omniture

Yuyu Pharma Tandatangani Kontrak untuk Kempen Iklan Padang Bola Lisut

Yuyu Pharma
2020-05-28 08:00 431

SEOUL, Korea Selatan, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Yuyu Pharma (Ketua Pegawai Eksekutif Robert Wonsang Yu, KRX 000220), sebuah syarikat farmaseutikal Korea, baru-baru ini menandatangani satu kontrak pengiklanan dengan Korea Economic Daily, yang memegang hak-hak perniagaan pengiklanan Jamsil Baseball Stadium di Seoul. Sebagai sebahagian daripada kempen iklan baharu ini, logo Yuyu Pharma akan dicat sepanjang garis dasar pertama di stadium ini dan akan dapat dilihat semasa berlangsungnya permainan di kaca televisyen.

Logo Yuyu Pharma sepanjang garis dasar pertama di Jamsil Baseball Stadium, Seoul
Logo Yuyu Pharma sepanjang garis dasar pertama di Jamsil Baseball Stadium, Seoul

Jamsil Baseball Stadium, ditubuhkan pada tahun 1980, merupakan tumpuan permainan bola lisut profesional Korea serta stadium utama Doosan Bears dan LG Twins, dua pasukan Korea Baseball Organization (KBO) League yang popular.

Kempen iklan Yuyu Pharma akan menonjolkan syarikat berkenaan di seluruh dunia, ketika permainan KBO League disiarkan di luar negara ke 130 negara, termasuk benua Amerika, Asia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Kedudukan garis dasar pertama iklan tersebut akan menyediakan syarikat dengan pendedahan yang mencukupi bagi menarik minat bakal pelanggan, bakat dan perkongsian selanjutnya.

Robert Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Yuyu Pharma, menyatakan: "Melalui pengiklanan bola lisut, kami menjangkakan kempen baharu ini akan mencetuskan kesan riak, mewujudkan peningkatan jualan dan memperoleh bakat yang luar biasa berdasarkan pengiktirafan korporat yang diperkukuh, bukan sahaja di Korea, tetapi juga di luar negara."

Latar Belakang Yuyu Pharma 

Yuyu Pharma (KRX: 000220) ialah sebuah syarikat farmaseutikal yang ditubuhkan pada tahun 1941. Syarikat ini mengeluarkan, mengedar dan menjalankan pemasaran untuk produk farmaseutikal, peralatan perubatan dan makanan perubatan di Korea Selatan serta Asia Tenggara. Pada masa ini, Yuyu Pharma memberi tumpuan untuk membangunkan ubat-ubatan baharu bagi merawat prostat yang membesar dan sindrom mata kering.

Untuk Pertanyaan Media:

Sean Yoon
hjyoon@yuyu.co.kr 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200526/2812989-1?lang=0 

Source: Yuyu Pharma
Related Stocks:
Korea:000220
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Sports Licensing/marketing agreements