omniture

CapBridge Financial Peroleh Pelaburan Daripada SGInnovate dan Hong Kong Cyberport Macro Fund Dalam Siri Lanjutan; Bersedia Percepatkan Pembangunan Teknologi Dan Perluas Kehadiran Di Hong Kong

CapBridge Financial
2020-05-22 21:18 233
  • Pelaburan daripada SGInnovate milik kerajaan Singapura dan Cyberport milik Kerajaan SAR Hong Kong beri isyarat sokongan kerajaan yang padu untuk penyelesaian pasaran persendirian CapBridge
  • Gangguan disebabkan oleh pandemik COVID-19 telah menekankan desakan agar syarikat mempunyai laluan pengumpulan dana alternatif, didayakan oleh Teknologi Mendalam serta sambungan dipertingkat dan diwujudkan oleh ekosistem pasaran persendirian CapBridge
  • Dengan penyertaan daripada SGInnovate dan Cyberport sebagai pemegang saham, CapBridge dijangka mempercepatkan pembangunan penyelesaian teknologinya dan meluaskan lagi kehadirannya di Hong Kong untuk memenuhi minat yang semakin meningkat dalam pasaran persendirian dari wilayah ini.

SINGAPURA, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ -- CapBridge Financial ("CapBridge"), ekosistem pasaran persendirian bersepadu yang terkemuka di Singapura yang merangkumi urus niaga boleh labur sebanyak lebih US$2 bilion dan merupakan bursa sekuriti dikawal selia yang pertama di Singapura untuk syarikat swasta, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pelaburan ekuiti daripada SGInnovate dan Cyberport Macro Fund, lalu membuktikan selanjutnya sokongan kerajaan yang padu dan rangkaian serantau yang semakin berkembang.

SGInnovate ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Singapura yang membantu saintis keusahawanan membina dan mengembangkan syarikat baharu Teknologi Mendalam melalui pelaburan berasaskan ekuiti, akses kepada bakat dan nasihat membina perniagaan. Hong Kong Cyberport ialah andalan teknologi digital dengan lebih 1,500 syarikat baharu dan syarikat teknologi. Dilancarkan pada tahun 2016, Cyberport Macro Fund merupakan bukti terhadap janjinya bagi memberikan syarikat-syarikat baharu dengan dorongan tambahan yang diperlukan untuk cemerlang dan maju di peringkat global, dengan berhubung bersama rakan kongsi luar negara dan pelabur untuk bersama-sama melabur melalui rangkaian Cyberport yang luas.

En. Johnson Chen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge, berkata, "Kami amat terdorong dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh CapBridge melalui pelaburan daripada SGInnovate dan Cyberport Macro Fund. Ekonomi dunia terjejas teruk akibat pandemik coronavirus, mencetuskan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk banyak syarikat yang mencari modal pertumbuhan. Dengan sokongan daripada SGInnovate dan Hong Kong Cyberport, serta pemegang saham kami yang lain, CapBridge komited untuk menyokong keperluan syarikat-syarikat ini dalam persekitaran pasaran modal global yang semakin saling terhubung dan didigitalkan.

Dr Lim Jui, Ketua Pegawai Eksekutif, SGInnovate berkata, "Gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 telah menekankan desakan terhadap laluan pengumpulan dana alternatif, didayakan oleh Teknologi Mendalam dan sambungan yang dipertingkat. Platform CapBridge berpotensi untuk mengoptimumkan pengalaman pengumpulan modal untuk syarikat pertumbuhan di Singapura dan wilayah ini. Kami gembira dapat menyokong mereka apabila mereka berusaha untuk meningkatkan akses ke pasaran persendirian melalui teknologi, buat syarikat mahupun pelabur."

Dengan sokongan daripada SGInnovate, CapBridge dijangka mempercepatkan pembangunan penyelesaian teknologinya dan menggunakan teknologi rantaian blok untuk mengoptimumkan pengesanan saham, pelaburan ekuiti persendirian dan penyelesaian perdagangan sekuriti untuk syarikat-syarikat swasta.

Dr George Lam, Pengerusi Cyberport berkata, "Sebagai komuniti teknologi digital yang terbesar di Hong Kong, Cyberport komited untuk memupuk pembangunan dan keusahawanan teknologi digital. Kami berbesar hati apabila mendapat peluang ini untuk bekerjasama dengan CapBridge dan pelaburan bersama ini akan membantu membuka nilai untuk syarikat swasta dan perniagaan keluarga, serta pelabur yang berminat untuk melaksanakan kepelbagaian pasaran persendirian. Saya percaya pembangunan Hong Kong dalam inovasi dan teknologi akan terus bergerak maju sambil merebut peluang baharu yang timbul daripada bandar-bandar antarabangsa lain. Kami berharap dapat membina hubungan yang lebih erat bersama CapBridge dan percaya ia akan menambahkan kerancakan kepada pasaran modal Hong Kong."

Berserta pelaburan daripada Cyberport Macro Fund, CapBridge berharap untuk meluaskan lagi kehadirannya di Hong Kong untuk memenuhi minat yang semakin meningkat dalam pasaran persendirian dari wilayah ini.

Penyelesaian pasaran persendirian CapBridge Financial membantu syarikat dan pelabur membuka nilai melalui pendekatan pensindiketan primer dan perdagangan sekunder yang disepadukan dengan unik. Berpangkalan di hab kewangan global yang terkemuka di Singapura dan dikawal selia oleh Lembaga Monetari Singapura ("MAS"), CapBridge Financial memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal melalui platform pensindiketan dalam talian primernya dan lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf melalui bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama di Singapura, 1exchange ("1X") yang berasaskan rantaian blok.

