omniture

Huawei Enterprise BG Sertai Rakan Kongsi Ekosistem Capai Kejayaan Baharu dalam Pendigitalan Industri

Huawei
2020-05-22 03:14 2770

SHENZHEN, China, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Ekoran wabak global COVID-19, pendigitalan industri telah memasuki fasa pembangunan pesat yang baharu -- satu petanda daya tahan pasaran yang kuat dan potensi hebatnya untuk mencapai pertumbuhan. Pendigitalan boleh memacu inovasi dalam model pengurusan kerajaan mahupun model perniagaan dalam industri-industri vertikal, selain meningkatkan pengeluaran dan kecekapan perkhidmatan. Dengan mengambil kira keadaan ini, apakah hala tuju transformasi digital dalam pelbagai industri dan bagaimana industri-industri ini dapat mentransformasi? Apakah kelebihan yang boleh dibawa oleh Huawei bagi membantu pelanggan perusahaan mencapai kejayaan perniagaan? Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei 2020 (HAS 2020) pada 19 Mei lalu, Huawei Enterprise Business Group berkongsi pandangannya mengenai trend industri dan cabaran yang dihadapinya masa kini bersama penganalisis global dan rakan media. Huawei Enterprise Business Group akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk meneroka pasaran pendigitalan industri dan membantu pelanggan mempercepatkan proses pendigitalan dan kecerdasan.

"Tahun 2019 merupakan tahun yang tidak menentu dan sukar khususnya buat Huawei. Walau bagaimanapun, kami berjaya menangani cabaran dengan kekal menumpu untuk menyelesaikan isu pelanggan dan mencipta nilai," kata En. Peng Zhongyang, Pengarah Lembaga, Presiden Enterprise Business Group, Huawei. "Dengan pengalaman industri dan keupayaan terkumpul selama lebih 30 tahun, kami mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai industri dan keperluan pelanggan. Huawei menyediakan produk dan penyelesaian ICT yang kompetitif yang mencakupi pelbagai domain produk. Atas sebab inilah ramai pelanggan memilih Huawei untuk menjadi rakan kongsi mereka apabila mereka beralih kepada digital. Kejayaan Huawei ialah hasil daripada pelaburan tinggi kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi yang berterusan. Dalam era digital, bersama-sama 90,000 pasukan R&D kami yang mantap, kami akan meneroka pasaran transformasi digital dan membangunkan penyelesaian khusus mengikut senario untuk kerajaan dan pelanggan perusahaan. Kami akan berkolaborasi dengan semua rakan kongsi bagi membina ekosistem yang mantap. Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam transformasi digital pelanggan, maka ayuh kita bersama-sama membina teras untuk era digital yang hebat."

Ekoran perubahan persekitaran luaran, Huawei mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai matlamat baharunya yang mencabar. Pertama, pembangunan dan aplikasi seragam teknologi ICT baharu seperti 5G, AI dan pengkomputeran awan mempercepatkan dengan ketara transformasi digital dalam industri-industri vertikal. Kedua, lantaran pandemik ini, kerajaan dan perusahaan di seluruh dunia kini menyedari bahawa transformasi digital adalah amat penting. Oleh itu, kuasa dan potensi dunia digital jelas terbukti.

En. Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global untuk Enterprise BG Huawei, memperkenalkan prestasi perniagaan dan objektif Huawei Enterprise BG pada tahun 2019 dalam ucapan "Bawakan Digital kepada Setiap Organisasi" beliau. Dengan sokongan daripada pelanggan dan rakan kongsi global, Huawei Enterprise BG mencapai pendapatan jualan sebanyak CNY 89.7 bilion pada tahun 2019, 86% datangnya daripada sumbangan oleh rakan kongsi. Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 50,000 pelanggan perusahaan di seluruh dunia. Tambahan pula, 228 daripada Fortune Global 500 dan 58 daripada Fortune Global 100 telah memilih Huawei dan rakan kongsi Huawei untuk membantu mereka dalam transformasi digital. Di Shenzhen sahaja, Huawei telah membantu lebih 1800 perusahaan melaksanakan transformasi digital dalam bidang kewangan, pengangkutan, pembuatan, kuasa elektrik, pendidikan dan juga penjagaan kesihatan. Pada masa depan, Huawei akan terus memperkasa kejayaan perniagaan pelanggan dengan menerajui transformasi digital perindustrian, mendorong pembaharuan kampus dan pusat data serta membangunkan produk terbaik yang canggih.

Huawei telah mempromosikan pendigitalan dalam industri pengangkutan selama 20 tahun. Dengan mengintegrasikan secara mendalam 5G, AI dan ICT dalam industri ini, Huawei telah membantu pelanggan pengangkutan meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pengalaman dalam segenap aspek. En. Xiang Xi, Naib Presiden Global Transportation BU Huawei berkongsi pengalaman Huawei dalam sektor pengangkutan, "Dengan industri pengangkutan menjadi lebih bersepadu pada masa depan, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi ekosistem untuk membina sistem pengangkutan komprehensif yang sergam dengan memberi tumpuan pada 'Satu ID untuk Perjalanan, Satu Pesanan untuk Logistik dan Satu Otak untuk Operasi dan Pengawasan'."

Transformasi digital dalam industri perkhidmatan kewangan berusaha untuk menjadi "digital sepenuhnya, pintar sepenuhnya dan terbuka sepenuhnya". Ekoran pandemik ini, industri perkhidmatan kewangan menjadi lebih yakin dan bertekad untuk melaksanakan operasi digital. Di samping itu, industri perkhidmatan kewangan telah menunjukkan kelebihan dan nilainya dalam menjalankan operasi digital dengan teknologi baharu. En. Vincent Chen, Ketua Pegawai Teknologi Global Financial Services BU Huawei, berkata bahawa Huawei akan terus memanfaatkan teknologi inovatifnya dan amalan utama dalam infrastruktur ICT untuk membantu institusi-institusi kewangan melaksanakan strategi perniagaan seperti kewangan inklusif, selain inovasi perniagaan dipacu data dan perbankan terbuka bagi membawakan perkhidmatan kewangan yang stabil, selamat dan tangkas.

Industri tenaga menghadapi cabaran seperti transformasi tenaga, keperluan karbon yang rendah, keselamatan tenaga dan interaksi yang mesra dalam penggunaan tenaga. En. Xia Wenbo, Ketua Pegawai Transformasi Digital Huawei EBG Global Energy Industry, percaya bahawa cabaran ini akan mempercepatkan transformasi dan penaiktarafan industri kuasa elektrik. "Huawei akan bekerjasama dengan pelanggan dalam industri kuasa elektrik bagi menggalakkan aplikasi pengkomputeran awan, data raya, 5G dan teknologi AI dalam industri, lantas dapat menjamin operasi grid kuasa yang selamat dan stabil, menyokong akses tenaga baharu yang berskala besar dan meningkatkan kecekapan operasi. Selain itu, ini juga akan membantu membangunkan perkhidmatan baharu dan mempercepatkan transformasi digital industri ini," kata Xia.

Pada masa akan datang, Huawei akan membina asas untuk China digital dan teras untuk dunia digital berdasarkan "Ketersambungan Baharu, Pengkomputeran Baharu, Platform Baharu dan Ekosistem Baharu."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi https://e.huawei.com/en/

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment