omniture

Tencent Tandatangani Memorandum Persefahaman dengan China Construction Bank Corporation Cawangan Labuan di Malaysia

Memupuk pembangunan perbankan digital dan pendigitalan perusahaan di Malaysia
Tencent
2020-05-28 19:02 3057

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Tencent, penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan Internet bernilai tambah di China, hari ini mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan China Construction Bank Corporation Cawangan Labuan (CCB Labuan) di Malaysia, meningkatkan pembangunan perbankan digital CCB Labuan sekaligus mempromosikan pendigitalan antara perusahaan tempatan di Malaysia menerusi perkhidmatan Tencent Cloud yang selamat, andal dan berprestasi tinggi.

Sejajar dengan kerjasama berkenaan, Tencent akan memanfaatkan teknologi awan kewangannya serta keupayaan pembayaran mudah alih yang mantap dan andal, manakala CCB Labuan akan menyumbang pengaruh dan jaringan perniagaannya yang luas dalam pasaran kewangan Malaysia.

Flying Wu, Pengurus Besar, Tencent International Business Group, berkata, "Transformasi digital tidak dapat dielakkan terutamanya semasa tempoh yang mencabar ini apabila hampir setiap aspek dalam kehidupan harian kita telah beralih ke dalam talian. Kami berbangga dapat berkolaborasi dengan CCB Labuan untuk memudahkan dan menjadi sebahagian daripada transformasi ini antara perniagaan-perniagaan tempatan di Malaysia, menunjukkan komitmen kami kepada pasaran Malaysia. Dengan keupayaan teknologi, kepakaran operasi dan inovasi produk kami seperti ekosistem awan serta WeChat kami, kami tidak sabar-sabar untuk berganding bahu dengan CCB Labuan bagi menyokong pembangunan digital di Malaysia."

Felix Feng Qi, Pegawai Utama CCB Labuan berkata, "Sebagai sebuah institusi kewangan yang terkemuka di Malaysia, kami bersyukur atas kolaborasi kami bersama Tencent, yang melaluinya kami akan memanfaatkan sumber dan kepakaran kami untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital yang akan memberi faedah kepada pelanggan kami. Melalui MoU tersebut, kini kami dapat menggabungkan rakan kongsi dan sumber ekosistem WeChat Pay Malaysia, disokong oleh WeChat, salah satu platform komunikasi sosial yang terbesar di dunia, bagi mencapai saling hubungan antara akaun perniagaan dan individu. Kami benar-benar mengharapkan lebih banyak kolaborasi dengan Tencent, agar bersama-sama dapat memupuk masa depan yang lebih berciri digital di Malaysia."

Tencent dan CCB Labuan akan meneroka peluang kerjasama antara produk-produk Tencent seperti Tencent Cloud, termasuk sistem ERP untuk PKS dan alat persidangan video; WeChat, termasuk WeChat Pay, dsb.; dan perkhidmatan daripada CCB Labuan, termasuk penyelesaian Rantaian Blok dan platform pemadanan PINTAR rentas sempadan, antara lain.

Source: Tencent
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology