulan Dana Amal untuk "Heal the World With Love and Music," misi Charity Brands Consulting adalah untuk membolehkan pertubuhan-pertubuhan bukan untung dan perbadanan-perbadanan meningkatkan jangkauan dan hasil dengan berusaha bersama-sama untuk memberi inspirasi kepada pengguna dan memberi kesan kepada masyarakat kita. Sebelum ini, Charity Brands membangunkan Pharmaceutical Roundtable for American Heart Association dan Persatuan dengan 12 syarikat farmaseutikal bagi mengurangkan penyakit jantung dan strok sebanyak lebih 25% dan mengumpul lebih $1 bilion; membangunkan Heart Check for American Heart Association yang terpapar pada lebih 60 bilion produk; merupakan agensi yang mewujudkan Walk America dan kempen Healthier Babies for The March of Dimes yang telah mengumpul lebih daripada beberapa ratus juta dolar; bertindak sebagai agensi rekod bagi penerima Global Fund dana RED yang bersama-sama diasaskan oleh wakil U2 dan aktivis Bono; bertindak sebagai ejen pelesenan untuk program boleh kumpul FIFA World Cup; dan bertindak sebagai ejen pelesenan untuk ABC semasa Sukan Olimpik.

"Konsep yang bijak oleh Julius Nasso akan menyusuli apa yang ditinggalkan oleh Live Aid. Kami merancang untuk membawa rakan-rakan kongsi korporat terbesar dalam setiap negara tuan rumah sebagai penaja dan mengumpul wang dengan cara yang sama yang digunakan oleh model Olimpik, Piala Dunia & acara global utama yang lain," kata Stephen Adler, Ketua Pegawai Eksekutif Charity Brands.

"Heal the World With Love and Music ialah satu peluang unik untuk menyebarkan kasih sayang dan harapan dengan lebih pantas berbanding mana-mana virus dan membantu badan amal di komuniti setempat mereka yang terjejas oleh COVID-19. Dari perspektif strategi, ia berlaku pada waktu yang amat tepat dan Nasso berjaya melakukannya dengan baik, masyarakat kebingungan ekoran kesedihan serta kematian dan kita perlu membina harapan sebagai satu suara pada platform global yang akan diwujudkan oleh Heal the World," kata Brian Grace, Ketua Bahagian Strategi di Charity Brands.

"Acara ini bertujuan untuk berperanan sebagai pendorong ke arah kebajikan buat semua. Ia merupakan lambang sebuah planet yang bersatu untuk melawan balik musuh menggerunkan yang tidak harus dipandang rendah lagi," kata Boban Zlatkovic, Penerbit Heal the World With Love and Music.

Butiran tambahan mengenai pertunjukan di setiap bandar termasuk tempat, penghibur, program, pertubuhan bukan untung dan banyak lagi akan diumumkan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.charity-brands.com/healtheworld

LATAR BELAKANG HEAL THE WORLD WITH LOVE AND MUSIC
"Heal the World With Love and Music" akan menjadi pertunjukan pengumpulan dana global bagi tujuan penyelidikan perubatan untuk memerangi novel coronavirus, yang akan diperkenalkan buat julung kalinya di tiga bandar antarabangsa termasuk Verona, Itali; Beijing, China; dan Bandar Raya New York pada hari Selasa 21 September 2021. Dicipta oleh Penerbit Eksekutif Tony Renis, Gianmarco Mazzi, Julius Nasso, Boban Zlatkovic dan Gianluca Curti, serta pasukan penerbitan yang memenangi anugerah, Heal the World With Love and Music bekerjasama dengan Charity Brands Inc. Stephen Adler yang berpangkalan di New York, sebuah firma penajaan global yang telah mengumpul sebanyak lebih $12 bilion untuk perkongsian antara pertubuhan-pertubuhan bukan untung dan perbadanan-perbadanan bagi melancarkan acara peringkat antarabangsa ini.

LATAR BELAKANG CHARITY BRANDS
Charity Brands ditubuhkan 35 tahun yang lalu oleh veteran jangka panjang Stephen Adler, firma ini merupakan peneraju global dalam industri pemasaran kebajikan dan pemberian amal. Sejak penubuhannya Charity Brands telah mengumpul sebanyak lebih $12 bilion untuk pertubuhan bukan untung melalui pewujudan kempen pemasaran kebajikan untuk syarikat-syarikat F500 dan menyelaraskannya dengan benefisiari bukan untung. Charity Brands telah terlibat dalam beberapa kempen pemasaran kebajikan terbesar di seluruh dunia termasuk The (RED) Campaign with Bono, Drive for the Cure with BMW, Pepsi Refresh Project dan The Pharmaceutical Roundtable for American Heart Association.

 

Source: Charity Brands
Keywords: Entertainment Music Future Events Public Interest