omniture

IVI Seragamkan Veeva Vault QualityDocs untuk Tingkatkan Kecekapan Operasi

Veeva Vault QualityDocs berikan IVI kawalan lebih baik dan keterlihatan masa sebenar dalam dokumen dan proses untuk audit
Veeva Systems
2020-05-27 08:25 224

SEOUL, Korea Selatan, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Veeva Systems (NYSE: VEEV) hari ini mengumumkan bahawa International Vaccine Institute (IVI), sebuah Organisasi Antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai satu inisiatif oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), telah melaksanakan Veeva Vault QualityDocs bagi meningkatkan kawalan dan keterlihatan masa sebenar prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan audit dan pemeriksaan. Peralihan daripada proses berasaskan kertas kepada Vault QualityDocs akan membolehkan IVI memenuhi pematuhan dan keperluan GxP dengan lebih baik bagi pentadbiran ubat-ubatan utama.

 

Vault QualityDocs, aplikasi awan moden untuk kawalan dan pengurusan dokumen GxP, akan membolehkan IVI menyampaikan pematuhan yang lebih tinggi, kualiti lebih baik dan overhed operasi yang berkurangan. IVI boleh mempercepatkan aliran kerja kajian semula dan kelulusan SOP dan berkongsi dokumen GxP dengan mudah antara pekerja dan rakan kongsi. Vault QualityDocs merupakan sebahagian daripada Suit Kualiti Vault Veeva yang menyatukan proses kualiti, kawalan dokumen dan latihan, bagi mendorong inovasi operasi global.

"Veeva membolehkan organisasi kami meningkatkan pematuhan dan memastikan semua SOP dan dokumen syarikat disimpan dalam satu sistem yang disahkan yang mematuhi peraturan bahagian 11 21 CFR FDA," kata Tobin Guarnacci, ketua bahagian pengurusan kualiti GxP di IVI. "Kini, kami mempunyai satu sumber kebenaran yang dapat membantu kami dan rakan kongsi kami bersedia diaudit."

"Veeva akan membolehkan IVI meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik proses kualiti dengan penyelesaian awan yang mudah digunakan dan diurus," kata Chris Shim, naib presiden, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Vault APAC & China. "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan mereka dan membantu mencapai misi mereka untuk membangunkan vaksin yang selamat, berkesan dan berpatutan demi kesihatan awam global."

Ketahui lebih lanjut bagaimana Veeva Vault QualityDocs membantu organisasi-organisasi sains hayat menyediakan kemudahan penggunaan yang unggul dan kolaborasi yang lancar di veeva.com/qualitydocs.

Latar Belakang International Vaccine Institute

International Vaccine Institute (IVI) ialah sebuah organisasi antara kerajaan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai satu inisiatif Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, IVI merupakan organisasi antarabangsa pertama yang dihoskan oleh Korea. IVI mempunyai 35 negara penandatangan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam perjanjiannya, termasuk Korea, Sweden dan India sebagai pemberi dana negeri.

Mandat kami adalah untuk menjadikan vaksin tersedia dan boleh diakses oleh penduduk yang paling mudah terdedah pada bahaya di dunia, memberi tumpuan pada penyakit berjangkit dengan kepentingan kesihatan global seperti kolera, tifoid, shigella, salmonela, skistosomiasis, Streptokokus Kumpulan A, Hepatitis A, HPV, TB, HIV, MERS-CoV, serta rintangan antimibrob. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ivi.int

Latar Belakang Veeva Systems

Veeva Systems Inc. ialah peneraju bagi perisian berasaskan awan untuk industri sains hayat global. Komited terhadap inovasi, kecemerlangan produk dan kejayaan pelanggan, Veeva menawarkan perkhidmatan kepada lebih 850 pelanggan, bermula daripada syarikat farmaseutikal yang terbesar di dunia hinggalah syarikat bioteknologi baru muncul. Ibu pejabat Veeva terletak di San Francisco Bay Area, dengan pejabat-pejabatnya berada di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Untuk maklumat lanjut, kunjungi veeva.com.

Kenyataan Pandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, termasuk permintaan pasaran dan penerimaan produk serta perkhidmatan Veeva, hasil daripada penggunaan produk dan perkhidmatan Veeva serta keadaan perniagaan am, terutamanya dalam industri sains hayat. Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan kepada prestasi terdahulu Veeva dan rancangan, anggaran dan jangkaan semasanya, dan bukan satu gambaran bahawa rancangan, anggaran atau jangkaan berkenaan akan dicapai. Kenyataan pandang ke hadapan ini mewakili jangkaan Veeva setakat tarikh pengumuman akhbar ini. Peristiwa berikutnya boleh menyebabkan jangkaan ini berubah dan Veeva menolak apa-apa kewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan pada masa akan datang. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara. Risiko dan ketidaktentuan tambahan yang boleh mempengaruhi keputusan kewangan Veeva dimasukkan di bawah kapsyen "Faktor-faktor Risiko" dan "Perbincangan Pengurusan dan Analisis Keadaan Kewangan serta Keputusan Operasi," dalam fail syarikat pada Borang 10-K bagi tempoh berakhir pada 31 Januari 2020. Ini boleh didapati di laman sesawang syarikat di veeva.com di bawah bahagian Pelabur dan di laman sesawang SEC di sec.gov. Maklumat lanjut mengenai risiko berpotensi yang boleh mempengaruhi keputusan sebenar akan dimasukkan ke dalam fail-fail lain yang dibuat oleh Veeva dengan SEC dari semasa ke semasa.

Hubungi:

Jacqueline Davis
Veeva Systems
+61-411284900
jacqueline.davis@veeva.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200525/2811545-1-LOGO?lang=0

Source: Veeva Systems
Related Stocks:
NYSE:VEEV
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Contracts