omniture

SANY Lancar Barisan Produk Baharu untuk Pengorek Ultra Besar

SANY Group
2020-05-29 01:15 364

BEIJING, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ -- SANY ("Syarikat"), pengeluar bertaraf global bagi peralatan pembinaan dan perlombongan, mengumumkan portfolio produk yang diperluas untuk pengorek ultra besar – SY870H dengan 78.6 tan, SY980H dengan 95.8 tan dan SY1250H dengan 125 tan – di Taman Perindustrian Kunshan Sany, China. Keluaran mesin terkini SANY melambangkan pencapaian baharu oleh Syarikat dalam membawakan penemuan teknologi. Empat unit SY870H telahpun dijual sebelum dikeluarkan daripada barisan pemasangan.

SANY Lancar Barisan Produk Baharu untuk Pengorek Ultra Besar
SANY Lancar Barisan Produk Baharu untuk Pengorek Ultra Besar

 "Sejak pelancaran pengorek SY750H dan SY950H, bahagian pasaran pengorek besar SANY telah menyaksikan pertumbuhan stabil sepanjang beberapa tahun yang lalu," kata Cao Donghui, Presiden institut penyelidikan dan pembangunan (R&D) Jentera Berat SANY. "Memanfaatkan momentum ini, kami berharap agar model-model SY870H, SY980H dan SY1250H yang baru dilancarkan akan mengukuhkan lagi daya saing kami dalam bidang pengorek ultra besar dan kedudukan pasaran kami dalam pasaran antarabangsa."

Barisan produk baharu untuk pengorek Ultra besar akan menonjolkan prestasi luar biasa, kualiti yang cemerlang, keandalan dan kecerdasan 

  • Mantap dan amat produktif, pengorek SY1250H membawakan penaiktarafan teknologi terkini dan prestasi luar biasa hasil daripada berdekad-dekad kepakaran SANY bagi membangunkan pengorek ultra besar. Pengorek ini menawarkan penyelesaian cekap bahan api, andal dan pintar untuk kerja tanah berskala besar termasuk penggalian tanah dan perlombongan bijih lelubang terbuka.
  • Pengorek SY980H dikuasakan oleh sistem hidraulik dikawal dengan kuasa elektrik, bertekanan tinggi dan aliran besar dengan penggunaan bahan api yang dikurangkan dan enjin respons dinamik, menawarkan operasi yang stabil untuk pelbagai misi pengorekan beban berat seperti batu, arang batu, logam dan banyak lagi. Mesin ini meningkatkan teknologi kawalan pemadanan unggul yang direka untuk meningkatkan kecekapan secara komprehensif sebanyak 30% berbanding generasi terdahulu.
  • Dibina bagi memenuhi permintaan pasaran untuk pengorek 70-80 tan, pengorek SY870H direka bentuk bagi memastikan kecekapan tinggi dan penggunaan bahan api rendah tanpa menjejaskan kuasa menggali. Kapasiti timba, daya menggali dan kecekapan operasi kesemuanya melebihi standard industri semasa untuk pengorek pada tahap yang sama.

Barisan pengorek SANY meliputi pelbagai model bermula daripada 1.6 tan hingga 200 tan. Menuju masa depan, SANY akan terus menyediakan peralatan berat bertaraf dunia kepada pengguna global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.sanyglobal.com/

Latar Belakang SANY Group 

Ditubuhkan pada tahun 1989, SANY ialah pengeluar global bagi peralatan pembinaan dan perlombongan, jentera pelabuhan dan penggerudian minyak serta sistem tenaga angin boleh diperbaharui yang utama dalam industri. Sehingga kini, SANY telah membina 25 tapak pengeluaran, enam kawasan jualan dan lebih 100 pejabat dengan lebih 400 wakil penjual dan 8,000 pembekal di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200528/2814481-1?lang=0

 

 

Source: SANY Group
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services