omniture

Bintang Unggulan Canto-pop Sam Hui & Aaron Kwok adakan Konsert Dalam Talian Percuma di Hong Kong (Harbour City)

Harbour City
2020-05-28 16:09 375

HONG KONG, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Menerusi semangat perpaduan, kebersamaan dan optimisme, legenda Canto-pop, Sam Hui Koon-kit dan 'Raja Tari' Canto-pop Aaron Kwok Fu-shing, mengadakan konsert dalam talian secara percuma pada 12 April 2020 dan 9 Mei 2020 masing-masing di "Ocean Terminal Deck" Harbour City, dek tinjau pusat membeli belah yang terbesar di Hong Kong.

Armed with his acoustic guitar, Sam Hui performed around 20 songs at Harbour City Ocean Terminal Deck, Hong Kong.
Armed with his acoustic guitar, Sam Hui performed around 20 songs at Harbour City Ocean Terminal Deck, Hong Kong.

 

80 dancers performed alongside Aaron Kwok during his dance hits at Harbour City Ocean Terminal Deck, Hong Kong.
80 dancers performed alongside Aaron Kwok during his dance hits at Harbour City Ocean Terminal Deck, Hong Kong.

 

Harbour City sokong konsert dalam talian dan sebarkan nilai positif di serata Dunia

Dikelilingi lautan dengan pemandangan berpanorama 270-darjah Victoria Harbour dan menghadap pemandangan Pulau Hong Kong dan Kowloon yang mengagumkan, Ocean Terminal Deck ialah mercu tanda ikonik dan tempat tarikan pelancong. Konsert-konsert ini dipentaskan di Ocean Terminal Deck, berlatarbelakangkan latar langit Victoria Harbour yang luar biasa. Mempersembahkan lagu-lagu mereka yang paling digemari ramai, kedua-dua bintang ini merakamkan keindahan Hong Kong.

Disokong sepenuhnya oleh Harbour City, saluran YouTube HiEggo menganjurkan "2020 Sam Hui In The Same Boat Online Concert", manakala Aaron Kwok Love and Concern International Charity Fund Limited serta saluran YouTube HiEggo bersama-sama menganjurkan Aaron Kwok "Cheer Up & Dance Online Charity Concert 2020". Menurut pihak penganjur, Sam Hui mengadakan konsert strim langsung pertama beliau yang disiarkan secara percuma melalui YouTube dan Facebook, menarik minat sekitar 2 juta penonton. Kumpulan penonton konsert strim langsung Aaron Kwok mencecah sekitar 14 juta penonton, dengan lebih 90 saluran untuk menonton siaran langsung di dunia, manakala konsert berkenaan menarik minat 3 juta penonton yang menstrim melalui Facebook di seluruh dunia. Lagu-lagu yang paling digemari ramai,dengan unsur tenaga positif menghubungkan orang ramai di seluruh dunia melalui generasi-generasi yang berbeza, membantu menyeru Hong Kong dan Dunia untuk berganding bahu dan kekal optimis.

'God of Cantopop' sokong pasukan penerbitan muzik

Berbekalkan gitar akustik beliau, Sam Hui mempersembahkan sekitar 20 lagu, termasuk beberapa lagu beliau yang paling digemari ramai – kesemuanya sebagai penghargaan atas kasih sayang yang ditunjukkan oleh penduduk Hong Kong terhadap bandar mereka. Walaupun beliau menekankan bahawa konsert beliau bukanlah sebagai pengumpul dana, beliau turut menderma sebanyak HK$250,000 untuk membantu kakitangan sebuah syarikat acara muzik, Tom Lee Engineering, yang telah bekerja bersama beliau selama bertahun-tahun.

Raja Tari Cantopop kumpul dana untuk penari dan krew filem

Mengikuti jejak langkah konsert sejam dalam talian percuma oleh Sam Hui, "God of Cantopop", Aaron Kwok turut mengadakan sebuah konsert percuma selama sejam di "Ocean Terminal Deck" Harbour City pada bulan Mei. Seramai 80 penari mengadakan persembahan bersama-sama Aaron Kwok semasa mempersembahkan tarian beliau yang menjadi kegemaran ramai, bagi mengumpul dana untuk penari dan krew filem yang telah terjejas akibat pandemik ini. Sehingga hari ini, persembahan beliau pada mulanya telah mengumpul lebih daripada 4 juta dolar untuk yayasan kebajikan beliau. Bagi menyokong projek amal ini, Harbour City telah menderma sebanyak HK$1 juta.

Muat turun lebih banyak foto:

https://www.dropbox.com/sh/4bfc2t21aaao5lj/AAAkwqyGhF6VEwbFad-z-WB2a?dl=0

Tonton konsert dalam talian:

Halaman Facebook Harbour City: https://bit.ly/36fsFsA 
Saluran YouTube Harbour City: 
https://www.youtube.com/channel/UCFATknqPry6JJ7teK-7hhFg 
Saluran YouTube HiEggo: 
https://bit.ly/2w9keRR

Pertanyaan Pelanggan: +852-2118-8666 www.harbourcity.com.hk

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200526/2812982-1-a?lang=0
Foto - 
https://photos.prnasia.com/prnh/20200526/2812982-1-b?lang=0
Logo - 
https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO?lang=0

Source: Harbour City
Keywords: Entertainment Retail Travel