omniture

Single Baharu Penyanyi Cina FAN Chengcheng "Can't Slow Down" Dilancarkan dengan Melodi dan Gaya Terulung

Rock Forward Entertainment Co., Ltd.
2020-05-25 08:41 324

BEIJING, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Penyanyi Cina FAN Chengcheng baru sahaja memperkenalkan single dengan lirik berbahasa Inggeris lagu "Can't Slow Down". Keluaran pertama oleh FAN Chengcheng dan Rock Forward Entertainment Co., Ltd. ini, satu percubaan muzik yang berbeza daripada sebelum ini, merangkumi kepercayaan ala raja oleh seorang remaja yang melangkah maju ke hadapan sepantasnya dalam kerjaya muziknya.

Muka Depan Single “Can’t Slow Down” Fan chengcheng
Muka Depan Single “Can’t Slow Down” Fan chengcheng

Suara penyanyi ini yang sangat mudah dikenali, diiringi dengan nyanyian rap yang bermelodi, mencetuskan kesedaran yang kuat terhadap ruang untuk seluruh lagu tersebut. Deruman bunyi enjin kereta sport dan suasana perlumbaan yang dibawa oleh mesin dram 808 menonjolkan kesedaran terhadap kelajuan. Lirik lagu tersebut pula disemat dengan banyak perincian sebagai penghormatan kepada karya agung yang klasik seperti "Smooth Criminal" nyanyian raja muzik yang popular Michael Jackson, "Let's Get It On" oleh Marvin Gaye dan "Dead and Gone" oleh T.I. Selain daripada muzik itu sendiri, pendekatan yang belum pernah diambil sebelum ini oleh FAN Chengcheng terhadap gaya rambut panjang dengan warna terang dipadankan dengan sarung tangan perlumbaan, berserta aura keberanian pada mata beliau, kesemuanya menunjukkan sikap beliau terhadap kerjaya muzik.

Sebagai salah seorang wakil daripada kalangan penyanyi muda, FAN Chengcheng melancarkan lagu sulung beliau "I'M HERE" pada tahun 2018 dengan penglibatan peribadi beliau dalam penggubahan muzik dan penulisan lirik, yang meraih jumlah jualan sebanyak lebih 1 juta salinan hanya dalam masa lima minit selepas pelancarannya. Pada masa akan datang, FAN Chengcheng akan tetap dengar suara hati beliau dan mengejar kerjaya muzik beliau dengan teguh, dengan harapan untuk membawa lebih banyak kejutan dalam persembahan dan inovasi muzik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200522/2811557-1?lang=0

Source: Rock Forward Entertainment Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Music New products/services