omniture

Tangani Cabaran Pendidikan Luar Talian, Mysavvytutor Melangkah Maju dengan Aplikasi Atas-Permintaan Baharu

MySavvyTutor
2020-05-29 10:00 1849

SINGAPURA, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wabak COVID-19 telah mengganggu bidang pendidikan untuk lebih 290.5 juta pelajar di seluruh dunia. Platform pembelajaran dalam talian berpangkalan di Singapura, Mysavvytutor (MST) percaya bahawa ini merupakan permulaan suatu peralihan kepada pembelajaran maya. Sebagai respons, MST melancarkan aplikasi berasaskan web atas-permintaan bagi memastikan pelajar dapat menerima tahap pendidikan yang berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi.

"Lantaran kekurangan pilihan yang fleksibel dan telus, kebanyakan orang ragu-ragu akan pendidikan dalam talian. Mereka memerlukan perkhidmatan segera yang fleksibel, telus dan berciri peribadi. Oleh itu, bagi menjamin ketenangan minda untuk pelajar dan kualiti pada ketika ini dan seterusnya, kami melancarkan aplikasi atas-permintaan baharu kami," kata Kelly Te, Pengasas MST.

Sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai pembelajaran dalam talian, perkhidmatan atas-permintaan baharu, yang dibangunkan oleh MST, membawa institusi-institusi luar talian yang berkualiti tinggi, pendidik dan kursus ke dalam talian buat semua. Melalui aplikasi, pelajar boleh memilih format, sebagai contoh, kelas secara bersemuka atau kumpulan, di samping memeriksa profil pendidik (sebagai contoh pengalaman, penilaian, ulasan dan harga) merentas pelbagai topik bagi memenuhi keperluan pelajar dengan tepat.

"Kami ingin memperkenalkan pengalaman pembelajaran secara sehenti, kolaboratif, mampan dan bersemangat kepada pengguna daripada semua peringkat umur, yang menggabungkan e-pembelajaran dan kolaborasi utama dengan pendidik yang terkemuka dengan cara yang fleksibel, telus serta interaktif. Menerusi aplikasi pembelajaran maya atas-permintaan, kami menyediakan pendidik dengan peluang untuk menjalankan kelas secara dalam talian untuk pelajar sedia ada mereka secara bebas dan untuk berkembang ke peringkat antarabangsa," tambah Kelly.

Selain daripada merapatkan jurang dalam pembelajaran, Mysavvytutor menyediakan pelbagai model pembelajaran dalam talian dan sekumpulan alat interaktif yang dibangunkan sendiri. Sebagai contoh, pengguna boleh menyemak kategori atau pendidik secara dalam talian bagi mencari kursus yang memenuhi keperluan pendidikan unik mereka dan mengatur jadual kelas serta merta ("Learn Now"), atau pada masa yang sesuai dengan mereka ("Learn Later") untuk maju mengikut rentak mereka sendiri. Sementara itu, pendidik boleh memanfaatkan bilik darjah maya dan alat analitik prestasi, seperti papan putih dalam talian, bagi melengkapi dan meningkatkan program luar talian mereka.

Bermula daripada log masuk, pelajar boleh mendaftar dalam kursus perusahaan persendirian dan mengambil bahagian dalam webinar kumpulan menerusi persekitaran pembelajaran yang kolaboratif. Perkhidmatan berkenaan turut didatangkan dengan sokongan sepanjang masa serta dapat menyediakan laporan dan perkembangan terkini kemajuan pada masa sebenar, bagi membolehkan pelajar untuk menjimatkan masa dan menumpukan perhatian pada usaha mereka.

Model dalam talian kolaboratif baharu

Bagi memastikan agar semua orang mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang diperibadikan, Mysavvytutor terus berusaha untuk membawa lebih ramai rakan kongsi pendidikan ke dalam talian dan telah bekerjasama dengan lebih 20 institusi serta rakan kongsi sejak pelancaranmya pada Januari lalu. Terkini, MST bekerjasama dengan iWave, Inc., sebuah syarikat teknologi kewangan, bagi meluaskan peluang pendidikan ke Filipina.

"Pada separuh kedua tahun 2020, kami berharap untuk mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi, membangunkan sut alat dan permainan intuitif kami serta memperluaskan persekitaran sosial, pembelajaran maya dan pengajaran kami bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran bersama yang dikongsi dengan rakan sebaya. Persekitaran yang membolehkan pelajar dan pendidikan berhubung bersama rakan-rakan ketika mereka berinteraksi, bermain dan meraikan pencapaian bersama-sama," simpul Kelly.

Latar Belakang MySavvyTutor (MST)

Mysavvytutor (MST), ditubuhkan oleh Kelly Te dan dua pengasas bersama yang lain dengan gabungan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam pelbagai industri, termasuk pendidikan. MST mewujudkan ekosistem pembelajaran mampan untuk perkongsian dan pemindahan ilmu pengetahuan, yang direka bentuk secara sofistikated baik untuk pelajar mahupun pendidik.

Latar Belakang iWave, Inc. (iWave)

iWave, Inc. (dahulunya dikenali sebagai Intelligent Wave Phils., Inc.) bermula sebagai Pejabat Perwakilan Manila untuk Intelligent Wave, Inc. di Tokyo, Jepun pada Jun 1990. iWave terlibat dalam pembangunan perisian dan teknologi selain daripada menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan teknologi kewangan kepada pelanggan di Filipina dan negara-negara lain.

Source: MySavvyTutor
Keywords: Computer/Electronics Education Electronic Commerce New products/services