SHENZHEN, China, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Semua orang berusaha untuk menghasilkan Gimbal Telefon Pintar yang lebih baik. Hari ini, bagi kebanyakan syarikat, ini bererti penstabil yang ringan. Hal yang sama juga untuk iSteady X Hohem.
Hohem memperkenalkan ciri yang amat menarik untuk iSteady X: dengan mengekalkan kestabilan Pro sistem 3-paksi, ia dapat mengurangkan dengan ketara beratnya kepada hanya 259 gram dan meningkatkan muatan sehingga 280g.
Ciri-ciri
Menghilangkan Gegaran
Penstabil Hohem mempunyai reka bentuk lipatan dan mekanisme penguncian serba baharu yang dapat menyediakan penstabilan yang lebih baik untuk video dan tidak menggunakan ruang yang banyak. Umumnya, video gerakan tinggi dan pergerakan bergoyang boleh memusnahkan kandungan, terutamanya untuk pengguna telefon pintar. Atas sebab inilah lebih ramai pengguna memilih untuk memiliki gimbal mudah alih yang canggih bagi mengendalikan pergerakan bergoyang dan memperoleh kualiti video yang lebih baik. Lantaran terdapat pelbagai pergerakan, tiada jaminan untuk memperoleh kandungan yang lancar dengan kayu boleh pegang atau dipegang dengan tangan yang mudah. Justeru itu, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan gimbal berkualiti tinggi seperti iSteady X dan menukar sepenuhnya cara menghasilkan video.
Kefleksibelan
Dari segi kefleksibelan, Hohem terus meningkatkan teknologi gimbal telefon pintarnya menerusi pelancaran iSteady X. Dengan mengurangkan dengan ketara berat penstabil, iSteady X masih mempunyai ciri-ciri pengendalian yang cemerlang dengan 3-paksi. Ini bererti pengguna boleh membalik, merakam dan menangkap video hasil daripada motor sorot yang direka bentuk dengan sistem 3-paksi boleh putar. Paling penting, iSteady X turut memberikan pengguna dengan kefleksibelan gimbal boleh pakai untuk situasi seperti mendaki dan menunggang. Di samping itu, Smart iSteady X berfungsi dengan sistem IOS atau Android.
Sistem 3-Paksi iSteady
Sistem 'aktif' 3-paksi: Condong, Gulung dan Sorot. Sistem 3-paksi dalam gimbal dapat membantu menetapkan kamera pada kedudukan yang stabil. Dengan sistem ini, pengguna dengan mudah dapat merakam video yang lancar.
Walaupun terdapat pelbagai gimbal yang disediakan dalam pasaran, Hohem bukan sahaja mencapai penaiktarafan teknologinya, tetapi juga meningkatkan pengalaman pengguna: menjadikannya peranti yang mudah digunakan. Buat mereka yang gemar merakam video, iSteady X ialah pilihan yang sangat baik.
Laman sesawang rasmi HOHEM: https://www.hohem.com/
Video - https://cdn5.prnasia.com/202005/Hohem/video.mp4
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200522/2811635-1LOGO?lang=0