omniture

Tinjauan Herbalife Nutrition Dedahkan Pengguna Asia Pasifik Beralih ke Media Sosial untuk Maklumat Pemakanan, Namun Penyebaran Luas Mitos Dalam Talian Halang Pengetahuan Pemakanan yang Tepat

Kurang daripada satu perempat pengguna Asia Pasifik mendapat markah lulus dalam kuiz pengetahuan pemakanan am, dengan hanya empat dalam 10 menyatakan keyakinan yang tinggi dalam pengetahuan pemakanan peribadi mereka
Herbalife Nutrition Asia Pacific
2020-06-01 16:36 189

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global ulung, Herbalife Nutrition, hari ini mengeluarkan dapatan daripada Asia Pacific Nutrition Myths Survey 2020 (Tinjauan Mitos Pemakanan Asia Pasifik 2020), yang mendedahkan bahawa media sosial merupakan sumber maklumat pemakanan yang paling kerap digunakan dalam kalangan pengguna Asia Pasifik. Meskipun hampir tujuh dalam 10 (68%) menggunakan media sosial setiap bulan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemakanan, penyebaran luas kesalahan maklumat dan mitos pemakanan dalam talian didapati menjadi halangan utama yang mencegah pengguna daripada memperoleh ilmu pengetahuan pemakanan yang tepat.

Dapatan utama daripada "Tinjauan Mitos Pemakanan APAC" Herbalife Nutrition
Dapatan utama daripada "Tinjauan Mitos Pemakanan APAC" Herbalife Nutrition

Bagi memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai tahap pengetahuan pemakanan dalam kalangan pengguna Asia Pasifik dan membongkar beberapa mitos pemakanan yang biasanya lebih dipercayai dalam kalangan pengguna hari ini, Herbalife Nutrition menjalankan Asia Pacific Nutrition Myths Survey 2020 (Tinjauan Mitos Pemakanan Asia Pasifik 2020), dengan 5,500 responden daripada pasaran-pasaran termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam pada bulan Mac 2020.

Dalam satu kuiz pengetahuan pemakanan am yang diberikan bersama-sama tinjauan, kurang daripada satu perempat (23%) responden menjawab separuh atau lebih soalan-soalan dengan betul. Ini bukan sahaja menunjukkan tahap pengetahuan pemakanan yang rendah secara keseluruhan dalam kalangan pengguna di rantau ini, tinjauan ini juga mendedahkan bahawa kurang daripada empat dalam 10 (38%) pengguna menyatakan tahap keyakinan yang tinggi dari segi pengetahuan peribadi mereka.

"Dengan pelbagai sumber maklumat pemakanan dan penyebaran luas mitos pemakanan, pemerolehan maklumat yang tepat, dan membezakan fakta pemakanan daripada maklumat rekaan menjadi lebih mencabar. Markah rendah pengguna dalam kuiz pengetahuan am pemakanan menekankan lagi kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition. "Menerusi pandangan daripada tinjauan ini, kami ingin membongkar beberapa jurang maklumat pemakanan yang penting dan membantu merapatkan jurang ini bagi memperkasa pengguna dengan ilmu pengetahuan pemakanan yang diperlukan oleh mereka untuk mencapai hasil kesihatan yang mereka inginkan."

Media Sosial: Sumber Maklumat Pemakanan yang Paling Kerap Digunakan, Paling Tidak Dipercayai

Apabila pengguna ditanyakan mengenai sumber yang digunakan oleh mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemakanan:

  • 68% berkata mereka memanfaatkan media sosial;
  • 64% merujuk rakan-rakan dan keluarga mereka; dan
  • 59% beralih kepada bahan penerbitan media dan laman sesawang sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Meskipun media sosial merupakan saluran yang paling kerap digunakan, pengguna menyatakan tahap keyakinan yang paling rendah dari segi kredibilitinya untuk menyediakan maklumat pemakanan yang tepat.

  • Hanya tiga dalam 10 (30%) pengguna menunjukkan keyakinan tinggi dari segi ketepatan maklumat yang diperoleh daripada media sosial;
  • Walau bagaimanapun, lebih daripada tujuh dalam 10 (72%) berkata mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dari segi ketepatan maklumat yang diperoleh daripada golongan profesional penjagaan kesihatan, dan
  • Lebih separuh (54%) menyatakan keyakinan tinggi dari segi ketepatan maklumat yang diperoleh daripada syarikat-syarikat pemakanan.

Apabila melibatkan kebergunaan sumber maklumat pemakanan, kurang daripada separuh pengguna (48%) berkata maklumat yang diperoleh daripada media sosial adalah amat atau sungguh berguna. Sebaliknya, pengguna mendapati maklumat pemakanan yang diperoleh daripada golongan profesional penjagaan kesihatan (74%), syarikat pemakanan (60%) serta bahan penerbitan media dan laman sesawang (53%) lebih berguna untuk mereka.

Kesalahan Maklumat dan Mitos Dalam Talian: Halangan Utama untuk Memperoleh Pengetahuan Pemakanan yang Tepat 

Walaupun lebih daripada tujuh dalam 10 (72%) pengguna Asia Pasifik berkata bahawa ia amat atau sungguh penting untuk terdidik dengan pengetahuan pemakanan yang betul dan tepat, hanya tiga dalam 10 (27%) mengakui bahawa mereka mendapat maklumat secukupnya dalam bidang pemakanan. Halangan-halangan utama termasuk:

  • Penyebaran luas kesalahan maklumat dan mitos pemakanan yang tersedia dalam talian (40%);
  • Kekurangan maklumat pemakanan daripada laman sesawang kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan (16%); dan
  • Kekurangan maklumat pemakanan daripada golongan profesional penjagaan kesihatan (16%).

Merapatkan Jurang Pengetahuan Pemakanan di Asia Pasifik 

Dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dan syarikat pemakanan dilihat sebagai sumber maklumat pemakanan yang paling boleh dipercayai, ini mendedahkan bahawa terdapatnya keperluan untuk kedua-dua pihak melakukan lebih lagi bagi memperkasa pengguna dengan maklumat dan alatan yang diperlukan oleh mereka bagi meraih manfaat yang sepenuhnya daripada pemakanan yang baik.

Daripada tinjauan ini, kebanyakan pengguna Asia Pasifik (65%) menyatakan minat yang tinggi untuk menerima nasihat pemakanan daripada golongan profesional penjagaan kesihatan bagi meningkatkan kesejahteraan mereka dan lebih daripada empat dalam lima (83%) ingin menerima nasihat pemakanan yang lebih proaktif daripada mereka. Oleh yang demikian, satu usaha secara kolektif oleh pihak kerajaan, institusi penjagaan kesihatan dan industri pemakanan akan menjadi lebih berkesan untuk mendidik pengguna mengenai asas dan faedah pemakanan yang baik, bagi membantu mereka sepanjang perjalanan mereka ke arah menjalani kehidupan yang sihat.

Latar Belakang Herbalife Nutrition 

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan dengan mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat, sejak tahun 1980. Bersama dengan ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah pemakanan yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan peningkatan dalam keusahawanan bagi semua peringkat umur. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakannya dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.   

Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara. Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.   

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 300 kakitangan di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira sebanyak AS$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200527/2814271-1?lang=0

 

 

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Retail Supplementary Medicine Survey, Polls & Research