Platform pensindiketan primer CapBridge dan bursa dagangan ekuiti persendirian sekunder 1X membawakan penyelesaian yang bersepadu dan holistik kepada syarikat pertumbuhan, perniagaan milik keluarga serta pelabur persendirian yang ingin membuka dan memperoleh nilai daripada pasaran persendirian.

Latar Belakang CapBridge Financial 

CapBridge Financial ("CapBridge") menyediakan penyelesaian pasaran persendirian yang dapat membantu syarikat dan pelabur membuka nilai melalui pendekatan pensindiketan primer dan perdagangan sekunder yang disepadukan dengan unik. Berpangkalan di hab kewangan global Singapura, CapBridge dikawal selia oleh Lembaga Monetari Singapura. Platform pensindiketan dalam talian pimer CapBridge mempunyai Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL), manakala bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama di Singapura, 1exchange (1X) memegang lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf bagi memudahkan perdagangan sekunder.

CapBridge bekerjasama dengan syarikat pertumbuhan peringkat akhir dan syarikat swasta pra-IPO yang mencari modal pertumbuhan atau pengembangan. Platform dalam talian mencari dan memadankan syarikat yang memiliki modal persendirian dengan pintar dan memudahkan seluruh proses pengumpulan modal dengan teknologi. Pelabur persendirian pada CapBridge mendapat akses kepada peluang persendirian gred institusi, dahulunya terhad kepada pelabur institusi besar. CapBridge turut menggunakan model perniagaan peneraju dan peneraju bersama bagi menjamin urus niaga gred institusi. Kunjungi www.capbridge.sg untuk maklumat lanjut.

CapBridge turut memiliki bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama di Singapura, 1exchange ("1X"). Dianggap secara meluas sebagai lembaga ketiga di Singapura, 1X ialah bursa persendirian yang "mesra" dan berkesan kos yang direka bentuk khusus untuk perniagaan milik keluarga, pertumbuhan dan perniagaan pra-IPO. Dengan penyelesaian berorientasi pasaran seperti penyenaraian persendirian langsung dan opsyen serta perdagangan saham pekerja, 1X menyediakan syarikat pertumbuhan, pengasas dan pemilik perniagaan dengan pilihan jalan keluar separa sambil mengekalkan kawalan. Pelabur ekuiti persendirian pada 1X boleh berdagang dengan selamat dan bebas dengan dan tanpa kedudukan persendirian mereka bagi mencapai kecairan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Kunjungi www.1x.exchange untuk maklumat lanjut.

Singapore Exchange ialah rakan kongsi strategik dan pemegang saham CapBridge. Pelabur-pelabur utama dalam CapBridge termasuk Hanwha Investment and Securities Co. yang berpangkalan di Korea Selatan, SGInnovate milik kerajaan Singapura dan Hong Kong Cyberport yang disokong oleh kerajaan HKSAR.

Rakan-rakan kongsi CapBridge melibatkan bank-bank serantau seperti CIMB (Malaysia), UOB (Singapura), kumpulan-kumpulan kewangan seperti Hana Financial Group (Korea), serta firma-firma perkhidmatan profesional seperti Deloitte, Dunn & Bradstreet dan Singapore Commercial Credit Bureau.

Latar Belakang SGInnovate 

Di SGInnovate, kami membina dan mengembangkan syarikat baharu Teknologi Mendalam menjadi syarikat berpotensi tinggi dengan impak global. Kami percaya bahawa masalah global yang sukar boleh diselesaikan menggunakan Teknologi Mendalam, dan Singapura, tempat kami bertapak, berkedudukan unik bagi merealisasikan inovasi Teknologi Mendalam yang dapat menangani cabaran ini. Strategi Nexus Teknologi Mendalam kami menumpu untuk menambah nilai ketara kepada ekosistem syarikat baharu Teknologi Mendalam dalam dua bidang utama, iaitu pembangunan Modal Insan dan penggunaan Modal Pelaburan. Dengan sokongan daripada rakan kongsi dan pelabur bersama kami, kami menyokong saintis keusahawanan melalui pelaburan berasaskan ekuiti, akses kepada bakat dan nasihat membina perniagaan. Usaha kami memberi keutamaan sekitar teknologi baru muncul seperti Kecerdasan Buatan, Teknologi Berautonomi, Teknologi Perubatan dan Teknologi Kuantum, yang memberi jawapan berimpak dan boleh diskala terhadap cabaran-cabaran global.  

SGInnovate ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sginnovate.com

Latar Belakang Cyberport 

Cyberport ialah sebuah komuniti digital yang inovatif, dengan sekitar 1,500 syarikat baharu dan syarikat teknologi. Ia diurus oleh Hong Kong Cyberport Management Company Limited, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan SAR Hong Kong. Dengan visi untuk menjadi hab teknologi digital seterusnya dapat mencipta pemacu ekonomi baharu untuk Hong Kong, Cyberport komited untuk mendorong ekosistem teknologi yang rancak dengan memupuk bakat, menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia, menyokong syarikat baharu dalam perjalanan pertumbuhan mereka, menggalakkan pembangunan industri dengan mendorong kolaborasi strategik bersama rakan kongsi tempatan dan antarabangsa serta mengintegrasikan ekonomi baharu dan tradisional dengan mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam dan swasta.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cyberport.hk

 

Source: CapBridge Financial
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology