omniture

Anytime Fitness Asia Diambil Alih oleh Inspire Brands Asia Di Tengah-tengah Krisis COVID

Anytime Fitness Asia
2020-05-27 10:35 1297

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Anytime Fitness Asia telah dibeli oleh Inspire Brands Asia ("IBA"), konsortium yang terdiri daripada pemegang francais 'submaster' utama; pelabur utama Exacta Capital Partners; dan pelabur bersama Aura Group. Ia juga melibatkan lesen Pemegang Francais Induk di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Taiwan, Vietnam, Hong Kong dan Macau, dengan lebih 350 lokasi dijual dan lebih 250 gimnasium dibuka. Gimnasium milik mereka sendiri dan perniagaan pengurusan gimnasium turut terlibat, yang mengendalikan 30% daripada gimnasiumnya di Asia. Dalam empat tahun yang lalu, ia memperoleh kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 49% bagi jualan francais dan 55% bagi pembukaan gimnasium.

Luke Guanlao, Ketua Pegawai Eksekutif IBA Group dan Ketua Pegawai Operasi Anytime Fitness Asia meringkaskan, "Saya telah bersama Anytime Fitness selama lebih 10 tahun dan kami berkedudukan kukuh untuk memanfaatkan peluang apabila gimnasium kami dibuka semula dan kami mengharungi norma baharu."

Johannes Raadsma, Ketua Pegawai Pertumbuhan, menyatakan, "Pembukaan semula Hong Kong menunjukkan penggunaan gimnasium di peringkat pra-COVID-19. Menerusi rekod prestasi kami yang terbukti dalam pengurusan gimnasium, kami dapat menyokong pengendali dan pelabur dalam perniagaan yang menguntungkan yang mengalu-alukan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat."

Kota Igarashi, Ketua Pegawai Eksekutif, Mizuho Asia Partners, penasihat pelaburan Exacta Capital Partners, berkata, "Anytime Fitness Asia menetapkan standard kecergasan dari segi nilai untuk pemegang francais dan ahli-ahlinya. Proposisi nilai dan modelnya meletakkannya di kedudukan unik untuk berkembang maju pasca-COVID-19. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah pasukan yang memiliki rekod prestasi terbukti dan set kemahiran bagi membantu pemegang francais serta ahli-ahlinya mencapai matlamat mereka."

Charles Wong, Pengarah Eksekutif Aura Group, bersetuju dengan berkata, "Menyempurnakan urus janji ini melibatkan penilaian kapasiti jenama untuk bertahan daripada ditutup dan gambaran jangka panjang terhadap industri ini. Anytime Fitness terbukti dan memanfaatkan jejaknya yang lebih kecil di lokasi-lokasi komuniti dan kos kemasukan dan penyelenggaraan lebih rendah, yang memastikan gimnasium akan dibuka semula dengan selamat serta berkembang pasca-COVID-19. Jenama, model dan pengalaman rakan-rakan kongsi kami merupakan sebab Aura berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada urus janji yang utama ini."

Menurut Ketua Pegawai Sokongan, Andrea Bell, "Penglibatan dan keuntungan adalah saling berkaitan dan kami mempunyai sistem mantap yang memastikan pengendali pemilik dan pelabur yang menggunakan perkhidmatan pengurusan gimnasium, dapat melihat hasilnya menerusi ahli, kakitangan dan keuntungan."

Ketua Pegawai Eksekutif Rey Bolivar, meringkaskan, "Kehidupan kita telah berubah dan kami bersiap sedia untuk berubah bersamanya bagi menyokong ahli, kakitangan dan pemegang francais selepas krisis ini. Kami tidak sabar-sabar untuk menyambut ahli-ahli apabila kami beroperasi semula dan mengalu-alukan peluang yang datang."

Maklumat lanjut: https://docs.google.com/document/d/1Xz1Cphx1EguJ1CVWsyT_CguMUtEkwBa5tUVjgATKEew/edit?usp=sharing

Source: Anytime Fitness Asia
Keywords: Banking/Financial Service Sports Sports Equipment & Accessories Acquisitions, mergers, takeovers