omniture

Xinhua Silk Road: Bandar Changzhou timur China promosikan pelancongan melalui siaran langsung

Xinhua Silk Road Information Service
2020-06-02 04:48 815

BEIJING, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Satu siri siaran langsung tempat tarikan pelancong di Bandar Changzhou, Wilayah Jiangsu timur China, akan bersama-sama dilancarkan oleh Xinhua News Agency dan Kuaishou, platform penstriman langsung terkemuka di China, pada 30 dan 31 Mei.

Siaran langsung ini, satu langkah oleh Changzhou bagi mempromosikan industri pelancongannya, akan mempersembahkan dua tempat tarikan pelancong utamanya, Oriental Salt Lake Resort dan Changdang Lake, menerusi aktiviti-aktiviti termasuk memancing udang, mencicipi makanan tempatan dan mempelajari budaya tempatan.

Dinosaur Park, tasik Tianmu, Kota Purba Yancheng, Great Pagota, Orient Salt Lake City, Ancient Canal... Changzhou telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan industri pelancongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk meneroka warisan budaya, mempromosikan projek pelancongan utama dan menggalakkan inovasi.

Changzhou menerima hampir 80 juta pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun 2019, mengaut jumlah pendapatan sebanyak hampir 120 bilion yuan. Nilai tambah daripada industri pelancongannya menyumbang sebanyak 7.6 peratus daripada KDNK wilayah. Barometer pelancongan utama Changzhou telah berada di kedudukan yang kukuh sebagai antara yang teratas di Wilayah Jiangsu.

Bukan mudah untuk industri pelancongan Changzhou berada di kedudukannya hari ini. Berbanding dengan Suzhou, Wuxi, Nanjing dan bandar-bandar lain di bahagian selatan Jiangsu, Changzhou tidak mempunyai gunung ganang yang terkenal atau sungai-sungai yang besar.

Walau bagaimanapun, keadaan ini telah bertukar pada tahun 2000, apabila Changzhou, sebuah bandar perindustrian yang terkenal, berjaya mengatasi kekangan sumber dengan membuka muzium dinosaur dan taman tema dinosaur. Taman ini telah dinilaikan sebagai tempat tarikan pelancongan 4A nasional hanya selepas lebih setahun dibuka.

Di sebuah persidangan bagi menggalakkan pembangunan pelancongan yang diadakan pada Mac lalu, Changzhou memperkenalkan beberapa langkah, bermula dengan mengukuhkan sokongan kewangan, mengaktifkan pasaran pelancongan tempatan, menggalakkan agensi-agensi pelancongan untuk meluaskan kumpulan pelanggan, menggalakkan penggunaan pelancongan, hinggalah meningkatkan daya tarikan dan pendidikan bakat-bakat yang berkaitan.

"Industri pelancongan sangat terkesan oleh wabak COVID-19," kata setiausaha Parti Changzhou Qi Jiabin, "dan kami telah merangka dasar-dasar yang relevan dan akan memperuntukkan 300 juta yuan bagi menyokong pembangunan industri kebudayaan dan pelancongan serta menggalakkan penggunaan pelancongan."

Siaran langsung ini akan dilancarkan melalui "kuaikan", secara literalnya bererti pandangan pantas, kluster akaun video pendek Xinhua News Agency pada platform-platform seperti Douyin, Kuaishou dan Weibo, memberi tumpuan terutamanya pada berita perniagaan dan gaya hidup.

Lihat pautan asal:
https://en.imsilkroad.com/p/313855.html?from=singlemessage&isappinstalled=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Restaurants Retail Travel Broadcast feed announcements New products/services