KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Experian, peneraju dunia bagi perkhidmatan maklumat, hari ini mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi syarikat telekomunikasi sedia adanya di seluruh Asia Tenggara dan kawasan yang lebih luas untuk menyokong pelanggan secara digital dengan lebih baik semasa tempoh yang mencabar ini. Experian aktif bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi membantu mereka meluaskan kriteria sedia ada untuk membolehkan mereka memperkenalkan tawaran yang dilanjutkan kepada pelanggan yang telah terjejas oleh langkah-langkah perintah berkurung dengan pantas.
Sebagai sebahagian daripada strategi-strategi pembendungan oleh beberapa buah negara, perintah berkurung secara paksa dan kawalan pergerakan telah mengganggu mata pencarian di seluruh rantau ini, mengakibatkan individu dan komuniti bergelut lantaran kesan hiliran ke atas ekonomi.
Secara khususnya, kekal terhubung semasa sekatan kawalan pergerakan dikenakan terbukti kritikal, bagi membolehkan pengguna untuk mendapat akses kepada perkhidmatan penting seperti bekalan makanan dan bagi mengurus kesan-kesan psikologi pengasingan, antara faedah-faedah lain. Dalam satu kajian terkini dari Sri Lanka, tambah nilai mudah alih secara peribadi mengalami lonjakan di luar waktu perintah berkurung, menunjukkan bahawa ramai pelanggan yang berisiko mendapat jangkitan daripada COVID-19 untuk terus menggunakan telefon mudah alih mereka.
Experian memulakan kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi syarikat telekomunikasi untuk mengubah kriteria kelayakan semasa mereka seperti yang digunakan melalui perkhidmatan Dynamic Airtime Advance (DAA) sedia ada mereka. Faedah-faedah pelanggan meningkat berlipat ganda dan termasuk peningkatan kelayakan, tambah nilai data, promosi untuk pengguna tidak aktif dan peningkatan had pendahuluan masa ke udara.
Di Sri Lanka, Experian bekerjasama dengan Hutch Sri Lanka untuk membuat perubahan yang diperlukan terhadap kriteria kelayakan DAA mereka, menyelesaikannya beberapa jam sebelum perintah berkurung berkuat kuasa di negara tersebut pada 20 Mac lalu. Meskipun tawaran untuk pelanggan biasanya ditentukan oleh corak penggunaan mereka, tumpuan diberikan untuk meluaskan kelayakan dengan aktif bagi memastikan himpunan pelanggan yang lebih luas kekal terhubung. Dengan Hutch Sri Lanka, ini termasuk perubahan kriteria yang berikut:
"Kami gembira kerana telah berkolaborasi dengan Experian memandangkan mereka telah terbukti merupakan rakan kongsi yang andal dan paling penting, sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan cara yang tangkas dan pantas bagi membantu warga Sri Lanka sewaktu berlakunya peristiwa yang belum pernah terjadi sebelum ini seperti pandemik COVID-19 yang masih berterusan. Perubahan dalam kelayakan pelanggan dan had kredit membolehkan kami untuk memastikan lebih ramai pelanggan terhubung biarpun dengan cabaran baharu yang dihadapi," kata Hamdhy Hassen, Pengurus Besar - Pemasaran untuk Hutch Sri Lanka.
Dev Dhiman, Pengarah Urusan, Pasaran Asia Tenggara & Baru Muncul, Experian berkata, "Pandemik COVID-19 telah menjadi krisis kesihatan penentu pada era kita, menimbulkan kesan yang belum pernah terjadi ke atas individu mahupun masyarakat setempat. Sifat tangkas kolaborasi kami bersama rakan-rakan kongsi syarikat telekomunikasi di rantau ini telah membolehkan pelanggan mereka kekal terhubung dalam waktu yang memerlukan ini."
"Kami berusaha untuk menginovasi dengan pantas dan menyumbang kepada ekosistem yang lebih besar dengan mencetuskan kesan sosial kepada komuniti di tempat kami tinggal dan bekerja. Dalam sesetengah keadaan, ini juga bererti kami akan berkongsi kerugian kewangan yang dikongsi oleh rakan-rakan kongsi kami. Walau bagaimanapun, hal berkenaan tidak menghalang kami daripada matlamat yang lebih besar – untuk berdiri bersama-sama bagi memberi kesan kolektif, untuk menunjukkan ketahanan kami dalam menghadapi kesukaran yang tidak menentu dan untuk bersatu bagi menangani salah satu cabaran yang terbesar dalam sejarah moden dengan sebenarnya," tambah beliau.
Experian bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi syarikat telekomunikasi lain di rantau ini untuk memperkenalkan inisiatif yang serupa dalam semangat untuk memastikan agar lebih ramai individu yang terkesan oleh pandemik COVID-19 terus mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi.
Experian memberi tumpuan untuk membantu orang ramai kekal terhubung pada masa yang tidak menentu ini dan memberi kesan sosial terhadap ekonomi yang telah terjejas teruk oleh pandemik ini.
Latar Belakang Experian
Experian ialah syarikat perkhidmatan maklumat global yang terkemuka di dunia. Sewaktu berlakunya detik-detik yang penting dalam kehidupan - bermula dengan membeli rumah atau kereta, atau menghantar anak ke kolej, mengembangkan perniagaan melalaui perhubungan dengan pelanggan baharu - kami memperkasa pengguna dan pelanggan kami untuk mengurus data mereka dengan yakin. Kami membantu individu-individu untuk mengawal kewangan dan mengakses perkhidmatan kewangan, perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih pintar dan berkembang maju, pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab dan organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti.
Kami mempunyai 17,200 kakitangan yang beroperasi merentas 44 negara dan setiap hari, kami melabur dalam teknologi baharu, individu berbakat dan inovasi bagi membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang. Kami disenaraikan dalam Bursa Saham London (EXPN) dan merupakan konstituen FTSE 100 Index.
Ketahui lebih lanjut di www.experian.com.sg atau kunjungi hab kandungan global kami di blog berita global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini daripada Kumpulan ini.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200515/2805365-1LOGO?lang=0