omniture

Venture Global Calcasieu Pass Umum Kejayaan Naikkan Bumbung untuk Tangki Simpanan LNG Kedua

Venture Global LNG, Inc.
2020-05-22 01:35 86

ARLINGTON, Virginia, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. dengan bangganya mengumumkan kejayaan menaikkan bumbung tangki simpanan LNG kedua di kemudahan eksport Calcasieu Pass LNG milik syarikat di Cameron Parish, Louisiana. Pencapaian projek yang penting ini telah disempurnakan hampir tiga bulan lebih awal daripada jadual dan dilaksanakan hanya sembilan bulan selepas keputusan pelaburan akhir (FID) projek ini dibuat.

The North LNG Tank, Calcasieu Pass, May 19th
The North LNG Tank, Calcasieu Pass, May 19th

Kubah tangki seberat 1.8 juta paun dan pemasangan dinaikkan ke udara pada tempatnya pada hari Selasa 19 Mei, kurang sebulan selepas menaikkan bumbung tangki LNG pertama pada 24 April lalu. Penaikan dengan udara memberi akses yang lebih baik dan lebih selamat serta jadual pembinaan yang lebih pantas, memandangkan bumbung boleh didirikan serentak dengan rangka luarnya. Kubah tangki ini dinaikkan dalam masa sejam 20 minit menggunakan tekanan 0.25 psi. CB&I Storage Tank Solutions, sebahagian daripada McDermott International, Inc., membina dua tangki 200,000 m3 projek tersebut.

Venture Global juga dengan sukacitanya mengumumkan bahawa modul pertama untuk loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 720 MW kemudahan eksport berkenaan kini telah tiba di tapak pembinaan. Komponen-komponen utama peralatan suis tertebat gas (GIS) berjaya dipasang mengikut jadual dan tapak ini juga telah mula menerima dan menetapkan modul untuk pemeluwap sejuk udara (ACC).

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya sumber dan sedang dibina atau dibangunkan untuk kapasiti pengeluaran 50 MTPA di Louisiana. Kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA sedang dibina di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico. Kemudahan Venture Global Plaquemines LNG 20 MTPA dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada tahun ini dan terletak di bahagian selatan New Orleans di Sungai Mississippi. Venture Global LNG turut membangunkan kemudahan Venture Global Delta LNG 20 MTPA, yang bersebelahan dengan Plaquemines. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.venturegloballng.com. 

ACC fans being set
ACC fans being set

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1170747/North_LNG_Tank_Calcasieu_Pass.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1170749/ACC_fans.jpg  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg  

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Construction/Building Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion